Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua.
Alhamdulillah... kita semua dah boleh melancong...tapi dalam negeri aje dulu ya.. tak mengapa asalkan boleh keluar jalan-jalan setelah hampir 3 bulan terperap kat rumah. Dengan kelonggaran yang diberikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, bolehlah membawa family melancong dalam negeri dulu namun kita semua kenalah berhati-hati dan sentiasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah di tetapkan.
Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, rasa-rasanya semua dah habis ke explore tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur dan Selangor...kalau belum? apakata kita semua pakat-pakat bawa family pusing dekat-dekat dahulu.
Jom kita terokai daerah yang terletak di bahagian selatan Selangor dahulu iaitu daerah SEPANG.
Daerah Sepang yang mempunyai lebih daripada 190,889 populasi mula berpesat di
Bandar Baru Salak Tinggi. Kini, bukan sahaja ia menjadi laluan keluar dan masuk
utama Negara dengan adanya dua buah lapangan terbang antarabangsa, KLIA dan
KLIA2, Daerah ini juga terkenal dengan Litar Antarabangsa Sepang yang telah
menjadi tempat untuk mengadakan pelbagai acara sukan motor pada setiap tahun.
Menempatkan Pusat Membeli-belah premium pertama di Selangor, Sepang giat
menarik ramai pelancong dari seluruh dunia menjadikannya salah sebuah Daerah
yang wajib anda kunjungi di Selangor!
Itinerari di bawah ini boleh di jadikan panduan untuk sesiapa berhajat nak jalan-jalan tue.
8.00 a.m : Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya
9.00 a.m. : Singgah di Restoran Adik Abang untuk sarapan pagi
10.00 a.m. : Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang
12.00 p.m. : Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh
1.00 p.m. : Ikuti Mangrove Tour
2.30 p.m. : Luangkan masa di Ladang HL Sepang
3.30 p.m. : Berbelanja di Mitsui Outlet Park
5.00 p.m. : Minum petang di Book Barter Cafe
6:00 p.m. : Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya
7.00 p.m. : Makan malam di HM Sri Bagan Sepang
Ayuh!!!, kita mulakan dengan berjogging di awal pagi :
# Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya
Mulakan hari dengan berpakaian sukan kegemaran anda dan singgahlah ke Taman
Tasik Cyberjaya yang terkenal ini. Di sini, terdapat beberapa trek larian terbaik yang
boleh anda cuba dengan rakan-rakan anda! Juga tidak ketinggalan, persekitaran
yang menenangkan serta udara yang segar di taman hijau ini sudah pasti akan
memberikan anda satu perasaan yang nyaman untuk bersenam.
# Singgah di Restoran Adik Abang untuk Sarapan Pagi
Tambahkan tenaga anda dengan bersarapan di lokasi kegemaran ramai iaitu
Restoran Adik Abang! Di sini, anda akan disajikan dengan pelbagai makanan
Malaysia yang lazat di mana anda boleh memesan dari menu mereka. Adalah
sangat digalakkan untuk anda mencuba Lontong, Nasi lemak dan Roti Canai di kedai
ini. Sekiranya anda merupakan seorang penggemar ketiga-tiga makanan tersebut, ini
semestinya tempat yang tepat untuk anda!
# Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang
Teruskan hari anda dengan melawati Litar Antarabangsa Sepang yang terkenal. Di
sini, anda akan dibawa ke seluruh kawasan litar ini di mana anda boleh mengisi
pengetahuan anda mengenai industri sukan permotoran! Lawatan ini merangkumi
lawatan ke Grandstand, Race Control Room, Perdana Suite perdana dan banyak
lagi! Jangan lupa untuk mengunjungi Muzium Automobil yang terkenal semasa anda
berada di sana.
# Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh
Jangan lupa untuk datang ke restoran Nasi Padang yang terkenal di Kampung Salak
Tinggi pada waktu tengah hari! Sekiranya anda sedang mencari masakan selera
kampung dan tradisional yang sedap tak terhingga, anda boleh datang ke sini untuk
mencuba menu ikan bakar dan ikan keli mereka. Selain daripada kedua-dua menu
tersebut, hidangan lain yang turut disajikan di sini juga patut anda cuba!
