Skip to main content

RINDU SUASANA KAMPUNG -JOM KITA KE KAMPUNG

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua.

Korang rindu tak nak balik Kampung???

Orang yang tak ada kampung macam k mid pun rindu nak balik Kampung,  inikan pula yang ada kampung halaman,  lebih-lebih lagi jika masih ada ayah dan ibu di kampung.

Masa sambutan Aidil Fitri tahun ini,  ramai yang tension tak dapat rentas negeri untuk balik ke kampung sebab negara kita PKP.  Lepas PKP,  kadang-kadang cuti hujung minggu penuh kereta kat highway semata-mata nak balik kampung kan,  mesti ada sebab kenapa semua orang suka balik  kampung. Bagi kak mid memang suka balik kampung tapi k mid memang tak da kampung hanya menumpang kampung belah suami jer,  nak buat macamana...lahir di Kuala Lumpur☺

Baru-baru ini,  k mid berpeluang merasai suasana kampung ketika mengikuti Program " Kita Ke Kampung 2.0 " anjuran Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKN)  dan Gaya Travel.

Program ini adalah satu program bagi menonjolkan keunikkan sesebuah kampung di Selangor . Di Selangor sahaja ada 368 buah "kampung tradisi"dan 107 buah kampung yang kewujudannya melebih 100 tahun.

"Kampung tradisi  merupakan kawasan penempatan warisan turun temurun orang melayu yang mempunyai latar alam sekitar dan seni bina berkonsepkan melayu".

Ok ..jom kita terokai keunikan yang terdapat di Kampung Parit2, Sungai Haji Dorani, Sg Besar, Sabak Bernam.

Pengalaman pertama k mid bila sampai aje ke sini ialah terpaku melihat keindahan alamnya :

* SAWAH PADI

Orang lain k mid tidak tahu tapi k mid mula-mula sekali keluarkan kamera untuk capture gambar sawah padi, lebih-lebih ketika matahari terbenam ...cantiknya..rasa syahdu sangat. Sebenarnya tak kira waktu pun Kawasan sawah memang cantik time pokok padi sedang menghijau dan time sebelum menuai ketika kekuningan.

Pemandangan menghampiri senja
k mid sentiasa suka bergambar di sawah padi

* LADANG JAGUNG

Selain dari mengerjakan sawah,  penduduk-penduduk di sini menanam tanaman kontan.  Tanaman kontan  merupakan jenis tanaman singkat masa selain sayur-sayuran dan tujuan untuk di jual seperti Jagung, ubi keledek dan ubi kayu.

Tak pernah masuk ladang jagung,  jadi teruja pulak..hahaha

Berpeluang petik sendiri jagung
Jagung yang di tanam di sini adalah jenis jagung manis jadi ianya amat manis dan berlemak.
Kami menikmati makanan berasaskan jagung sangat enak
Jagung-jagung manis yang di petik di buat air jagung, cucur jagung, lepat jagung, bubur jagung dan ada yang di rebus sahaja.  Kulit dan bulu  jagung juga boleh di buat bunga hiasan.

* MAKANAN KAMPUNG

Makanan kampung macam nie pun dah cukup enak


Setiap hari kami di jamu dengan makanan dan masakan cara kampung yang simple tapi sedap.

Ada ikan keli , sayur -sayuran kampung seperti kangkung, sayur keladi dan ulam-ulaman seperti pucuk jagus serta sambal belacan,  yang semuanya senang didapati di kampung.


*BELAJAR BUAT KUEH-MUEH KAMPUNG DAN MASAKAN KAMPUNG MASYARAKAT JAWA

Di waktu petang k mid berpeluang melihat demotrasi membuat kueh tradisional masyarakat Jawa.

Mak Iti sedang menyiapkan bahan-bahan
Kueh-mueh atau makanan tradisi nie semakin tidak di buat oleh generasi sekarang. Kata Mak Iti lagi,  eloklah makanan ini diperkenalkan dan di ajar semula pada anak cucu kita.

Antara makanan yang ditunjukkan oleh Mak Iti :

1. Ubi Getuk


Ubi Getuk adalah makanan orang jawa dan ianya amat mudah di sediakan.  Lazimmya dimakan ketika waktu petang atau disajikan ketika hujan dan tidak dapat turun ke sawah.

Tiga bahan utama ubi kayu rebus, gula & kelapa parut


Ubi kayu di rebus kemudian dicampurkan gula, kelapa parut dan sedikit garam ,  kemudian di tumbuk hingga lumat.  Setelah itu di mampat di dalam bekas...kemudian bolehlah dipotong untuk dihidangkan.

