Skip to main content

SEHARI DI SEKINCHAN

 Assalamulaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini k mid nak cerita sikit mengenai trip k mid dan 2 orang lagi rakan ke Kuala Selangor dan Sekinchan.

Kuala Selangor sebenarnya bukanlah tempat asing bagi k mid.  Maksudnya k mid sering bawa pelancong berkunjung ke daerah Kuala Selangor ini untuk melihat Kelip-kelip.

Ada beberapa tempat untuk melihat kelip-kelip di Kuala Selangor ini antaranya Kelip-kelip Kampung KuantanKelip-kelip Bukit Belimbing dan Kelip-kelip Pasir Penambang.  Nanti k mid ceritakan pasal kelip-kelip ya..tapi di lain episod...hahaha.  Sekarang nie k mid nak cerita dulu kisah kitaorang boring di rumah,  lepas PKP dah boleh keluar jalan-jalan,  kitaorg ambil keputusan ke Kuala Selangor dan Sekinchan.

Jam 8 pagi,  kami bertiga  bertolak dari Sg Buloh menuju ke Kuala Selangor melalui Highway Latar.

Kira-kira sejam perjalanan kitorang pun sampai di Bukit Melawati,  Kuala Selangor.

*BUKIT MELAWATI

Apa yang menarik di Bukit Melawati nie???

Bukit Melawati adalah tempat yang banyak menyimpan sejarah bagi negeri Selangor,  di mana satu ketika dahulu pernah dijadikan sebagai pusat  pentadbiran kerajaan dan juga sebagai kubu terawal Sultan Selangor daripada serangan musuh.  Oleh yang demikian sudah tentu di Bukit Melawati ini terdapat banyak peninggalan sejarah seperti  Batu Hampar, Tangga Seratus, Makam Sultan, Telaga TujuhPerigi Beracun dan banyak lagi.

Pengunjung boleh berjalan kaki ke atas bukit, menaiki kereta ataupun menaiki Trem.  Namun selepas PKP pengunjung  hanya di benarkan menaiki Trem aje untuk ke atas. (Sehingga artikel ini di tulis tak tahulah k mid kalau sudah boleh bawa kereta ke atas)

Bayaran Rm3 untuk dewasa dan Rm2 untuk kanak-kanak di kenakan untuk menaiki trem

Di atas Bukit Melawati,  pengunjung dapat melihat Rumah Api Kuala Selangor. Ia merupakan menara yang berketinggian 83 meter. Rumah Api ini dibina oleh penjajah British pada tahun 1907.

Apa yang menarik di sini adalah terdapat beratus-ratus ekor monyet yang jinak.  Bolehlah beli sayur-sayuran atau makanan untuk di beri kepada monyet-monyet ini.  Kalau bawa anak-anak tentu mereka gembira melihat gelagat sang monyet yang cuba dapatkan makanan dari pengunjung.

Selalu pergi dah petang..semua dah kekenyangan

*SKY MIRROR

Bagi yang berminat untuk mengikuti tour ke Sky Mirror,  turun aje dari Bukit Melawati ada Pekan Lama Kuala Selangor terdapatnya jeti untuk ke Sky Mirror.


Jeti Sky Mirror
Jeti Sky Mirror pun dah cantik...k mid pun bergaya lah ala2 model kt situ😄


Pada yang tak tahu apa itu Sky Miror,  k mid nak kasi info cikit dekat sini.

Sky Mirror merupakan Tarikan terbaru di Kuala Selangor iaitu terletak kira-kira 15-20 minit perjalanan dengan bot dari Kg Sasaran Kuala Selangor. Sky Mirror di Kuala Selangor ini di beri gelaran Salar De Uyuni Malaysia.

Bagi yang hendak dapatkan gambar-gambar  menarik di benteng pasir ini perlulah pergi awal pagi iaitu sewaktu air surut.

Kredit pic : rahimah zainal

Kredit pic : rahimah zainal


Alamat  :  Jeti Pekan Lama Kuala Selangor

Hubungi Operator Bot SkyMirror (016 2234788)

Atau buat tempahan secara online di www.skymirrorworld.com

Selepas setengah hari di Sky mirror,  kitorg pun meneruskan lagi perjalanan kami ke Sekinchan.

SEKINCHAN

Korang tahu ke makna Sekinchan yang  korang

sebut-sebut tue. Dah cari dalam kamus ke...ada tak jumpa makna dia??

Maksud perkataan Sekinchan sebenarnya  di ambil dari pelat Cina yang merujuk kepada "Second Chance"  yang bermaksud pilihan kedua.  Kawasan ini dibuka ketika zaman keganasan komunis dan kebanyakkan penduduk di situ adalah kumpulan yang diberi pengampunan dan pilihan kedua oleh British untuk keluar dari Parti Komunis.

Lucu jugak...k mid pun baru tahu maksud perkataannya ☺

Itu cerita mengenai maknanya, sekarang nak cerita pasal kedudukannya pula.

Sekinchan ialah sebuah pekan yang terletak di Negeri Selangor, merupakan salah satu kawasan penanaman padi yang terletak dalam daerah Sabak Bernam  Sekinchan merupakan pengeluar hasil beras mengikut tan paling tinggi di Malaysia.

