Assalamulaikum
Jom kita terjah ke Car Boot Sale(CBS) yang bertempat di Lurah Semantan, Bandar Temerloh.
Berkeluasan 200 meter panjang, car boot ini antara yang terpanjang dan terbesar di pantai timur. Apa yang uniknya semua barangan di jual melalui kereta-kereta dan ada kira-kira 200 buah kereta yang menyertai Car Boot Sale ini. Pelbagai barangan boleh di beli di sini dengan harga yang berpatutan seperti barang makanan, minuman, baju-baju, tudung, barangan permainan kanak-kanak, barangan perhiasan diri dan banyak lagi.
Antara yang makanan dan minuman yang viral di sini ialah : kambing bakar, kerabu maggi thai, air asam boi ketagih dan kopi .
Bagi yang berkunjung ke Temerloh, jangan lupa berkunjung ke sini... Pasti ada yang nak tahu keunikan barangan yang di jual serta dapat mengisi waktu malam dengan lebih ceria. Moh kita ke CAR BOOT SALE TEMERLOH.
📌Lurah Semantan Temerloh
Waktu Operasi : 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam
(setiap hari Sabtu Malam Ahad)
Kira macam pasar malam jugalah
ReplyDelete