# Ikuti Mangrove Tour
Dikenali sebagai Taman Tema Aqua yang pertama dan terbesar di Malaysia, Aqua X
menawarkan anda dengan pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan yang boleh anda
lakukan! Antaranya ialah Pakej Mangrove Tour yang akan membawa anda berlayar
ke kawasan hutan yang penuh dengan pemandangan indah dan bunyi burung
eksotik di sekitarnya. Anda juga boleh mencuba senarai aktiviti menarik yang mereka
tawarkan!
# Melangkah ke Ladang Buah Naga
Semasa berjalan-jalan di Daerah Sepang, pastikan anda berkunjung ke Ladang
Buah Naga yang menakjubkan ini. Terletak di Bagan Lalang, ladang ini dikenali
dengan buah naga yang ditanam dan terdapat juga sebuah kafe yang boleh anda
lawati untuk mencuba menu istimewa mereka iaitu Roti King Kong dan kentang
tumbuk yang disajikan dengan kuah buah naga dan juga jus buah naga yang diperah
segar!
# Berbelanja di Mitsui Outlet
Luangkan hari anda di Mitsui Outlet Park yang terkemuka ini untuk mendapatkan
satu pengalaman membeli-belah yang terbaik di Sepang! Di sini terdapat pelbagai
barangan berjenama dan mewah yang dipasarkan dengan harga yang menarik dan
lebih murah berbanding Pusat Membeli-belah yang lain. Anda pasti tidak ingin
ketinggalan mendapatkan tawaran yang diberikan oleh setiap kedai di Pusat
Membeli-belah premium ini!
# Waktu minum di Book Barter Café
Berehatlah seketika dan bersantai di kafe yang menarik di Tamarind Square ini
sambil menikmati waktu minum petang anda! Ruang dalaman kafe ini menggayakan
konsep kedai buku di mana ia telah menjadi salah satu tempat yang digemari ramai,
terutamanya para pelajar bagi menyiapkan tugasan kuliah mereka. Bukan sahaja
persekitaran kafe ini menenangkan, pencuci mulut dan kopi di sini juga semestinya
akan menggiurkan anda juga! Jangan lupa untuk turut mencuba Japanese Cottony
Cheesecake dan kopi flat-white mereka semasa anda berada di sana.
# Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya
Setelah meluangkan masa anda di kafe, pastikan anda terokai Tamarind Square ini!
Selain terkenal dengan tempatnya yang amat Instagram-worthy, anda juga boleh
menyertai beberapa aktiviti mingguan di sini. Antaranya ialah aktiviti Zumba Fitness,
Pound Fitness, Yoga dan aktiviti Piloxing! Juga, terdapat pasar malam yang
berkonsepkan urban yang diadakan pada hari Rabu ke-2 dan ke-4 yang boleh anda
lawati pada setiap bulan. Turut terdapat sebuah majlis hiburan yang dipanggil Lepaq
yang akan diadakan pada hari Sabtu terakhir pada setiap bulan di sini.
# Makan malam di HM Sri Bagan Sepang
Satu penutup yang terbaik untuk hari anda adalah dengan makan malam sambil
menikmati bayu laut yang sangat menenangkan! Bunyi ombak dan udara yang sejuk
pasti akan mengubahkan mood anda agar lebih tenang. Disini, anda boleh memilih
hidangan dari menu ala-carte atau pakej mereka yang penuh dengan pilihan! Semua
menu di sini wajib anda cuba terutamanya Ikan Talapia Bakar, Ikan Siakap Steam
dan Sambal Udang Petai mereka yang amat disyorkan!
Itulah dia! Sekiranya anda sudah sampai sejauh ini, ianya bermakna anda sudah
membaca kesemua lokasi yang telah kami sertakan dalam jadual perjalanan ini.
Oleh itu, jangan lupa untuk pergi ke Daerah yang menakjubkan di Selangor ini! Tidak
dinafikan lagi, Daerah Sepang ini sudah pasti akan membuat anda kagum kerana
tarikannya yang luar biasa!
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di
Selangor.Travel.
Boleh juga Klik di bawah untuk tengok kunjungan k mid ke Sepang pada tahun 2019 :
↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓
DESTINASI-DESTINASI MENARIK DI SEPANG
Selamat bercuti di dalam negeri, jom kita semarakkan industri pelancongan negara.
#SplendidSelangor #TakeMeAnywhere
#PusingSelangorDulu #TravelWithConfident
Salam sayang,

Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN