Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2022

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa....

PROGRAM KEMBARA EKO PELANCONGAN : AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK DI GUA MUSANG

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Ada apa  yang menarik di Gua Musang ??? Soalan yang biasa berlegar di kepala mereka-mereka yang belum pernah sampai di sini. K.mied sendiri tak terkecuali pernah berfikir begitu.  Info ( sumber : mdgm.kelantan.gov.my) Gua Musang merupakan salah satu daerah di kawasan pedalaman yang terletak di selatan negeri Kelantan . Menjelang tahun 2017, kerajaan negeri kelantan telah mengiktiraf Gua Musang daripada Majlis Daerah kepada Majlis Pembandaran untuk menjadikannya sebagai salah satu bandar maju di negeri Kelantan. Gua Musang merupakan jajahan terbesar di Kelantan dan merangkumi 3 DUN iaitu DUN Galas yang merupakan bandar Gua Musang, DUN Paloh dan DUN Nenggiri (Bertam). Bagi menjawab soalan tadi, Ada apa di Gua Musang..kita tengok Aturcara yang telah   diaturkan untuk kami di Program Ekopelancongan : Rail Tourism yang telah diadakan baru-baru ini. Setelah hampir 12 jam dalam train akhirnya kami tiba di stesen Keretapi Gua M...