Skip to main content

Penginapan Dengan Suasana Kampung di Temerloh : Kampungstay Desa Murni

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Berkunjung ke Temerloh baru-baru ini memberi k mid banyak pengalaman yang indah,  disamping mengetahui banyak sebenarnya tempat-tempat menarik dan unik yang boleh di kunjung di Temerloh ini.

Jangan hanya datang ke Temerloh untuk menikmati Masakan Patin Tempoyaknya sahaja...pergilah berkunjung ke Pekan Seharinya yang terpanjang, mandi manda di Taman Tema Air Kubang Gajah dan Taman Tema Air Jengka, membawa anak-anak ke Mini Zoo Rabbitland, beriadah di Titik Tengah Semenanjung dan banyak lagi tempat yang boleh di kunjungi.   Info tentang tempat-tempat menarik di Temerloh boleh dicari di TEMERLOH UNLIMITED.COM

Apa yang k mid katakan,  jika benar-benar ingin merasai kepuasan percutian ke bandar Temerloh ini,  eloklah bermalam satu atau dua malam di sini.  Dengan demikian bolehlah bersantai-santai dan menyusun jadual untuk berkunjung ketempat-tempat yang di hajati.

Mengenai tempat penginapan pulak,  di Temerloh ini tardapat macam-macam konsep penginapan seperti hotel, homestay dan kampungstay...harga penginapan juga sangat berpatutan sesuai dengan konsep penginapan masing-masing.

Disini k mid ingin menceritakan pengalaman k mid menginap di Kampungstay Desa Murni, yang terletak di  Kampung Desa Murni, Sanggang, Termerloh.



Kampungstay Desa Murni adalah penginapan bercirikan rumah moden dan tradisional.  Walaupun berkonsep penginapan kampung,  namun ianya lengkap dengan kolam renang yang luas, wifi yang laju,   tempat parkir yang luas,siaran astro (njoi),  kemudahan dewan dan lain-lain.  


Kampungstay ini menawarkan juga pakej-pakej seperti Pakej Perkahwinan, Pakej Hari Keluarga, Pakej Seminar dan lain-lain.  Pihak pengurusan Kampungstay juga boleh menyediakan pakej mengikut citarasa kita sendiri,  cuma kita perlu beritahu mereka apa aktiviti yang hendak kita lakukan.


Ada 7 jenis rumah yang di tawarkan  iaitu  :
1.  Rumah Moden 1 
* 4 bilik berkatil Queen size berserta bilik air setiap bilik
* kemudahan wi-fi, aircond, astro(njoi), ruang tamu dan dapur
* kapasiti katil  : 8 orang
* kapasiti max rumah  : 15 orang

 2. Rumah Moden 2

* 4 bilik berkatil 2 king Size berserta bilik air di setiapa bilik
*kemudahan wi-fi,  aircond, astro(njoi),ruang tamu dan dapur
*kapasiti katil : 16 orang
*kapasiti max.rumah : 25 orang
 

 3. Rumah Tradisional 3

* 5 bilik berserta bilik air di setiap bilik
* Kemudahan wifi,  aircond, astro(njoi), ruang tamu dan dapur
*kapasiti katil : 10 orang
*kapasiti max.rumah : 15 orang
 
4.Rumah Tradisional 4 
*5 bilik, 3 bilik air
*Kemudahan wifi,  aircond, ruang tamu, astro(njoi),ruang tamu dan dapur
* kapasiti katil : 6 orang
* Kapasiti max. rumah : 8 orang

5. Rumah Tradisional 5
*5 Bilik dengan 5 bilik air
*Kemudahan wifi,  aircond, ruang tamu, astro(njoi),ruang tamu dan dapur
*Kapasiti katil : 6 orang
*Kapasiti max. rumah : 8 orang
 
6. Rumah tradisional 6
* 5 bilik dan 5 bilik air
* Kemudahan wifi,  aircond, ruang tamu, astro(njoi),ruang tamu dan dapur
* Kapasiti katil : 10 orang
*Kapasiti max.rumah : 15 orang
 
7.  Rumah tradisional 7
* 5 bilik dan 5 bilik air
* Kemudahan wifi,  aircond, ruang tamu, astro(njoi),ruang tamu dan dapur
*Kapasiti katil : 11 orang
*Kapasiti max.rumah ; 15 orang
 
Lain-lain jenis penginapan :
1. Kampung stay Cabin
2. Kontena D'villa
3. Rumah A-type (BESAR)
4. Rumah A-type (KECIL)

RUMAH KAMPUNG TRADISIONAL


 




 KAMPUNGSTAY CABIN




RUMAH MODEN

 


RUMAH A-TYPE


Apa yang k mid boleh katakan,  menginap di Kampungstay Desa Murni ini sangat selesa dengan keadaan bilik yang luas serta suasana kampung yang nyaman. Amat sesuai untuk percutian keluarga

📌Lokasi : Kampungstay Desa Murni
Lot 1674, Jalan Homestay
Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh
Pahang

Tel : 09 2847949 / 012 5534715

Email: kampungstay@yahoo.com.my

Fb : Kampungstay Desa Murni

Website : www.kampungstaydesamurni.com


#temerlohunlimited
#exploretemerloh2022 #tourismpahang
#kampungstaydesamurni
#temerlohbandarikanpatin
 
 
Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...