Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa minggu yang lepas, k mid di ajak oleh anak-anak untuk pergi jalan-jalan ke Ipoh , Perak. K mid berfikir, apalah yang ada kat Ipoh nie tapi tak apalah k mid ikutkan aje kerana k mid tahu anak-anak k mid biasanya akan buat research dulu sebelum nak pergi ke mana-mana. Jom tengok apa yang k mid buat di Ipoh dalam masa sehari nie. Menarik ke tidak??? Mula-mula sekali bila sampai di Ipoh, kami bersarapan pagi dulu di Restoran New Holly wood 1. RESTORAN NEW HOLLY WOOD Konsep restoran ini ialah menyediakan banyak gerai-gerai dengan pelbagai jenis makanan. Ianya serupa aje dengan kedai-kedai kopi biasa yang lain namun makanan yang disajikan dari masakan melayu dan masakan cina menjadikan ia pilihan pelbagai bangsa untuk datang ke sini. Memang terbaik makan di sini, walaupun terpaksa beratur panjang bukanlah masalah bagi yang ingin menjamu selera di sini. Tengok tue..pagi-pagi dah ramai beratur...