Skip to main content

10 MASJID TERINDAH DI NEGERI SELANGOR

 Masjid yang Cantik &Indah untuk dikunjungi Sepanjang
Bulan Ramadan, Hanya di Negeri Selangor


Dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di Negara Malaysia, Negeri Selangor memiliki
pelbagai tarikan pelancongan kebudayaan dan keagamaan. Bersempena bulan Ramadan
tahun ini, pihak Tourism Selangor menyenaraikan 10 masjid terindah yang boleh anda
kunjungi di Negeri Selangor pada suatu masa kelak.

 1) Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Masjid yang gah ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di Pusat Bandar Shah
Alam. Turut dikenali sebagai “Masjid Biru”, ianya mempunyai ciri-ciri senibina yang
menarik dengan hiasan dalaman yang menakjubkan. Tambahan pula, ianya merupakan
masjid terbesar di Malaysia dan merupakan salah sebuah ikon pelancongan utama di
Negara ini. Masjid dengan kubah berwarna biru ini terletak indah di sebahagian Tasik
Raja Lumu. Ia boleh memuatkan seramai 16,000 orang jemaah pada satu-satu masa,
dengan dilengkapi oleh pelbagai kemudahan untuk para pengunjung.

 2) Masjid Puncak Alam
Masjid Puncak Alam merupakan masjid pertama dan terbesar di Bandar Puncak Alam.
Masjid yang mempunyai keluasan 9.5 ekar ini boleh memuatkan sekitar 5,000 orang
jemaah pada satu-satu masa dan telah dirasmikan pada 10 Julai 2015. Masjid ini juga
dilengkapi dengan kemudahan yang menarik seperti Dewan Serbaguna, bangunan
pentadbiran dan kelas, bilik pengurusan jenazah dan banyak lagi.


3) Masjid Sultan Abdul Samad
Masjid ini terletak di Daerah Sepang dan boleh dilihat semasa perjalanan menuju ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Masjid Sultan Abdul Samad
juga dikenali sebagai Masjid KLIA bagi pelancong dan ia didirikan bersempena
pembinaan KLIA pada tahun 2000. Mempunyai keluasan 17.96 ekar, ianya mampu
memuatkan 8,000 orang jemaah. Selain itu, reka bentuk dengan konsep seni bina Arab

klasik dengan kubah utama dan bumbung berbentuk ratanya turut menjadi tarikan

pelancong dan orang awam.

 
4) Masjid Diraja Sultan Suleiman
Masjid Diraja Sultan Suleiman ini telah dibina pada era 1930-an dan telah dirasmikan
oleh Sultan Alauddin Shah pada tahun 1932. Ia terletak di Daerah Klang dan mampu
memuatkan seramai 1,200 orang jemaah. Mempunyai seni bina yang sangat unik
bercirikan seni bina Monghul, ianya memberikan elemen Islamik dan katedral
neoclassical. Ditutup sementara pada tahun 2015 untuk proses penambahbaikan dan
kembali beroperasi pada tahun 2017 dengan kemudahan yang lebih efektif, masjid ini
kekal menjadi tumpuan pelancong dan warga Klang. 

 5) Masjid As-Salam
Pasti terkesima dibuatnya melihat Masjid As-Salam, masjid yang terletak di Taman
Puchong Perdana ini. Juga dikenali sebagai Masjid Terapung, ianya satu-satunya masjid
terapung yang terdapat di Negeri Selangor buat masa ini. Masjid ini telah dirasmikan
pada 8 Disember 2006 dan dibina berlatar-belakangkan taman dan tasik. Mempunyai
kapasiti 4,000 orang jemaah pada satu-satu masa, masjid ini tersergam indah, lebih-
lebih lagi menjelang waktu senja.


