Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Apa itu Rawang By Pass Sebelum k mid cerita mengenai pendakian k mid ini, mari kita ketahui serba sedikit mengenai Rawang By Pass ini. Rawang By Pass adalah Lebuhraya yang paling tinggi di Malaysia. Merupakan jalan pintasan 23km sepanjang Rawang ke Serendah yang direka oleh arkitek tempatan Tuan Haji Radzali Mokhtar. Laluan ini memendekkan waktu perjalanan di waktu puncak ke KL dari 2 jam kepada 30 minit sahaja. Dengan ini ianya dapat meningkatkan pembangunan di kawasan Serendah, Batang Kali dan Tanjung Malim. Keunikan Jalan Pintas Rawang ini ialah pembinaan struktur tiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2m dari aras tanah. Laluan ini merentasi Taman Warisan Selangor yang padat dengan hutan. Ia unik kerana tiang dibina tidak lurus bagi meminimakan impak kerosakkan terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor, juga untuk memastikan rezab hutan kekal terpelihara terutamanya spesis haiwan hutan yang kian ...