Dengan memiliki sawah padi yang luas,  pengairan yang bersistematik, displin dan penanaman yang teratur menjadikan Sekinchan sebagai kawasan penghasilan jumlah hasil tertinggi beras negara.

Bagi jurugambar,  Sekinchan menyajikan panorama dan lanskap yang cantik dan menarik dengan pemandangan sawah padi dan perkampungan nelayan.

*MUZIUM PADI


Muzium Padi ini sebenarnya adalah kilang padi milik PLS Marketing (M) Sdn Bhd yang terletak di Jalan Tali Air 5,  Ban 2, Sekinchan.

kolam nie tepi pintu masuk jer

Bayaran masuk Muzium ini ialah RM5 untuk dewasa dan anda akan mendapat sebungkus beras sebagai cenderamata (agak-agak beras tue dalam setengah Kg).

Sebaik melangkah masuk ke Muzium ini,  pengunjung akan ditayangkan dokumentari pendek mengenai sejarah Sekinchan serta proses penanaman padi dan penghasilan beras.

Antara beras keluaran Syarikat PLS


Di Muzium Padi ini juga terdapat  beberapa peralatan dan beberapa replika mesin yang pernah digunakan oleh pesawah.

Tak taulah mesin tanaman padi tahun bila..ini kat luar Muzium

Antara barangan yang di pamerkan di Muzium Padi

Gambar-gambar dlm Muzium Padi
Sebelum balik,  kitaorang pun belilah beras dan lain-lain barangan yang di jual di sini seperti ikan masin, jagung dan keropok.  Beras Sekinchan memang yang bermutu tinggi yang hanya boleh di beli di Kilang beras di Sekinchan aje.

Keluar aje dari Muzium Padi,  kami pun nampak sawah padi kat tepi kilang..apa lagi kami ambil peluang bergambar(nielah seciput kawasan sawah yang menghijau) yang lain-lain kawasan tak da padi sebab sekarang baru habis musim menuai...tengah proses membajak balik jadi tengah kering kontang sawah,  jadi tak cantiklah gambar jika di ambil waktu nie.

Anak-anak padi di tapak semaian

3 of us❤

Jadilah dapat bergambar dengan padi tepi kilang

Kalau nak dapat pemandangan sawah padi yang menghijau atau sebelum menuai kena tahu bila musimnya di sini kerana padi di tanam 3 kali setahun iaitu bulan March -Mei, Ogos-okt dan Dec - Feb. Jadi kunjungan kami bulan Julai memang tiadalah kehijauan sawah padi😆.

Sekam padi tepi sawah pun boleh jadi prop  untuk kitorang...ala2 kt gurun gitew😆😆

*PANTAI REDANG SEKINCHAN

Pantai Redang ialah sebuah kawasan persisiran pantai di Sekinchan,  ia menghala ke Selat Melaka di tebing utara muara Sungai Labu.

Sebenarnya,  Pantai Redang ini tidak secantik mana namun pemandangan ketika matahari terbenam tetap menarik.

Waktu kami tiba di sini kira-kira jam 4 petang  kelihatan ramai kanak-kanak sedang bermain layang-layang di pantai.



Bagi kaki pancing bolehlah aje memancing di sini dan pada yang nak larikan diri dari kesibukan kota bolehlah lepak-lepak di sini menghirup bayu laut.

Seronok juga dapat keluar pusing Selangor lepas PKP selama hampir 3 bulan berkurung. Masih banyak tempat-tempat menarik di Selangor yang boleh kita lawati.

#splendidselangor    #takemeanywhere
#pusingselangordulu  #tourismselangor

Selamat bercuti semua,  ayuh kita semarakkan industri pelancongan domestik.

Salam sayang,

Comments

  1. sky mirror menariknya.. igtkan kita dekat top then jalan jambatan berkaca, rupanya pantulan air ... benda baru ni, hopefully boleh try one day

    ReplyDelete
  2. Banyak rupanya tempat2 menarik kat bukit melawati n sekinchan ni, lg pun bukan nya jauh sgt dr kl, memang kena pergi lagi ni.. Tq for your sharing.

    ReplyDelete
  3. Banyak betul lokasi menarik yang boleh release. Nak jugak sesekali lari dari kesibukan keje ni. Nanti Sal nak untuk bawak anak² bercuti

    ReplyDelete
  4. Dekat dengan kampung mertua kita...lalu dalam tu, parit 4 tu le umanya di tengah sawah...bestkan balik kampung gini...

    ReplyDelete
  5. Ouh RM3 sahaja untuk menaiki trem? Memang best percutian sebegini untuk lebih rapat dengan alam sekitar kan. Budak-budak juga boleh mengetahui bagaimana padi dituai. :)

    ReplyDelete
  6. Tu dia. Berapa kali da jalan2 dkt sekinchan tu haha. Medan ikan bakar tu suggested tak? Selalu dgr org suggest pekena ikan fresh dekat situ

    ReplyDelete
  7. Bertahun dah duduk selangor tapi tak pernah pergi Sekinchan. Teringin sebenarnya nak pergi sky mirror tu. Tapi orang kata ada timing je boleh amik gambar situ. betul ke?

    ReplyDelete
  8. I have been to Sekinchan last year during Chinese New Year with my friends, so many spots for photos.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...