Skip to main content

Tempat-tempat menarik yang boleh di lawati di Temerloh : Inakraf Wood Craving

 Assalamulaikum

Kunjungan ke bandar Temerloh tidak lengkap jika tidak meluangkan sedikit masa untuk mengunjungi pusat ukiran kayu  Inakraf Wood Carving yang terletak di Kampung  Bangau Tanjung.

Dikalangan masyarakat Melayu Seni Ukiran kayu bukan sahaja terdapat di rumah-rumah,  tetapi terdapat pada istana-istana raja,  binaan masjid dan mimbar,  surau, wakaf, pintu gerbang,  alat-alat muzik tradisi,  perabut-perabut,  alat-alat senjata dan banyak lagi.  Seni ukiran ini telah wujud sebelum abad ke-16 di Semenanjung Malaysia.

Adiguru A.Muhaimin Hasbollah yang juga pemilik Inakraf memberi penerangan tentang operasi Inakraf



Seorang tenaga kerja  di Inakraf menunjukkan demostrasi mengukir 

Antara peralatan yang digunakan dalam Ukiran iaitu PAHAT

Seni ukiran kayu di kategorikan sebagai produk tradisional yang di usahakan di kampung-kampung secara persendirian namun seni ini mampu menjana pendapatan lumayan jika ia dilakukan secara serius. Industri ini kini semakin berkembang dan menarik minat generasi muda untuk mendalaminya.

Berpeluang melihat cara-cara pembuat Seni ukiran kayu ini,  membuat k mid betul-betul teruja kerana k mid memang peminat  barangan Seni ukiran kayu ini..rasa nak ambik jer bawak balik😀

Ini beg yg di hasil dgn ukiran seni kayu...senikan


Malaysia juga mempunyai 3,000 spesis kayu yang sesuai untuk di ukir dengan pelbagai motif ukiran. 





📌 Alamat  :  Lot 511,  Kampung Bangau Tanjung
28020 Temerloh,  Pahang
Contact : 019 9644923 /019 6124923/019 979960
Email : inakrafmin@yahoo.com

#temerlohunlimited
#exploretemerloh2022 #tourismpahang
#inakrafwoodcarving
 
 
Salam sayang,



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...