Skip to main content

Tempat Makan Yang Wajib di cuba di Temerloh : Restoran Saiful Patin Gulai Masam

 Assalamulaikum

Ada banyak restoran yang kita temui di sepanjang jalan di Temerloh.  Rata-rata menu utama adalah Masak Tempoyak Ikan Patin kerana kita semua sedia maklum  Temerloh sangat terkenal dengan masakan tersebut.

Walaupun begitu,  ada jer makan lain selain Masak Tempoyak Ikan Patin yang di sajikan.  Disini  k mid nak ceritakan pengalaman k mid yang singgah dan menikmati masakan di restoran-restoran ikan patin di Temerloh ini.  

K mid bukanlah peminat tegar Masak Tempoyak Ikan Patin nie, maksudnya jika di rumah memang tak penah masak Gulai Tempoyak ni cuma makan kalau mak mertua masak..itu pun sikit-skit aje..  namun bila dah sampai Temerloh,  kenalah cuba...klu tak cuba memang rugilah.  Jom kita tengok restoran apa yang sempat k mid terjah untuk 4 hari berada di Temerloh kali ini.

Hari Pertama - Makan Tengahari

# Restoran Saiful Patin Gulai Masam

Restoran ini  terletak di Dataran Patin, Kampung Bangau Tanjung, Temerloh.  Jika nak makan sambil menikmati pemandangan Sungai Pahang,  inilah tempatnya. Selain dari itu,  tempat parking juga agak luas,  jadi amat senanglah bagi pengunjung-pengunjung yang datang.

Kami punya meja di bahagian dalam dan tertutup

Semasa ketibaan k mid dan rakan-rakan di sini,  suasana di dalam restoran agak penuh dengan pengunjung yang sedang menjamu selera,  yalah...dah waktu makan tengahari kan...Jomlah kita tengok menu-menunya.

Menu kami

Ini dia Patin Tempoyak Gulai Masam

Masak Tempoyak Gulai Masam ni agak  cair namun rasanya memang cukup asam garamnya  Setengah orang memng suka gulai yang begini...ada pulak yang suka gulai patin tempoyak yang pekat.  Kmid suka juga gulai masam nie...memang sedap kena dengan tekak kmid.  Isi ikan patin pun manis..memang terangkat kena pulak dengan ulaman dan sambal belacan.

Terus terang k mid cakap..batang keladi memang k mid tak makan tapi kat sini gulai keladi tempoyak makan pulak...hahaha...apa citerrr😁😁

Menu-menu lain pun ada

Gulai Cendawan kukur pun sedap...terangkat beb

nie Talapia Goreng...k mid suka pinggan tue...pinggan lama yang mak-mak kita guna dulu

Lepas makan,  boleh posing dan rehat mengadap Sungai Pahang kat tepi tue..angin sepoi-sepoi bahasa. Untuk makanan di sini k mid bagi 3 🌟🌟🌟 dari 5🌟🌟🌟🌟🌟.

Selamat Mencuba

 📌 Lokasi  :  Dataran Patin Tg Keramat

Kampung Bangau, 28000
Temerloh, Pahang

Tel : 018 2226577


#temerlohunlimited #Temerlohbandarikanpatin
#exploretemerloh2022 #tourismpahang
#exploretemerloh2022
#tempatmakantemerloh
#Patinmasaktempoyak
 
 
Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...