Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Ramai yang telah melawat ke Komplek Nasyrul Quran di Precint 14, Putrajaya tapi k mied baru berkesempatan berkunjung ke sini baru-baru ini.
|
Komplek Nasyrul Quran di Putrajaya |
Komplek Nasyrul Quran ialah pusat percetakan Al Quran yang ke dua terbesar di dunia selepas Komplek King Fahd di Madinah.
Ianya bukan setakat sebagai pusat pencetakkan sahaja tetapi sebagai pusat penyelidikkan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan pengagihan Al Quran.
Komplek bangunan putih yang tersergam indah ini menelan belanja Rm60 juta untuk kos pembinaannya dan diuruskan oleh Yayasan Restu.
Kedatangan k.mied ke sini kerana membawa kira-kira 267 peserta kursus dari Arau, Perlis. Jadi bila datang secara berkumpulan dan telah di maklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan maka para pelawat akan bawa ke bilik taklimat untuk di beri penerangan serta tayangan video mengenai Nasyrul Quran ini.
Antara tayangan video yang ditunjukkan adalah mengenai Al Quran Malaysia, Penyalinan dan penterjemahan.
Juga tentang bangunan Nasyrul Quran serta
mengenai perjalanan hidup Rasulullah S.A.W.
|
Pemandangan tempat mencetak Al Quran dari Anjung Tinjau |
Selepas itu para pelawat di bawa ke tingkat atas iaitu ke bahagian Anjung Tinjau untuk diberi penerangan cara-cara menyiapkan sebuah Al Quran dan melihat kilang pencetakan dari atas.
Ada 3 ruang pameran di Nasyrul Quran ini iaitu :-
1. Galeri Mushaf Luar negara
2. Galeri Mushaf dari semua negeri di Malaysia
3. Galeri Hiasan Dalaman dan Seni Bina Islam
Para pengunjung bukan sahaja boleh melawat tetapi boleh membeli produk Al Quran , Surah Yassin dan buku-buku Doa. Juga boleh berwakaf.
Sebenarnya banyak perkara yang menarik dapat diketahui seperti motif-motif Mushaf dalam negara dan luar negeri, dakwat yang di gunakan untuk tulisan tangan, kaligrafi & senibina Islam. Jadi sekurang-kurang 2 jam masa lawatan di perlukan, barulah benar-benar dapat melihat serta meneliti bahan pameran di Nasyrul Quran secara menyeluruh.
Di kunjungan ini, k.mied hanya sempat berada di sini sekitar 45 minit , jadi banyak bahagian yang tidak dapat di teliti lagi. Insyallah k.mied akan berkunjung lagi untuk lebih memahami dan mendalami tentang Mushaf-mushaf yang dipamerkan.
Bagi yang berminat nak ke sini dan ingin mengetahui.lebih lanjut tentang Nasyrul Quran bolehlah ke :-
Waktu Operasi: 9 pagi - 5
petang (setiap hari)
Alamat: Nasyrul Quran, 14811, Jalan P14J, Presint 14,
62675,
Putrajaya
Telefon: 016-718 2741 / 012-9193095
Salam sayang,
First datang dulu masa perasmian. Ade part2 yang LeYa belum teroka lagi. Nanti nak pergi semula la.. Yang bestnya dapat al-Quran besar giler... Senang nak baca
ReplyDeleteSkrg dia bagi surah yassin..alhamdulillah
Delete