Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah... kita semua dah boleh melancong...tapi dalam negeri aje dulu ya.. tak mengapa asalkan boleh keluar jalan-jalan setelah hampir 3 bulan terperap kat rumah. Dengan kelonggaran yang diberikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, bolehlah membawa family melancong dalam negeri dulu namun kita semua kenalah berhati-hati dan sentiasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah di tetapkan. Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, rasa-rasanya semua dah habis ke explore tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur dan Selangor...kalau belum? apakata kita semua pakat-pakat bawa family pusing dekat-dekat dahulu. Jom kita terokai daerah yang terletak di bahagian selatan Selangor dahulu iaitu daerah SEPANG . Daerah Sepang yang mempunyai lebih daripada 190,889 populasi mula berpesat di Bandar Baru Salak Tinggi. Kini, bukan sahaja ia menjadi laluan keluar dan masuk utama Negara...