Assalamulaikum semua.. Apa khabar? Dengan keadaan sekarang harap semua sihat-sihat belaka. Alhamdulillah dengan ketibaan Vaksin kita boleh menarik nafas lega walaupun kita belum menang. Hari nie nak cerita sikit kat sini pasal pergi makan-makan di D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat. Lama tau k mid tak makan steamboat nie jadi dapat gi makan stemboat nie, syoklah jugak.. Restoran ini terletak di Acapella Suite Apartment . Betul-betul di bawah bangunan Apartment. Alamat : D' Kayangan Grill & Barbeque Steamboat No.1, Jalan Lompat Tinggi 13/33m, Shah Alam, Selangor Restoran ini beoperasi setiap hari dari hari Isnin hingga Ahad Waktu operasi : ISNIN - JUMAAT ( 4 petang hingga 11 malam) SABTU, AHAD dan CUTI UMUM ( 3 petang hingga 12 mlm) Harga pulak bagi k mid sangat berbaloi.. Dewasa - RM29.90 Kanak-kanak berumur antara 7 thn - 11thn - RM14.90 Warga Emas yg bermur 60 thn ke atas -RM24.90 Pelajar IPTA dan IPTS- RM24.90 Golongan OK...