Hari ke 2 di Temerloh, singgah makan tengahari di Restoran Go'Bang Maju Tol Patin Tempoyak. Restoran ni terletak di jalan besar ke Pekan Temerloh dan dekat dengan Tol Temerloh. Dari tepi jalan boleh nampak restoran ini, dengan tempat parkir yang luas di sediakan di hadapan restoran.
Melihat pada namanya Go'Bang..k mid pun bertanyalah pada pekerja di situ...kenapa nama Go' Bang?? Rupanya pemilik restoran adalah anak yang sulong di panggil abang...jadi Go'Bang bermaksud terus maju bang😍
Ketika kehadiran k mid dan rakan-rakan di sini, walaupun hari Isnin..kelihatan banyak pelanggan sedang menjamu selera. Apa yang ada dalam fikiran k mid mesti masakan dia sedap sebab tue ramai yang berhenti singgah di sini.
Sop tetap dipraktikkan...kelihatan anggota RELA untuk memantau |
Restoran ini menggunakan konsep ambil makanan dan minuman sendiri menggunakan troli yang disediakan...ala- ala IKEA giteww..
Lepas pilih makanan yang korang nak makan atau bungkus...sila ke kaunter untuk buat pembayaran. Kaunter pembayaran juga berkonsep Tol Highway...Korang boleh pilih nak bayar di Tol mana?...Tol Gombak ada, Tol Bentong ada, Tol Karak pun ada & Tol Temerloh pun boleh😆😆 Sempoikan😁
Selain dengan Masakan Tempoyak Ikan Patinnya yang sedap tue, restoran ini ada menyediakan menu-menu lain seperti Pais ikan Patin, Gulai Pucuk Ubi, Masak asam pedas, Masak lemak chili api udang galah, Ikan Talapia goreng, kerabu, ulam-ulaman dan lain-lain. Mee udang pun ada juga..tapi ini sajian waktu petang hingga malam jadi tak sempat lah rasa.
Ini Pais ikan Talapia..sedappnye |
Minuman pula ada yang spesial di sini iaitu Air Jagung Special, Air Bandung Special dan Air Keladi Special. Cendol juga terdapat di sini. Selain itu pencuci mulut seperti kek juga terdapat di sini.
Produk-produk makanan ringan dari industri kampung seperti kerepek ubi, kerepek pisang, kueh bahulu juga terdapat disini. Pendek kata....senang jer...boleh beli semua di sini..tak perlu cari-cari di tempat lain lagi.
Menu Makanan k mid dan rakan-rakan untuk makan tengahari di sini kali ini adalah Patin Tempoyak, Pais Talapia Bakar, masak lemak pucuk ubi, masak asam batang keladi, ulam-ulaman berserta sambal belacan.
Kesedapan Masakan Tempoyaknya memang tidak boleh di nafikan..k mid paling minat Pais Ikan Talapia Bakarnya.
Apa lagi k mid, bertambah-tambahlah makan😆K mid & geng...sampai ada bungkus bawak balik tau... |
Harga bagi sepotong baung tempoyak berapa?
ReplyDelete