Skip to main content

PAKAIAN DAN BAJU MELAYU BERSAIZ BESAR DI BOB ROCK LOVELILY

 Assalamulaikum dan Salam sejahtera.

Baru-baru nie k mid ke Shah Alam,  sambil tue singgah di Plaza Shah Alam,   jalan-jalan mencuci mata dan mencuci duit... hahaha...terpandang pulak satu kedai yang nampak menarik.. kenapa k mid kata menarik ???sebabnya kedai nie  adalah kedai pakaian yang menjual pakaian SAIZ BESAR. K mid kan selalu tension bila memilih pakaian...bila dah berkenan kat baju tue tapi cari size tak da pulak 😅faham-fahamlah ya..

Nielah kedainya BOB ROCK LOVELILY

BOB ROCK LOVELILY(BRLL)

Pakaian di kedai ini adalah saiz besar dan amat bersesuaian dengan potongan badan orang Asia.  Dimana saiz yang ada bermula dari XL hingga 6XL.

Kemeja, Seluar Slack Kerja yang stretchable, Seluar Jeans, Baju Melayu dan juga Kurta juga amat sesuai  dijadikan sebagai pakaian harian

Pakaian Lelaki

Pakaian Wanita

DESIGN & MATERIAL

Dari segi design dan material,  pihak Bob Rock LoveLily yang memilih dan mencari kain yang sesuai kerana mereka mahu para pelanggan merasa selesa bila memakainya lebih-lebih lagi orang yang bersaiz besar nie mudah berpeluh dalam cuaca panas sekarang.

Oleh itu, pihak BRLL memilih fabrik berasaskan kain kapas sebab dapat lebih memberi ruang
penafasan bila berpeluh ianya akan dapat menyerap dan mudah kering.
segak jer adek nie kan....
 
K mid dah tentu nampak slim kan!!😍😂
 

DESIGN TERBARU DARI BRLL

Untuk sambutan bulan Ramadan dan Syawal  tahun ini, atas permintaan ramai pelanggan,  pihak BRLL ada menyediakan Baju Melayu Bersaiz besar.

BRLL menyediakan Baju Melayu Saiz Besar yang “Ready Made” dgn harga yang sangat berpatutan.
Baju Melayu ini boleh didapati dengan ukuran dada dari 50” hingga 70” iaitu saiz XL hingga 6XL.

Juga  disini terdapat Kurta Printed dan Kurta Plain  yang terbaru khas untuk Bulan Ramadhan dan
Syawal yang bakal tiba.




SELUAR SLACK STRETCHABLE

Bagi mereka yang berbadan besar,  mencari seluar jugak menjadi satu masalah jadi di BRLL ada terdapat seluar yang hampir kesemuanya adalah yang mudah meregang dan sememang amat selesa dan sangat sesuai di gayakan oleh orang yang bersaiz besar.



Yang berminat nak datang kesini  ada alamat di bawah :-

ALAMAT UNTUK WALK IN

Bob Rock LoveLily, Lot F-15 Aras 1, PLAZA SHAH ALAM, Seksyen 9, Shah Alam
Selangor.
Waze/Google: Bob Rock LoveLily
Buka: 10 pagi hingga 10 malam

CONTACT NUMBER
 Telefon kami: 03-55133588
 Whatsapp Admin 1: 011-10091301 (https://linktr.ee/bobrocklovelily)

 Website: https://www.bobrocklovelily.com.my/


 Untuk Pembelian Pakaian On line dari Bob Rock LoveLily:-

 Instagram (bobrocklovelily): https://www.instagram.com/bobrocklovelily/
 Facebook (Bob Rock Apparel): https://www.facebook.com/bobrocklovelily.my

Sebelum membuat pembelian secara online,  bolehlah rujuk dahulu carta size yang disediakan oleh BRLL ya!

CARTA SAIZ
1. Baju Melayu

2.Kurta

Okay semua...Selamat bershopping.


Salam sayang,



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...