Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
"AIR TERJUN SUNGAI PISANG, GOMBAK"
Tertiba rasa rindu nak hiking bersama kawan-kawan...dah beberapa bulan sejak last pergi hiking dan mandi manda di AirTerjun Sg Pisang.
Bagi yang tidak tahu di mana terletaknya Air Terjun Sg Pisang nie.. Ianya terletak di Batu 12 Gombak. Jadi dekat aje perjalanan dari rumah k mid ke sini.
Seawal 7.00 pagi k mid bertolak dari rumah yg terletak di Sungai Buloh. Pemanduan k mid selama 30 minit untuk sampai ke rumah Bff yg terletak di Batu 8 Gombak...Dalam kul 8.00 pagi kak mid sampai menunggu kawan-kawan yang lain. Kami lepak dulu di kedai kopi untuk mengalas perut. Target pukul 9.00 pagi baru nak memulakan penjalanan kami menuju Sg Pisang
|
Makan nasi lemak ..baru ada tenaga..hahaha |
Dari batu 8, kami akan terus menggunakan jalan lama Gombak yang menuju ke Genting Highlands. Akan jumpa simpang ke Mimaland, Masjid dan juga Hospital Orang Asli di sebelah kiri jalan. Teruskan pemanduan hingga sampai ke batu 12, hingga terjumpa sign Jungle Lodge Alang Sedayu. kemudian belok simpang kiri dan teruskan pemanduan ke bawah. Boleh nampak ramai yang parking kereta di kiri kanan bahu jalan, Cari parking dan mulakan pendakian anda.
|
Kitaorg parking jauh cikit..malas bersesak-sesak..anyway ada penduduk kg collect duet parking Rm5...kitaorg bagi jer |
|
Ok..kita startlah redah sungai dulu | |
|
Masing- masing excited nak mandi air terjun |
Setelah 10 minit menyusuri denai dan sungai, kita akan sampai ke terowong yang diatasnya adalah
Highway Karak. |
nie dia terowongnya.. |
|
|
|
Maka..macam-macam aksi bergambar kami cuba😀
|
Sampai saje kt terowong nie, kami tak lepaskan peluang mandi manda dulu, mandi dalam terowong nielah, bergambar dulu dan berehat sebentar.
|
nielah gambar-gambar berendam kat Terowong
|
Lepas terowong ini, maka bermulalah pendakian ke Air Terjun Sg Pisang, Bagi yang first time nak ke sini, perlu berhati-hati kerana ada 2 denai yang mengelirukan. K mid dan kawan-kawan pernah tersesat pada pertama kali ke sini dan kami sesat jauh juga..rasanya dekat nak sampai Janda Baik..semakin jauh masuk ke dalam hutan semakin tak jumpa air terjun..nasib berjumpa beberapa orang yang sesat macam kami dan kami bersama-sama patah balik. Masa sepatutnya hanya 45 minit untuk sampai ke Air terjun Sg Pisang menjadi 3 jam. hahaha.. kerana kami mengambil masa 2 jam untuk patah balik dan tambah 1 jam untuk sampai ke Air terjun Sg Pisang. Kekeliruan terjadi hanya kerana memilih simpang yang salah. Selepas memilih simpang yang betul bolehlah mengikut tanda yang di letakkan iaitu pelilit warna merah yg dikat di pokok sepanjang denai....insyallah ikut tanda sign pelilit merah ini pasti sampai ke Air Terjun Sg Pisang.
Ada yang memilih untuk naik tangga ke atas lepas terowong ini ...bermakna mereka mengunakan laluan atas Highway Karak untuk kesana.. bagi k mid dan rakan-rakan belum lagi mencuba laluan tersebut sebab kami lagi suka menyusuri laluan sungai kerana kitaorang suka bergambar dan inilah masa terbaik untuk bergambar dengan "Nature" sambil bermain air sungai yang dingin.
|
Tengoklah gaya-gaya Nerd kami😁
|
Setelah bergambar sana sini dan mengikuti tanda, akhirnya 45 minit atau 1jam pendakian kami pun sampai di Air Terjun Sg Pisang..masyallah...bestnya..kami pun apa lagi berendam sakan.
|
Really enjoy mandi air terjun nie...
|
|
Mandi sepuas-puasnya
|
|
Kecut semua😆😆😆 |
Kami luangkan masa beberapa jam sebelum beransur pulang....pendakian yang santai-santai aje namun menyeronokkan. Dah 3 kali pun k mid sampai ke sini ...jika ada peluang nak pergi lagi.
Perlu di ingatkan sebuah papan notis telah di letakkan baru-baru ini di permulaan kawasan selepas menyeberang sungai iaitu notis kampoun akan dikenakan sebab Air Terjun Sg Pisang telah di wartakan dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal Negeri Selangor, jadi jika sesiapa ingin memasuki dan ingin ke Air Terjun Sg Pisang perlu memohon permit dari Jabatan perhutanan terlebih dahulu. Selepas papan notis di tegakkan, k mid belumlah masuk ke Sg Pisang tapi kawan-kawan yang lain masuk semuanya telah memohon permit katanya. Jadi hati-hati takut tak pasal-pasal kena kompaun pulak
|
"We Love Nature"
|
Begitulah serba sikit pengalaman pendakian kami, semoga memberi sedikit gambaran bagi yang hendak ke Air Terjun Sg Pisang.
Salam sayang,
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN