Assalamualaikum semua.
Bagi yang telah meningkat usia seperti k mid nie, lagilah perlu untuk menitikberatkan kesihatan kulit kerana kulit menjadi lebih kering dan kurang anjal di sebabkan faktor peningkatan usia.
Sebenarnya lebih elok penjagaan kulit wajah ini dimulai seawal usia remaja lagi dengan menitikberatkan penjagaan harian yg teratur dengan penggunaan produk perawatan wajah yang sesuai dengan kulit kita.
Untuk penjagaan kulit wajah, k.mid memilih Cosmoderm Perfect Balanced dari Cosmoderm Skin Lab.
Kenapa k mid memilih Cosmoderm Perfect Balanced ini???
K mid memilih produk ini kerana ianya :
1. Produk yang sesuai untuk semua jenis kulit tidak mengira kulit biasa, kering atau sensitive.
2. Mengandungi Prebiotik dan Calamine di mana Prebiotik dapat membantu mencerahkan kulit dan mengimbangkan ekosistem mikrobioma kulit dengan memberi perlindungan kepada kulit dengan lebik konsisten. Calamine pula berfungsi untuk meredakan kerengsaan kulit seperti kegatalan dan kemerahan serta mengurangi masalah kulit berminyak.
3. Ianya bebas dari Paraben, fregrance, SLS/SLES dan pewarna tiruan, jadi ianya amat selamat untuk kulit.
4. Amat mudah penggunaannya, hanya dengan 4 langkah mudah.
Empat langkah mudah cara penggunaan Cosmoderm Perfect Balanced
1. Foaming Cleanser
Pembersih wajah yang dapat membersih kulit wajah hingga ke liang roma.
2. Toning Lotion
Diformulasi dari Calamine dan 20,000 ppm Prebiotik yang dapat melegakan masalah kulit seperti kemerahan.
Mengimbangkan kelembapan kulit dengan menyingkirkan kulit mati serta dapat melembapkan testur kulit wajah
3. Soothing WOW Cream
Soothing WOW Cream ini bertujuan untuk melembapkab wajah. Ianya dapat mengembalikan kelembapan kulit yang hilang serta dapat mengurangkan cela pada kulit.
4. Sun Milk SPF25 PA++
Berfungsi melindungi kulit daripada sinat UVA dan UVB. Dengan keadaan cuaca yang panas sekarang, ia mampu meningkatkan perlindungan terhadap kulit di samping mengekalkan kecerahan kulit.
Walaupun k mid baru sahaja menggunakan produk Cosmoderm Prefect Balanced ini namun dapag merasai perbezaannya di mana kulit muka terasa lebih bersih dan lebih anjal .
Pada yang berminat, produk Cosmoderm Prefect Balanced boleh di dapati di semua rangkaian farmasi termasuk Watson dan Guardian.
Boleh juga membuat pembelian di platform online Shopee dan Cosmoderm Official Site.
Untuk keterangan lanjut boleh layari :
https://www cosmoderm.com.my/
https://www.facebook.com/Cosmoderm
https://www.instagram.com/Cosmoderm
Salam syg,
MIEDAJAZ
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN