Skip to main content

BENAN ISLAND RESORT (BIR) : TENANG DAN MENDAMAIKAN

 Assalamulaikum dan salam sejahtera

Pernah dengar nama Pulau Benan??
K mied pun tidak pernah dengar sebelum nie,  tapi kini telah mengenali Pulau ini apabila berpeluang menginap di sini.
Pulau Benan terletak di Daerah Katang Bidare, Kabupaten(Wilayah)Lingga,  Kepulauan Riau, Indonesia. 


K mied bersama teman blogger dan Media sempat mengunjungi  Pulau Benan ini ketika Program Batam Mega Fam Trip  baru - baru ini.


Pandangan dari udara Benan Island Resort (BIR)

Kami semua berpeluang menginap di Benan Island Resort iaitu sebuah resort baru yang baru di buka pada tahun 2021.

Bagaimana agaknya perjalanan kami ke sini?
Untuk ke Pulau Benan dari Batam perlu menaiki kenderaan sekitar 1 jam ke  Jeti Pulau  Labun yang terletak berdekatan Jambatan Keenam.

Dari Jeti Pulau Labun  kami menaiki Bot laju ke Pulau Benan..dan perjalanan menaiki bot laju ke Pulau Pulau Benan pula mengambil masa sekitar 30 minit .

Ini dia bot laju yg akan bawa kami

Suasana dalam bot...ceria-ceria semua

Setengah jam berlalu dengan begitu pantas,  masing-masing semua happy,  lebih-lebih lagi bot ini memang hanya dikhas untuk peserta Fam Trip ini sahaja.

Sampai aje di Pulau Benan, kami terfikit-fikir nak naik apa ke resort sbb tak nampak van atau lain-lain kenderaan yang menunggu di jeti. 
Rupanya inilah dia pengangkutan kami ke BIR...mcm tuk-tuk pun ada🤩

Kalau ada yang tak nak naik nie...boleh aje berjalan kaki


Wajah-wajah yg agak teruja naik tuk-tuk nie😅😅
Di sepanjang perjalanan kira-kira 2 km ke Benan Island Resort, akan melalui kawasan kampung dengan pohon -pohon kelapa sepanjang pantai....aduhai...syahdunya...rasa sangat tenang dan mengasyikkan.





Cantik sgt pulau ini💖




Di jamu dengan air kelapa setiba di BIR...nyamannye rasa

Mengenai menginapan di Benan Island Resort pula,  terdapat 2 jenis penginapan iaitu Chalet kayu dan Glamping.



Kami yang wanita-wanita duduk di chalet kayu. Chalet kayu sangat selesa dan boleh muat untuk 3 orang.  Bilik di sedia kipas dan air-con. Thermos air panas juga di sediakan lengkap dengan kopi 3 in 1 serta ada indomie cawan.
Ini pasti risau tetamu lapar di tengah-tengah malam🥰🥰.
Chalet kayu mempunyai bilik air yg luas.



Para lelaki semua di tempatkan di Glamping..glamping pun cantik dan siap ada kemudahan seperti chalet kayu cuma bilik air di luar dan kena berkongsi.




Petangnya pula kami lepak di Coconut Beach Cafe. Kami menikmati kopi panas disitu sambil  menikmati pemandangan laut lepas.









Apa aktiviti yang kami lakukan disini?
Kami main games dengan begitu meriah sekali...dah macam team building pulak..memang enjoy sangat. Gelak tawa memecah keheningan pulau😂😂
Happening dan sporting semua👍👍


Nama Team k mied team bestie..kalah memanjang..almaklumlah semua wanita-wanita solehah...sorang je jejaka budiman😆😆😆

Lepas main games,  ada yang turun ke laut,  mandi laut dan berkayak.


Senja pun menghampiri,   nak menikmati sunset dan mangrove kerana berjalan kearah belakang resort..Jom layan gambar-gambar Sunset yang cantik yang amat nie.

Masyalah❤




Makanan macam mana pulak?
Makan malam kami di sajikan dengan masakan kampung yang ringkas namun sedap, Kekapissiput gongong serta sotong masak dakwat menjadi sajian utama. Walah weh!  Makan sampai kalau mak mertua lalu sebelah pun boleh tak nampak😂😂

Kekapis

Siput Gongong dan Sotong masak dakwat..marvellous😋


Memang syok..cicah sambal meleleh😁


Selepas makan malam yang sedap tue, ramai yang masih tidak kepenatan rilek-rilex sambil berkaraoke di Coconut Beach Cafe..K.mied dan beberapa teman dah tak larat dah kerana keletihan bermain games petang tadi dan perut pun kekenyangan melantak siput gongong dan kekapis. Jadi mencari bantal menjadi agenda utama..hahaha


Malam yang indah di Pulau Benan








Kami hanya berkesempatan sehari semalam aje di sini,  rasa tak puas lagi menikmati keindahan pulau ini,   tak sempat lagi beramah mesra dan berbasikal keliling kampung...insyallah Pulau Benan pasti akan k mied kunjungi lagi.. .

Untuk mengetahui dan maklumat lebih lanjut tentang Benan Island Resort ini boleh layari :


Instagram :


Telefon : +62 822 1115 8899


Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...