  6) Masjid Tengku Ampuan Jemaah
Masjid Tengku Ampuan Jemaah ini pula terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Ianya
merupakan Masjid Negeri yang kedua di Negeri Selangor selepas Masjid Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah. Dibina pada tahun 2010 and sempurna dirasmikan pada
tahun 2013, masjid yang dihiasi dengan tulisan ayat suci Al-Quran di bahagian luar ini
mempunyai binaan rekaan seni bina Islam Timur Tengah tradisional yang menarik
bermula dari kubah, menara dan hingga ke ruang solat. Keluasan masjid ini pula mampu
memuatkan seramai 5,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

7) Masjid Raja Haji Fi Sabilillah
Masjid yang dirasmikan pada 22 Jun 2016 ini menjadi masjid pertama di Malaysia yang
mendapat penarafan platinum bagi indeks bangunan hijau. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah
ini terletak di Cyberjaya dan mempunyai reka bentuk ciri-ciri prinsip hijau dengan
menerapkan elemen mesra-alam dalam pembinaannya. Ianya menggunakan teknologi
hijau seperti panel solar, tadahan hujan dan banyak lagi. Masjid yang sangat cantik ini
mempunyai konsep taman Islamik di perkarangannya. Keluasan masjid ini adalah
17.580 ekar dan mampu memuatkan 8,300 orang jemaah pada satu-satu masa. 

 8) Masjid Ara Damansara
Masjid Ara Damansara yang terletak di Ara Damansara mempunyai keluasan 6 ekar
serta boleh memuatkan 1,500 orang jemaah pada satu-satu masa. Ianya berkonsepkan
Green Building Index. Mula beroperasi pada 29 Januari 2015, masjid ini turut
menampilkan konsep islamik urban yang menarik. Terdapat juga taman permainan mini
dan ruang rehat sebagai kemudahan dalam kawasan masjid kepada pengunjung dan
orang ramai.


9) Masjid Jamek Ar-Rahimah
Masjid Jamek Ar-Rahimah merupakan masjid yang terletak di Daerah Hulu Selangor,
serta menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat. Masjid yang tersergam indah ini
sering menjadi tempat persinggahan para pengembara sebelum ke Fraser Hills.
Dirasmikan pada 1 November 2002, masjid ini mampu menampung seramai 3,500 orang
jemaah pada satu-satu masa. Seni bina masjid ini berlandaskan konspek Inggeris klasik
dilengkapi minaret yang tinggi dan indah di bahagian luar masjid. 

 10) Masjid Diraja Sultan Ala’eddin
Dibina pada sekitar tahun 1900 dan dirasmikan pada 18 Jun 1924, masjid bersejarah ini
mampu memuatkan 800 orang jemaah sahaja pada satu-satu masa. Juga dikenali
sebagai Masjid Bandar, ianya juga menjadi sebuah monumen sejarah bagi Negeri
Selangor dengan sktrukturnya yang masih gah berdiri sehingga hari ini. Ia terletak di
Pekan Banting sekitar 200 meter daripada Istana Bandar. Reka bentuk masjid ini
mempunyai ciri-ciri kesenian kaum India-Muslim dan masyarakat Islam dari negara
Timur Tengah.


Masjid di Negeri Selangor tidak hanya menjadi tumpuan pada musim perayaan sahaja,
namun ianya sentiasa mengalu-alukan kehadiran umat islam untuk menunaikan ibadah,
serta kehadiran orang awam untuk tujuan pelancongan. Masjid-masjid di Negeri
Selangor mempunyai hasil seni bina yang gah dan mengagumkan; sangat indah untuk
dijadikan latar bagi gambar.
Pada masa kini, jumlah kapasiti jemaah di masjid adalah dihadkan mengikut garis
panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.
Namun, jika anda berkesempatan untuk mengunjungi masjid-masjid ini, pastikan anda
mendaftar masuk dengan aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan

Selamat”, menjaga penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara
berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa demi memastikan kesejahteraan
umum.

  Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di
Selangor.Travel.

 Salam sayang,

 

 #PUSINGSELANGORDULU


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...