Selepas di ketuk, di tekan dan di mampatksn dalam bekas

Siap dah untuk di makan

Jika ingin di goreng bolehlah di bentuk bulat-bulat,  kemudian dicelup dalam tepung yang telah di bancuh cair lalu di goreng.  Ubi Getuk boleh di makan begitu saja sebab ianya telah dicampur gula dan kelapa parut tapi kalau nak cicah dengan sambal ikan bilis atau sambal kicap pun boleh.  Sambil menaip nie pun k mid dah terbayang kesedapannya☺.  Selamat mencuba

2. Ketiwul

Ketiwul juga sejenis makanan orang Jawa yang unik juga diperbuat dari ubi kayu.

Cara membuatnya k mid lihat senang aje tapi prosesnya rumit jugak.  Ubi kayu yang telah di kupas perlu di rendam selama 4 atau 5 hari,  selepas itu perlu dihiris nipis-nipis dan di jemur selama 3 atau 4 hari atau hingga kering.

Bila ubi kayu betul-betul kering bolehlah di kisar hingga menjadi tepung kemudian tepung ubi kayu ini  di bancuh dengan air dan sedikit garam  menjadi ketulan kecil.  Dikukus selama lebih kurang 15 -20 minit,  diangkat dan digaul dengsn gula serta kelapa parut..Taraa...Siap untuk dinikmati.

Boleh juga di gaul dengan gula perang

3.  Punten


Lagi satu menu orang jawa yang sempat k mid pelajari ialah Puten.
Cara memasaknya seperti nasi lemak cuma sukatannya  1 cawan beras 3 cawan santan.

Cara memasaknya :
Bila sudah kering santan, keluarkan dan masukkan nasi ke dalam loyang dan tekan hingga padat.  Kemudian bolehlah dipotong ikut cara masing-masing atau boleh guna acuan yang di gemari untuk kelihatan lebih menarik.

Kami juga  dapat belajar cara menyediakan Sambal Taun Kulit Lembu dan Sambal Hijau

4. Sambal Taun Kulit Lembu

Wak Yatim sedang menunjuk ajar kami😍

Ada yang sebut Sambal Tahun tapi di pendekkan kepada jadi Sambal Taun aje,  lebih senang menyebutnya bagi orang jawa.
Kenapa di panggil Sambal Tahun?
Mengikut cerita Wak Yatim yang membuat demotrasi masakan pada kitaorg,  masakan in boleh bertahan agak lama,  iaitu semakin dipanas setiap hari makin sedap dan sebati dan makin tahan lama.  Itulah sebabnya di namakan Sambal tahun tapi bukanlah bertahan sampai bertahun-tahun hanya "tahun" menunjukkan masa yang lama.
Bahan terpenting dalam penghasilan Sambal Taun ini adalah Chili Api dan Lengkuas Muda. Memang amat pedas kerana pengunaan Chili Api yang banyak.  Masakkannya seakan sama seperti masak lemak putih.
Jom kita lihat bahan untuk membuat Sambal Taun Kulit Kulit Lembu.


1 mangkuk Kulit Lembu yang telah direbus dan di potong nipis.
1 mangkuk chili api kampung
1 mangkuk udang kering
1 mangkuk besar lengkuas muda yang telah dihiris     nipis
 Bawang merah, bawang putih, halia
 Garam dan asam keping
 Santan Pekat

Tumis bawang merah, bawang putih & halia dulu
Kemudian masuk udang kering, chili api, lengkuas & kulit lembu berserta santan. Masak hingga mendidih

Sedia untuk di makan..walla😋😋

5. Sambal Hijau

 Cara masak sambal hijau agak sama dengan masakan kita cuma ikan bilisnya dimasuk sekali tidak di goreng dahulu

kak mid tolong kacau aje😂

*MENONTON TARIAN KUDA KEPANG

Malamnya pulak,  kami dapat menyaksikan Tarian Kuda Kepang yang di persembahkan oleh penduduk Kampung.

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Tanah Jawa.  Bila berlaku penghijrahan orang-orang Jawa keTanah Melayu,  kesenian ini telah di bawa masuk bersama.

