Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Jika korang pernah ke Temerloh, pasti ada terdengar tentang Roti Sarang Naga yang viral tue. Roti Sarang Naga ada salah satu menu sarapan pagi yang terdapat di Restoran Sarang Makan di Sarang Naga76.
Ini dia Roti Sarang...simple tapi memang terbaiklah |
Masing-masing sedang menikmati Sarapan pagi Roti Sarang |
Selain dari Roti Sarang, ada juadah-jualah lain boleh di nikmati di sini untuk sarapan pagi seperti nasi lemak dan kueh-mueh.
Untuk makan tengahari pulak, menu-menu masakan kampung terdapat disini juga menu-menu makanan eksotik seperti daging rusa, arnab juga ikan-ikan sungai.
Nie pula..Restoran Sarang Makan..tempat menjamu selera di Sarang Naga |
Suasana dalam Sarang Makan |
Antara juadah makan tengahari yang k mid nikmati di sini Masakan Patin Sarang, Sayur Campur, Talapia Goreng dan ulam-ulaman berserta sambal belacan |
INFO MENGENAI SARANG NAGA76
Sarang Naga76 ada sebuah kawasan Agro Pelancongan yang terletak di Kampung Ketam, Kerdau, Temerloh, Pahang.
Sarang Naga76 berasal dari sebuah Kelab Permotoran iaitu Dragon 76 MC, dimana pengasasnya Allan Mor telah membeli tanah seluas 12 ekar dengan tujuan untuk membina projek perumahan, namun kawasan ini sering banjir ketika musim tengkujuh menyebabkan beliau menukarkan projek tersebut kepada projek tanaman pokok buah-buah seperti buah durian, buah naga, pisang dan lain-lain.
Antara pokok buah-buahan yang di tanam di sini, pokok durian, pisang dll. |
Dah penat jalankan...bolah lepak di dangau -dangau yang terdapat di sini |
Terdapat juga mini zoo yang sedang diusahakan. Di mini zoo ini terdapat pelbagai jenis haiwan seperti landak, rusa arnab, itik, angsa, burung, ayam hutan ayam serama juga ayam spesis termahal dari Jepun iaitu Ayam Onagadori.
Selain itu ada chalet-chalet yang boleh diinap oleh pengunjung. Waktu kehadiran k mid dan rakan-rakan disini penginapan rumah pokok sedang dalam pembinaan dan di jangka siap sepenuhnya tidak lama lagi. Bila siapnya semua penginapan nanti, para pengunjung bolelah menginap di Sarang Naga76 untuk merasai kehidupan dalam ladang bersama haiwan-haiwan.
Disamping itu para pengunjung boleh melakukan aktiviti indoor dan outdoor seperti
berkayak, berbasikal (mountain bike) dan menaiki ATV.
Rumah pokok yang hampir siap |
Menariknya suasana rumah pokok nie..boleh main nyorok-nyorok kat pokok-pokok besar bawah rumah..hehehe |
Pihak Sarang Naga76 juga sedang dalam perancangan menyediakan tapak-tapak perkhemahan dan menyediakan kemudahan untuk melakukan aktiviti permainan flying fox.
Sarang Lepak..bila ianya siap sepenuhnya, bolehlah pengunjung menikmati hidangan Western di sini. |
KEDEY pula adalah kedai untuk menjual cenderahati |
📌Lokasi : Kampung Ketam
28020 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi Sarang Makan
7.00 pagi hingga 3.00 petang
Tel : 018 2995413
#temerlohunlimited #exploretemerloh2022
#temerlohbandarikanpatin
#temerlohtitiktengahsemenanjung
#tourismpahang
#sarangnaga76
Salam sayang,
MiedaJaz
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN