Assalamulaikum dan salam sejahtera semua
Sebelum menyambut bulan Ramadan Kareem tahun nie, k mid dan keluarga berkesempatan menghadiri kenduri kawin anak buah di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ngam- ngam pulak majlis kenduri di adakan selepas kerajaan telah membenarkan merentas negeri tapi perjarakkan sosial serta pemakaian pelitup muka masih wajib. Tapi tak kisah janji dapat pergi berjumpa kaum keluarga.
Kakak k mid yang paling happy sebab dapat buat kenduri kawin first time untuk anak-anaknya, dah 2 orang anaknya kawin di waktu PKP jadi tidak dapat nak buat Majlis kenduri... yang ni nampaknya buat kenduri dengan meriah..habis sanak saudara jauh dekat di jemputnya....hehehe.
K.mid dan anak-anak pun dah lama tak ke Kuala Berang, jadi semua sangat excited nak pergi berjumpa sanak- saudara semua dan lebih-lebih lagi seronok sambil pergi kenduri sambil bercuti😆
Bila ramai saudara-mara yang datang, kalau nak tidur di rumah keluarga pengantin memang tidak cukup tempatlah, jadi masing-masing mencarilah homestay yang berdekatan untuk keselesaan masing-masing.
Dalam duk mencari dengan pakcik google...anak-anak terjumpalah Warisan Pahlawan Resort yang terletak di Kampung Pauh iaitu bersebelah dengan Kampung Temir iaitu Kampung rumah kakak k mid tue...kira- kira 2 batu jer dari rumah kakak.
Apa lagi k mid suruh anak- anak cepat booking
2 rumah untuk 2 malam.
|
Pintu Gerbang Masuk pun dah cukup menarik
|
Masuk aje perkarangan Warisan Pahlawan Resort , dah rasa macam berada di zaman silam pulak. Terdapat rumah- rumah kayu bermotif ukiran melayu tradisional. K mid memang peminat ukiran kayu..jadi k mid suka sangat dengan setiap rumah yang ada di dalam Warisan Pahlawan Resort ini.
|
Ada pulak kolam renang...semua happylah mandi manda
|
Kerana minat yang mendalam terhadap senibina melayu, pemilik resort ini sanggup menjelajah ke serata tempat untuk membeli rumah - rumah lama kemudian membaik pulih dan memasang semula dengan kos yang mencecah ratusan ribu ringgit.
|
Antara barangan yang masih belum dipamerkan |
|
Kak mid paling suka pintu gerbang nie...islamik dan berseni |
|
Laju..laju buaiku laju....aku nak kawin dengan anak raja🤭🤭 |
Rumah- rumah ini di beri nama sempena nama Pahlawan Melayu dan Ulama Islam seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Pauh, Tok Kenali , Hj Abdul Rahman Limbong dan lain-lain.
Jom k mid tunjuk sebahagian rumah tradisional di sini yang sempat di ambil gambar.
|
Rumah Hj Abdul Rahman Limbong
|
|
Rumah Tok Pauh
|
|
Rumah Tok Ku Pulau Manis |
|
Kitaorang ambik Rumah Tok Ku Pulau Manis |
|
Nie salah satu bilik dalam Rumah Tokku Pulau Manis |
|
Rumah nie ada bilik berkipas dan bilik yg ada penyaman udara |
|
Rumah Shariff Muhammad |
|
Rumah Tok Janggut |
|
Pemandangan dalam Rumah Tok Janggut |
|
Rumah Mat Kilau |
|
Bahagian dalam Rumah Mat Kilau |
|
Rumah Tok Gajah |
|
K mid bergambar dulu sebelum pergi kenduri |
Kadar sewaan di Warisan Pahlawan Resort ini bermula daripada serendah Rm60 hingga Rm250 untuk sebuah bilik manakala bagi sewaan rumah pula bermula dari Rm250 hingga Rm800 bagi sebuah rumah yang mempunyai 4 bilik hingga 6 bilik.
|
Ada Dewan Terbuka dan Dewan Tertutup jika nak buat Majlis |
|
Di bahagian depan, terdapat gerai makan pulak |
|
Kalau lapar tak ada masalah....order jerlah makanan😆😆 |
Pada yang berminat k mid letakkan info di bawah :
📌 Warisan Pahlawan Resort
No. 22, Kampung Pauh,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
Tel : 09 6818651/ 019 981 8179
Website : http : //warisanpahlawanresort.myportal.my
Salam sayang,
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN