Skip to main content

PENGINAPAN ALA KAMPUNG DI THE GEMALAI VILLAGE RESORT LANGKAWI

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Korang mesti rindu nak pergi bercuti kan??  Sabar ya..pasti tak lama lagi kita bebas untuk kemana saje tanpa takut atau risau jika kita semua telah menerima 2 dose Vaksin.😍

Kita mulakan bercuti ke tempat yang berhampiran kita dan yang Green Zone dulu ya,  tapi k mid rasa ramai yang rindu hendak pulang ke Kampung lebih-lebih lagi nak menyambut Ramadhan bersama keluarga di Kampung.

Cerita pasal kampung nie,  k mid terpesona dan rasa nak tak nak balik ke Kuala Lumpur dah...hehehe..bukan apa k mid nie memang suka suasana kampung ,  dengan kehijauan sawah padi terbentang di depan mata rasa sejuk mata memandang.

Sebab terpersonalah,  k mid nak cerita-cerita sikit kat sini supaya sesiapa yang suka suasana kampung boleh menginap dekat sini bila sampai di Langkawi nanti. 

Resort yang dimaksudkan ialah The Gemalai Village yang terletak di Laman Padi, Langkawi. Sebuah resort yang dimiliki  dan diurus oleh LADA Eco-Tourism Group

Asyik selalu duduk Hotel menghadap laut, ada kolam renang ..semua tue dah biasa..baik cuba yang mengadap sawah padi pulak    

Hijau pandangan mata

The Gemalai Village ini di bina di atas sawah padi,  jadi feel sangat macam suasana kampung buat kita terlupa akan kesibukan kota. Walaupun penginapan ala kampung tapi kemudahan jangan risau...macam hotel jugak.

Apamacam...menarik tak??

 Ada 2 jenis penginapan di sini  iaitu  jenis Dangau (single chalet) dan Teratak (chalet bertingkat)

Ini jenis Teratak

 

Ini jenis Dangau

walaupun style kampung..tapi selesa...Honeymoon pun ok

Buluh sebagai dinding bilik air- cantik
ok kan😍

Yang minat memancing,  bolehlah bawak pancing memancing ikan darat di bendang tue..kalau nak berkubang dalam bendang pun boleh..hehehe.. Nak bergambar dengan kerbau pun boleh.  Aktiviti-aktiviti lain boleh juga di aturkan oleh pihak resort.

kmid dah start dah mengacau kerbau...nasib kerbau nie tak mengamuk..😁 


Kmid suka penginapan jenis Teratak...buka jer pintu atau tingkap boleh lihat pemandangan luas sawah padi

ala..padi tak di tanam lagi time nie

tak pa...laman padi berhampiran, padi sedang menguning

 

The Gemalai Village jugak berhampiran dengan Pantai Cenang, jadi boleh berjalan-jalan ke sana sambil mandi manda serta melakukan aktiviti air.  Juga berhadapan dengan Laman Padi dan Restoran Kerisik.. yang semuanya berkonsep Ala-ala Kampung.

Yang berminat dan nak mengetahui lebih lanjut boleh layari  :-
 
tel  : 604-9553225
Email  : sales@ladaeco.my
 
The Gemalai Village Resort
Laman Padi, Jalan Pantai Cenang,
07000 Langkawi,
Kedah

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...