Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

TAHUKAH HAK ANDA SEBAGAI PEKERJA JIKA ANDA DIBUANG KERJA OLEH MAJIKAN ANDA

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua Hari ini k mid nak cerita sikit tentang dunia pekerjaan  walau pun telah hampir 6 tahun meninggalkan pekerjaan tetap di Syarikat Swasta, namun pengalaman bekerja  sebagai Pegawai Sumber Manusia satu ketika dahulu membuat k mid rasa ingin berkongsi cerita tentang hak-hak pekerja supaya kita lebih peka dan tidak di ambil kesempatan oleh segelintir Majikan yang tidak perihatin. Sebagai pekerja kita mesti tahu apakah hak-hak kita sebagai pekerja,  jangan sampai kita ditindas oleh majikan yang  rakus mencari keuntungan semata-mata dan hanya  menjaga kepentingan syarikat mereka aje hingga mengabaikan kebajikan pekerja.. Dalam situasi sekarang dimana dunia dilanda pandemik Covid-19 ,  pelbagai masalah timbul dimana  , gaji pekerja tidak dapat di bayar, ada yang gaji di potong,  elaun juga di potong, diberi cuti tanpa gaji (Unpaid leave),  di suruh bekerja dari rumah tetapi yang lebih malang lagi jik...

KEMANAKAH HALATUJU PEMANDU PELANCONG SELEPAS PANDEMIK COVID-19 MELANDA DUNIA

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua Pemandu Pelancong atau Tourist Guide adalah orang yang memberi perkhidmatan kepada pelancong atau mana-mana orang lain dengan memandu mereka dengan bayaran apabila melancong dengan istilah yang standard bermaksud seseorang yang membawa pelancong menggunakan bahasa pelancong,   menerangkan kebudayaan dan sejarah semulajadi   dalam  sesuatu kawasan. Bersama Pelancong Jepun Di sini k mid nak ceritakan serba sikit kerjaya sebagai pemandu pelancong kerana kak mid adalah salah seorang dari 18 ribu Pemandu Pelancong Berlesen yang terdapat di Malaysia. Di negara kita ramai yang kurang mengetahui kewujudan Pemandu Pelancong ini.  Rata-rata tidak mengetahui bahawa bas/van persiaran diwajidkan ada seorang Pemandu pelancong Berlesen bersama ketika membawa pelancong. Adalah menjadi satu kesalahan jika agensi pelancongan yang membawa pelancong secara berkumpulan tidak menyediakan pemandu pelancong tidak kira sama pelancong dome...

PENGALAMAN MENGINAP DI G-LUXE BY GLORIA HOTEL, GENTING HIGHLANDS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dikuatkuasakan,  k mid dan bff  k mid iaitu Ayie blogger https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com/ ,  berpeluang untuk menghadiri pelancaran Viper Challenge:  King of the Mountain di Genting Highlands.   Bagi yang mungkin tak tahu apa itu Viper Challenge.... Viper Challenge adalah sebuah aktiviti runaway di mana para peserta perlu  mengatasi beberapa halangan sebelum sampai ke garisan penamat.  Viper Challenge di Genting Highland memerlukan para peserta melalui 7km laluan berbukit dan 12 halangan.    Hotel Kumpulan NCT iaitu, Grand Ion Delemen , Gloria Residences  dan G-luxe by Gloria telah menjadi tuan rumah untuk sekali lagi kerana pada tahun 2016 dan 2017, Viper Challenge pernah diadakan di sini. Jadi kami berdua pun berpeluang menyaksikan pelancaran Viper Challenge kali ini dan menginap di G-Luxe by Gloria . Kali ini...

TEMPAT MAKAN BEST DI MANJUNG

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Tengah buat apa tue?  mesti tengah lepak-lepak kat rumah tengok TV...Almaklum lah kena PKP nie kepala jadi tepu  tak tahu nak buat apa..makan tidur, tengok TV..pastu makan lagi..pastu tidur lagi,..hahaha. Tak pa sabar sikit ya...lagi 2 minggu kita sama-sama doakan PKP nie tidak di lanjutkan lagi dan sekarang kita duduk di rumah diam-diam kat rumah.  Jangan bagi PM kita dok merayu-rayu #STAYATHOME. Boring-boring nie k mid teringatlah tempat-tempat makan yang k mid pergi sewaktu kunjungan ke Manjung baru-baru ini. Manalah tahu kalau lepas-lepas nie dah bebas dari Covid 19 nie ,  sesiapa pergi ke Manjung atau pergi Pulau Pangkor ke bolehlah singgah di sini . # BIG WHALE CAFE Big Whale Cafe sebuah cafe yang Cozy dan mempunyai susunatur yang kemas .  Cafe ini menyajikan pelbagai menu menarik yang boleh di cuba.  Ada menu Western, Japanese dan Korean.   Pendekata,  boleh  cuba menu brunch, lunch d...