Skip to main content

Tempat-tempat Menarik Yang Boleh di Lawati di Temerloh : Pekan Sehari Temerloh

Assalamulaikum

Cuti sekolah dah hampir tiba....kemana kah korang nak pergi bersama keluarga.  Pergi ke Temerloh  pun best jugak kawan-kawan! 

Apa ada kat sana tue?  Jawapannya  :  macam-macam ada.....😁😁

Temerloh terkenal dengan masakan Tempoyak ikan Patinnya jadi tidak heranlah jika tarikan utama untuk mengunjungi Temerloh ialah untuk menikmati keenakan masakan Tempoyak Ikan Patin.

Selain dari ikan Patin,  ada banyak lagi tempat-tempat yang boleh kita kunjungi di Temerloh ini antaranya ialah Pekan Sehari Temerloh.

Ibu-ibu pasti seronok dapat berkunjung kesini,  apa tidaknya .....inilah tempat puas untuk membeli pelbagai jenis barangan sampai tak cukup tanganlah nak pegang.  Disyorkan bawak duit yang mencukupi bila datang ke sin😆

Pekan Sehari Temerloh ini beroperasi pada setiap hari Ahad dari pukul 7 pagi hingga 12 tengahari. 

Merupakan Pekan Sehari terpanjang  dan terbesar di negeri Pahang. Panjangnya  melebihi 1 km dan ada lebih 400 penjual yang menjual barangan mereka.

 

Antara barangan jualan yang di jual di sini adalah ikan patin sungai dan ikan-ikan sungai, kuih muih tradisional,  sayur-sayuran kampung,  buah-buahan dan macam-macam lagi. Barang kering seperti pakaian juga ada di jual. Yang paling menarik ada barang jualan yang sukar di dapati di tempat lain tapi ada di sini seperti cedawan kukur,  belulang lembu, jering yang di cicah dengan kelapa dan macam-macam lagi.

Belulang lembu

Buah-buahan
 
Madu Asli

Ikan-ikan sungai yang segar terdapat di sini.

Kuih-muih

K mid terjumpa beberapa jenis kuih tradisi Pahang disini,  antaranya Kuih Pena dan Kuih Badak Berendam.

Nie dia Kuih Pena

Kalau nak tahu rasanya...korang datanglah beli  di Pekan Sehari Temerloh nie..hahaha

Nie pulak Kuih Badak Berendam

Kan dah cakap...penuh jer tangan tue..😍

Kalau dah habis membeli tue,  bolelah rehat-rehat di Dataran Temerloh sambil melihat Sungai Pahang.

 


📌 Lokasi  :  Persisir Jalan Lurah Semantan, Berhampiran Sungai Pahang

Waktu Operasi  :  Setiap Ahad 7 pagi hingga 12 tengahari

 

#temerlohunlimited
#exploretemerloh2022 #tourismpahang
#pekanseharitemerloh
 
 
Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...