Pada zaman dahulu,  persembahan Kuda Kepang  dimainkan dalam upacara pemujaan .  Ada yang percaya Kuda Kepang dimainkan bertujuan untuk menjalinkan hubungan orang yang hidup dengan roh orang yang telah mati.  Kepercayaan lain pula ada yang mengatakan Kuda Kepang dimainkan bertujuan untuk membersihkan desa dari gangguan roh-roh jahat,  penyakit dan malapetaka.

Ada sesetengah keadaan di mana pemain Kuda Kepang naik "Syeikh"  iaitu mereka menjadi tidak terkawal atau di rasuk. Mereka akan menjadi lebih agresif seperti melompat atau menendang.  Jika keadaan  menjadi bertambah liar dan tidak terkawal,  Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut untuk menangkap dan merebahkan pemain ke tanah dan Tok Bomoh akan membaca jampi bagi memulihkan mereka semula. Memang agak seram bagi yang lemah semangat.

Tok bomoh sedang memulihkan pemain yang naik "syeikh".(sumber : orangkata.com)

Begitulah  keadaan di Parit 2, Kampung Sungai Hj Dorani.  Keadaan kampung yang sangat mendamaikan dan pengalaman menyeronokkan menanti para pengunjung yang ingin menikmati suasana kampung.

Tunggu ya ...sambungan coretan k mid mengenai aktiviti-aktiviti dan lawatan yang sempat k mid kunjungi untuk 4 hari 3 malam berkampung di sini.

Salam sayang,

#kitakekampung   #kitakekampung2

#kitasekampung  #travellocal

#pusingselangordulu  #budayaselangor


Comments

  1. rindunya nak balik kampung tengok sawah depan rumah tok.huhu. raya baru ni pun tak balik..even lepas pkp pun tak nampak balik sebab masa. sekarang lagi la tak boleh balik belah utara.huhuhu. seronokkan dok kampung. rasa tenang je. tak pernah lg tgk pertunjukkan kuda kepang mcm tu.

    ReplyDelete
  2. wahh dekat sabak bernam je dekat! teringin nak join juga ehehe

    ReplyDelete
  3. Bestnya. Orang-orang kampung ni sebenarnya memang ramah-ramah. Disambut aje tetamu yang datang melawat. Yang penting air jagung pure tu memang sedap teruk. Tak sama langsung dengan yang kordial. LH favourite ubi getuk goreng tu 😋 Puten tu nampak macam apam nasi tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ..puten nampak mcm apam nasi sebab guna acuan apam

      Delete
  4. Paling dirindui. Makanan masakan kampung. Huwaaaaa. Pastu rindu nak jalan-jalan petang kat kampung. Angin dia sepoi-sepoi. Sedih plak tetiba. Haha.

    ReplyDelete
  5. aduhaii bestnyaaa....saya pernah ke sini sekali jer rasanya , rindu nak duduk kat tali air then masuk kebun getah jalan kat pokok buluh semua tu ...tapi nampak yg ni lagi best kannn ....rasa tenang jer ....makanan jawa tu semua saya suka .....

    ReplyDelete
  6. Bestnya dpt nikmati suasana kampung tempat lain... Rasa suasana yg berbeza tu... Lg2 tmpt yg ada sawah..

    ReplyDelete
  7. Menarik info tentang Kuda Kepang ni.. Kalau tak terus diceritakan kepada orang umum, lama-kelamaan budaya ini akan hilang ditelan zaman nanti... Best aktiviti melawat kampung ni...

    ReplyDelete
  8. Selalu juga ke Kg Sg Hj Dorani tu sebab dkt dgn KL kan. Tp tak tahu pula ada ladang jagung. Bolehlah ke sana pula.

    ReplyDelete
  9. Rindu Kak, padahal dekat dah tu dengan kampung mertua, Bagan Terap...lama tak balik..
    Dapat suasana kampung gini best tau... rindunyaaa..
    Sambal Taun tu kalau kakak ipar buat, kami ramai-ramai cecah dengan lempeng dan ubi rebus..

    ReplyDelete
  10. meriahnya, memang syok kalau dapat suasana kampung macam ni. thanks sharing

    ReplyDelete
  11. Bestnya kak mid dapat selami budaya dan tradisi kampung. Kuih muih dan masakan kampung tu pun menarik.Yaya pernah makan ubi getuk goreng. Sedap sangat.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya menu dan makanan kat kampung ni. Rindu suasana nak balik kampung dan masa PKP haritu pun beraya kat rumah KL je kan. Bagus ada program macam ni, atleast dapat hilangkan rindu

    ReplyDelete
  13. Simple aje penyediaan dia..sedap pulak tue

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...