Skip to main content

PERCUTIAN 5 HARI 4 MALAM DI BALI (PART 1)

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Hi, korang ??  Korang dah pernah pergi Bali tak??   just nak share dengan kawan-kawan semua tempat-tempat yang sempat kami lawati ketika percutian k mid dan keluarga pada tanggal 19-23 Februari 2020.
Pada mulanya kami sekeluarga  agak was-was untuk meneruskan percutian ini kerana pada ketika itu beberapa kes jangkitan corona virus telah ada di Malaysia namun keadaan masih terkawal di mana masih ramai lagi yang telah keluar bercuti ke luar negeri. Di Indonesia pada masa itu dikatakan masih bebas dari wabak tersebut.  Disebabkan percutian ini telah dirancang dan di atur oleh anak-anak k mid sejak tahun lepas (2019),  kami semua pun bertekad untuk meneruskan saja percutian ini tapi mangambil keputusan untuk sentiasa langkah-langkah berwaspada.
K mid rasa bersyukur sangat  kerana percutian kami sekeluarga tidak menghadapi sebarang masalah.
Bali..here we come❤

Agak lambat k mid update percutian ini walaupun ada banyak masa dirumah ketika MCO tapi mungkin kemalasan menyerang bila ramai ahli keluarga dirumah jadi banyak kami habiskan masa rehat-rehat dan makan-makan 
Ok... jom tengok tempat-tempat yang sempat kami kunjungi untuk 5hari 4 malam kami di Bali.

Okaylah....sekarang mood sudah mari untuk menaip.  Simpan kenangan di sini...entah bila dapat travel ke luar negari lagi....tak tahu lah kan.
 

Mehlah lihat itinerari yg telah di sedia oleh anak-anak k mid.
Itinerari sebagai garis panduan tapi ada juga tempat yang tak sempat cover

Selepas mendarat,   kami  di bawa ke hotel kami di Legion untuk check in dan berehat sebentar.
Hotel kami di Bali...Transmera Kamini Legion
Hotel nie tak ada berbintang tapi oklah ada kolam renang dan malam sangat happening❤

Setelah letak beg dan berehat sebentar kami pun tak nak buang masa terus keluar untuk tour kami
yang pertama iaitu untuk lihat tarian kecak dan matahari terbenam di pantai Uluwatu.



Dalam perjalanan kami menjamu selera di Wroeng Kampoeng


Ok..perut pun dah terisi..jomlah kita pergi nonton tarian kecak.

Apabila sampai di Uluwatu semua pengunjung lelaki/ wanita berseluar pendek  di kehendaki memakai  kain sarung dan pengunjung wanita pula memakai kain lilit pinggang berwarna oren.
Masing-masing tengah tunggu Tarian Kecak

Cuaca amat mendung jadi tak dapat untuk lihat matahari terbenam


Di saat tarian kecak hampir di persembahkan,  hujan dan kilat muncul...nasib telah di sediakan baju hujan. Oleh sebab dah tidak boleh berteduh di mana-mana, kami redho jer di dalam hujan walau pun dalam hati berkata..kalau nanti dipanah petir nie..habislah..dahlah nak menonton tarian kecak👹.. faham-faham lah ya...

"Tarian Kecak adalah kesenian tradisional drama tari khas Bali.  Tarian ini mengambarkan tentang cerita Pewayangan,  khususnya cerita Ramayana yang ditunjukkan dengan seni gerak dan tarian.  Tarian ini terinspirasi dari ritual Sanghyang dan bagian-bagian cerita Ramayana"( sumber : Google)

Nasib baju hujan disedia..kalau tidak kuyuplah..

Apabila hujan berhenti,  tarian kecak di teruskan hingga ke penghujung walaupun ada kalanya hujan renyai-renyai turun semula.
K mid mengambil kesempatan bergambar dgn penari utama

Pertunjukkan Tarian Kecak berlangsung hampir 1 jam. Kalau dulu kunjungan kali pertama k mid sempat melihat Tarian Barongan dan kali ini Tarian Kecak pula...jadi kiranya dua tarian utama nie tak payah lagi nonton bila lain kali datang.

Dalam perjalanan balik singgah makan malam di Restoran Wong Solo.
Wong Solo juga rasanya sesuai dengan tekak orang Malaysia.

Begitulah cerita hari pertama di Bali, esok akan di teruskan ke Nusa Penida.

Nak tahu apa yang menarik di Nusa Penida...teruskan membaca Part 2.
 
 
Jom Baca Sambungan  : 👉👉👉 PERCUTIAN DI BALI (Part 2)
 
 
Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...