Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

SEMARAKKAN SEMANGAT PERAYAAN ANDA DENGAN 8 HIASAN KRISMAS DI PUSAT BELI-BELAH DI SELANGOR!

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Cuti Sekolah dan  musim perayaan telah tiba! Kita kadang-kadang nak pergi ke mana untuk bawa anak- anak dan family berjalan-jalan. Apakata, jom kita meraikan Musim Perayaan Di 8 Pusat Membeli-Belah Yang Ternama! Musim kemeriahan telah tiba! Pusat beli-belah kini dihiasi dengan dekorasi Krismas yang cantik dan kreatif. Hiasan Krismas di pusat beli-belah ini membawa kegembiraan dan akan menyemarakkan semangat perayaan anda! Ambil gambar dan OOTD terbaik anda di 8 pusat beli-belah utama di sekitar Selangor. # SUNWAY PYRAMID, SUBANG JAYA Eratkan hubungan bersama keluarga dan rakan-rakan anda di Sunway Pyramid, Subang Jaya. Tema untuk hiasan Krismas Lion tahun ini dipanggil Wander Wonder, di mana ia dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan gergasi yang cantik, cendawan bercahaya, rama-rama dan juga pari-pari untuk anda merasai keajaibannya. Dalam usaha kelestarian alam sekitar, beberapa hiasan telah dibuat daripada bahan kitar semula. Anda juga boleh ...

TOURISM SELANGOR TERUS MELANGKAH KEHADAPAN SEIRING DENGAN LEMBARAN BAHARU BAGI TAHUN 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tahun 2023 semakin hampir dan agensi promosi pelancongan rasmi Negeri Selangor, Tourism Selangor terus merancang untuk lebih relevan dan bergiat aktif mempromosikan pelancongan untuk Negeri Selangor dengan lebih kukuh berbanding sebelum ini. Dengan pelbagai inisiatif baharu yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan, Negeri Selangor akan mengekalkan jumlah kedatangan pelancong domestik tertinggi seperti tahun sebelumnya. Bagi tahun akan datang, Tourism Selangor telah mengambil pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk memperkasakan kempen promosi pelancongan Negeri bagi pasaran domestik dan antarabangsa, “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” dan “Splendid Selangor, Take Me Anywhere!”. Sejak pembukaan semula sempadan Malaysia, sektor pelancongan telah mula kembali pulih di mana Selangor kekal sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia sebanyak 10.2 juta pelawat bagi tahun 2021. Melangkah ke tahun 2023, Tourism Selangor berazam untuk mengekalk...

STEG HOTEL KUALA LUMPUR : HOTEL INSTAGRAMMABLE DI TENGAH BANDAR

  Assalamulaikum dan salam sejahtera. Bersempena dengan Majlis Apresiasi Media Tourism Malaysia baru-baru ini, kak mied dan rakan-rakan media yang lain berpeluang menginap 1 malam di Hotel STEG , Kuala Lumpur. Pada mulanya kak mied tertanya- tanya dekat mana sebenarnya hotel nie,  biasanya hotel-hotel di Kuala Lumpur nie kak mied agak tahu di mana lokasinya sebab kak mied kan orang Selangor yang turun naik ke KL selalu.. mestilah perasan di mana hotel-hotel nie kan..hahaha. Rupanya STEG Hotel Kuala Lumpur ini terletak  di Jalan Tiong Nam ,  berkedudukan diantara segitiga emas Bukit Bintang, KLCC dan PWTC .  dan mula beroperasi pada awal tahun 2022 . STEG Hotel ini adalah butik hotel yang mengabungkan rekabentuk kotemporari , vintaj dan moden . STEG diadaptasi dari perkataan Sweden yang bermaksud STEP ( Langkah ). Jom kita tengok bilik penginapan yang tersedia. Ada 4 pilihan penginapan yang ditawarkan oleh STEG Hotel Kuala Lumpur iaitu jenis Swanky, Groo...

KUAK HILL RESORT : MERASAI KEDAMAIAN DI KELILINGI ALAM SEMULAJADI

Assalamulaikum dan salam sejahtera Pada hujung minggu baru-baru ini, anak-anak mengajak kak mied jalan-jalan.  Bila di tanya hendak kemana?  Katanya tempat yang menarik,. mama bawalah baju mandi semua sebab kita nak stay tempat tue semalam. Kak mied punya berfikir mana agaknya anak-anak nak bawa mak depa pergi nie...akhirnya diorg bagitahu sebenarnya nak pergi ke Kuak Hill Resort di Lenggong, Perak . Sebelum nie kak mied ada terbaca review dari yang pernah menginap di sini. Dari gambar-gambar yang di tunjukkan nampak tempat nie nampak menarik. Okaylah...jom kita tengok menarik ke tempat ini? Kami bertolak dari rumah di Selangor lebih kurang pukul 11 pagi.  Tengok pada google maps, perjalanan akan mengambil masa dalam 2 jam setengah, jadi akan tiba dalam pukul 2 gitew tapi siapalah boleh menjangka  keadaan highway kita nie..tetiba highway jadi seloronglah pulak.. banyak pulak kerja-kerja maintenance di highway nie..jemlah pulak!!! Jadi kami pun tiba di Persimpangan...