Skip to main content

Tempat-tempat Menarik Yang Boleh di Lawati di Temerloh : Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS)

 Assalamulaikum

Kita biasa mendengar titik paling Selatan Semenanjung, Titik Paling Hujung,   Titik 0 dan sebagainya...tapi pernahkah kita dengar Titik Tengah Semenanjung? 

 

Tak tahulah korang tahu ke tidak...k mid memang baru tahu pun😁 kerana baru je buat lawatan ke sini..hahaha
Titik Tengah Semenanjung terletak di Kampung Paya Siput, Temerloh, Pahang.
Info pun ada kat sini

 Pihak jabatan ukur dan pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menjalankan kaedah serta pengiraan dan telah menemukan kedudukan Kampung Paya Siput sebagai lokasi paling tepat sebagai titik Tengah Semenanjung kerana sebelum ini ada perbalahan tentang beberapa lokasi yang di katakan Titik Tengah Semenanjung.

Dengan kedudukan tersebut,  kini destinasi Titik Tengah ini telah menjadi produk pelancongan terbaru di Temerloh.

Bersama rakan-rakan di sini

Mercu Monumen Titik Tengah telah didirikan bagi mengiktirafkan Temerloh sebagai Titik Tengah  dalam peta Semenanjung Malaysia dengan latitud 03 29' 33" (utara) dan longitud 102 13' 10" (Timur).

Mercu Monumen dengan binaan Pacak 5 batang buluh yang dicondongkan menghala ke arah kiblat simbolik sebagai mewakili 5 Rukun Islam.

Dengan keluasan kawasan  1.7 hektar,  destinasi ini sesuai untuk beriadah kerana terdapat gerai-gerai, tandas, wakaf, surau dan taman permainan kanak-kanak dan ianya sangat sesuai bagi yang suka bergambar kerana sangat "Istagrammarble"



Tengoklah awek-awek yang suka bergmbar nie...macam-macam aksi 😍

Korang nak tahan apa tue😅

Kan dah cakap tempat nie cantik untuk bergambar👍



📌  Alamat  :  Kampung Paya Siput,  Lanchang, Temerloh

Waktu Operasi  :  Isnin - Khamis (10 pagi - 4 ptg)

Sabtu - Ahad ( 10 pagi - 5 petang)

Jumaat ( Tutup)

Harga tiket  :  RM8 ( 12 tahun & keatas)  3-11 tahun RM5 - Bukan warganegara

Warganegara :  RM5 ( 12 tahun & keatas)  3-11 tahun RM3

#temerlohunlimited
#exploretemerloh2022 #tourismpahang
#ttts   #temerlohtitiktengah
 
 
Salam sayang,
 


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...