Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

Agro Pelancongan di Temerloh : Sarang Naga 76

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Jika korang pernah ke Temerloh, pasti ada terdengar tentang Roti Sarang Naga yang viral tue. Roti Sarang Naga ada salah satu menu sarapan pagi yang terdapat di Restoran Sarang Makan di Sarang Naga76. Ini dia Roti Sarang ...simple tapi memang terbaiklah Masing-masing sedang menikmati Sarapan pagi Roti Sarang Selain dari Roti Sarang,  ada juadah-jualah lain boleh di nikmati di sini untuk sarapan  pagi seperti nasi lemak dan kueh-mueh . Untuk makan tengahari pulak,  menu-menu masakan kampung terdapat disini juga menu-menu  makanan eksotik seperti daging rusa , arnab juga ikan-ikan sungai . Nie pula..Restoran Sarang Makan..tempat menjamu selera di Sarang Naga  Suasana dalam Sarang Makan Antara juadah makan tengahari yang k mid nikmati di sini Masakan Patin Sarang, Sayur Campur, Talapia Goreng dan ulam-ulaman berserta sambal belacan INFO MENGENAI SARANG NAGA76 Sarang Naga76 ada sebuah kawasan Agro Pelancongan yang terl...

Penginapan Dengan Suasana Kampung di Temerloh : Kampungstay Desa Murni

  Assalamulaikum dan salam sejahtera. Berkunjung ke Temerloh baru-baru ini memberi k mid banyak pengalaman yang indah,  disamping mengetahui banyak sebenarnya tempat-tempat menarik dan unik yang boleh di kunjung di Temerloh ini. Jangan hanya datang ke Temerloh untuk menikmati Masakan Patin Tempoyaknya sahaja...pergilah berkunjung ke Pekan Seharinya yang terpanjang, mandi manda di Taman Tema Air Kubang Gajah dan Taman Tema Air Jengka, membawa anak-anak ke Mini Zoo Rabbitland, beriadah di Titik Tengah Semenanjung dan banyak lagi tempat yang boleh di kunjungi.   Info tentang tempat-tempat menarik di Temerloh boleh dicari di  TEMERLOH UNLIMITED.COM Apa yang k mid katakan,  jika benar-benar ingin merasai kepuasan percutian ke bandar Temerloh ini,  eloklah bermalam satu atau dua malam di sini.  Dengan demikian bolehlah bersantai-santai dan menyusun jadual untuk berkunjung ketempat-tempat yang di hajati. Mengenai tempat penginapan pulak,  di Temerlo...

Tempat Makan di Temerloh : Restoran Go' Bang Maju Tol Patin Tempoyak

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Hari ke 2 di Temerloh,  singgah makan tengahari di  Restoran Go'Bang Maju Tol Patin Tempoyak .  Restoran ni terletak di jalan besar ke Pekan Temerloh dan dekat dengan Tol Temerloh . Dari tepi jalan boleh nampak restoran ini,  dengan tempat parkir yang luas di sediakan di hadapan restoran. Melihat pada namanya  Go'Bang..k mid pun bertanyalah pada pekerja di situ...kenapa nama Go' Bang??   Rupanya pemilik restoran adalah anak yang sulong di panggil abang...jadi Go'Bang bermaksud terus maju bang 😍 Ketika kehadiran k mid dan rakan-rakan di sini,  walaupun hari Isnin..kelihatan banyak pelanggan sedang menjamu selera. Apa yang ada dalam fikiran k mid mesti masakan dia sedap sebab tue ramai yang berhenti singgah di sini. Sop tetap dipraktikkan...kelihatan anggota RELA  untuk memantau Restoran ini menggunakan konsep ambil makanan dan minuman sendiri menggunakan troli yang disediakan...ala- ala IKEA g...