Assalamulaikum dan salam sejahtera
Panbil Nature Reserve Eco-Edu Park terletak di Pulau Batam, Indonesia. Ianya mempunyai keluasan 260 hektar, di buka pada umum pada Disember 2021.
Terletak di Jln Ahmad Yani, Muka kuning, Kecamatan Batam Kota, Kota Batam. Merupakan taman rekreasi dan pembelajaran alam semulajadi.
K mied dan rakan-rakan media yang lain berpeluang mengunjungi taman rekreasi dan pembelajaran ini ketika Batam Mega Famtrip pada 13-16 Julai 2022 baru-baru ini.Kami mulai lawatan di sini dengan berjalan kaki sambil mendaki bukit demi melihat dan bermesra dengan Rusa Sambar yang merupakan tarikan utama Panbill Nature Reserve Eco-Edu Park ini.
Awal-awal mendaki masih boleh tersenyum😆 |
Yang nie dah start tercunggap😆😆 |
Demi hendak melihat Rusa Sambar dan persekitarannya, kami semua teruskan pendakian di laluan bersimen sepanjang lebih 1km rasanya. Sepanjang jalan kami berhenti sambil melihat keindahan pohon-pohon yang menghijau di kiri kanan. Pohon-pohon ini menyejukkan sekitar dan menjadi terapi mata.
Pokok yang cantik di kawasan ini adalah dari spesis Palawan |
Semasa pendakian, ada juga motosikal pekerja yang lalu lalang disitu, ada juga di antara kami yang menahan mereka dan membonceng di belakang kerana dah kepenatan tapi alhamdulillah k mied masih mempunyai tenaga untuk sampai ke tempat Rusa Sambar.
Selepas kira-kira 30 minit perjalanan kami pun tiba di kawasan penempatan Rusa Sambar.
Ranjer sedang memberi taklimat |
Jadi kami semua, dengan penuh sopan santun serta perlahan-lahan memasuki kawasan Rusa Sambar untuk memberi makan dan bergambar.
Selepas bergambar dan menikmati keindahan alam semulajadi di sekitar kawasan itu, kami pun berjalan menuruni bukit untuk ke bawah semula.
Tidak ada 'shuttle' atau 'angkut' di sediakan buat masa ini, mungkin di sebabkan Panbil Nature Reserve ini adalah kawasan yang baru dibangunkan jadi kemudahan belum lengkap lagi.
Selesai dari menikmati pemandangan diatas bukit bersama Rusa Sambar, kami berpeluang ke Petting Zoo.
Sang ular berat 40 kg😍 |
Seperti biasa, k mied amat gemarlah bermesra dengan haiwan-haiwan comel seperti burung kakak tua, arnab, guinea pig dan hamster.
Di bahagian Reptile Sanctuary, jom kita cuba usap- usap reptile seperti labah-labah dan scorpion.
Bagi k mied kawasan ini sangat nenarik bagi keluarga membawa anak-anak untuk mengenali haiwan-haiwan. Persekitaran yang menarik di kawasan alam semulajadi menjadi tarikan pengunjung untuk lari dari kesibukan kota. Apa yang penting penambahbaikan terhadap kemudahan-kemudahan kepada pengunjung perlu diberikankeutamaan seperti menyediakan pengangkutan untuk naik ke kawasan Rusa Sambar.
Facebook :
Instagram :
Email :
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN