Skip to main content

BERSANTAI DI PULAU JEREJAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah nak masuk bulan March di tahun baru 2021,  k mid punyalah tak da mood nak menaip di blog ,sampai dah bersawang-sawang rasanya.

Bila PKP semula sepatutnya k mid ada banyak masa di rumah,  patutnya bolehlah update blog selalu rupanya tidak....jadi semakin malas asyik makan tidur tengok citer korea bersambung-sambung..hahaha.

Bila tetiba mood rajin datang nie,  baik cepat-cepat menaip apa yang ingin di ceritakan.

Hari ini k mid nak cerita trip santai k mid dan bestie Ayie ke Pulau Jerejak. Trip nie ngam-ngam sebelum PKP 2.0 bermula. Kami berdua ke Penang pada 7 hingga 9 Januari 2021.

Info Pulau Jerejak

  • Sebuah pulau kecil terletak di selatan Pulau Pinang, dahulunya adalah tempat penempatan untuk banduan yang di buang daerah dan juga tempat pengasingan bagi pesakit kusta.
  • Berkeluasan 362 Hektar
  • Untuk ke sini boleh menaiki bot laju dengan pembelian tiket Rm22 di kaunter untuk pergi dan balik manakala Rm20 jika beli secara online.
  • Waktu operasi bot seawal jam 6.30 pagi hingga 12 tengah mlm (kekerapan bot setiap 1 jam)
  • Perjalanan menaiki boat hanya 10 minit sahaja.
  • Ada Chalet jika ingin menginap di sini ( harga chalet antara Rm99 - Rm200).

Cara ke Pulau Jerejak  dari Georgetown

Oleh kerana kami berdua ke Penang menaiki flight kali ini jadi untuk bergerak ke sana ke sini terpaksalah menggunakan pengangkutan awam dan GrabCar.

Trip kali nie sgt santai...bnyk naik bas aje

Hotel kami pula terletak betul-betul di Komtar jadi amat mudah sebenarnya untuk menaiki bus Rapid sebab ada stesyen bas di situ tapi kami bercadang untuk menggunakan perkhidmatan GrabCar aje untuk ke Jeti Pulau Jerejak kerana tidak mahu bersesak dgn orang ramai pada waktu pagi.  Jeti Pulau Jerejak terletak di Bayan Baru berhampiran Queensbay Mall ( harga Grabcar Rm10 -Rm12).

Waktu balik pula kami memilih menaiki Bas Rapid Penang sbb ketika ini kami ingin santai- santai tanpa mengejar masa untuk ke mana-mana.  Walaupun tidak kelihatan perhentian bas,  jangan gusar bas akan berhenti di hadapan jalan berhampiran jeti( harga tambang Rm2.80 - bus ko.401).

 

okay..kita naik bot ya

Naik bot tak sampai 10 minit dah sampai..hahaha

Waktu kami ke sini   tidak lah ramai pengunjung kerana kebanyakkan orangramai dah habis pun rentas negeri,  kami pulak baru nak rentas..hahaha.

Pada yang minat mengambil cantik,  ada kira2 15 spot bergambar yang awesome...so nanti pkp dah tamat boleh ramai-ramai ke sini🥰

K mid biasa aaah..klu bergambar feeling ala2 model gitew😁😁

Nie..tangga impian..warna warni kehidupan kita
klu berani sikit...elok cuba tangga nie...Stairs to Heavan...nak nama lagi glamor..Tangga ke Alam Barazkh..hahahaha

Tengok nie bestie k mid..pasal nak gambar rare punya hal...sampai ke langit ke 7 dia panjat

Banyak lagi gambar dan spot2 menarik boleh di ambil di sini....klu 2 atau 3 jam tak cukup,  korang bagitau kaunter pukul berapa korang nak balik so korang boleh lepak puas-puas.

Feeling2 obersea cikit😁

Dah penat..lepak tepi pantai....

Naik buaian nie..terus ingat buaian kt Lombok..aduyai😃😃

Payung warna-warni pun ada...meriah gitew

Dah penat jalan-jalan bergambar semua...klu nak berbasikal pun ada...dan klu lapar jangan risau ada gerai-gerai di sini..harga biasalah..mahal sikit..pulau kan.  Jangan lupa tiket tunjukkan pada kiosk kt situ untuk dapat minuman percuma.

Macam-macam ada...

Apa lagi....bila dah boleh rentas negeri..kita sama-sama meriahkan semula industri pelancongan kita..

okay..bye


Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...