Skip to main content

LOTUS SEAVIEW BEACH RESORT & SPA : ALAMI SUASANA PERCUTIAN YANG MENARIK DI SINI

 Assalamulaikum dan salam sejahtera

Hari nie nak cerita sedikit tentang sebuah lagi Resort di bawah Lotus iaitu Lotus Seaview Beach Resort & Spa yang terletak di Tanjung Punggai, Pengerang, Johor.

Menjejak kaki ke sini,  k.mied dapat rasa ketenangan. Sangat sesuailah untuk berehat,  lari dari kesibukan kota.  Sungguh melegakan dapat merehatkan minda🥰

Jom kita tengok bilik-bilik yang ada di sini.

Ada  5 jenis bilik yang  ditawarkan iaitu Standard King, Deluxe King, Seperior Double, Standard Twin dan 2 Bedroom Suite. Semua bilik yang tersedia termasuk Sarapan pagi.









Ada 2 pilihan bilik iaitu Seaview dan Gardenview 

Nie.Villa yang menghadap laut

Pemandangan Laut dari Villa





Apa yang menarik di sini ialah kolam renangnya. Jadi jika tak sempat mandi di laut sebab air surut boleh aje mandi di kolam renang disini kerana Lotus Seaview memiliki kolam renang air masin.  Kolam renang ini terletak di bahagian yang sebelah lagi..jalan kaki mungkin dalam 3 atau 4 minit jer.  Tak jauh pun.



Petangnye pula boleh berjogging di pantai atau naik ATV dan basikal letrik.  Tengoklah kami berlima nie,  tak lepas peluang mencuba menaiki ATV dan basikal letrik di pantai.
Pilih aje..mana yang suka

Makanya...kami pun berjimba-jimba di pantai😅
Untuk dining pula...Lotus Seaview Beach Resort & Spa ini terdapat 2 restoran  iaitu 1881 Seafood Restaurant dan Ocean Hut.
Berbagai makanan enak di sediakan.  Jika ingin hendak berBBQ juga ada pakej di sediakan
Ocean Hut
1881 Seafood Restaurant8




Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej-pakej di Lotus Seaview Beach Resort & Spa  bolehlah ke :




Telefon : 07 - 8222944
Email : reservation@lotusseaview.com.my



Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...