Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

TEMPAT-TEMPAT MENARIK BOLEH DIKUNJUNGI DI PULAU PANGKOR

Assalamulaikum dan salam sejahtera Setelah hampir lapan tahun tidak menjejakkan kaki di Pulau Pangkor. ..peluang untuk kesana tiba-tiba datang apabila k mid mendapat jemputan mengikut Media Trip ke Manjung .  Sudah tentu rasa gembira berpeluang ke sana setelah sekian lama tidak menjejaki ke Pulau yang memang terkenal dengan kecantikan pantainya. Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar di negeri Perak,  terletak di perairan Selat Melaka.  Ia termasuk dalam Daerah Manjung.  Bandar tanah besar yang paling hampir dengan Pulau  Pangkor adalah Lumut. Pulau Pangkor telah menjadi pulau bebas cukai berkuatkuasa pada 1 Januari 2020. Asal usul nama Pulau Pangkor adalah dari bahasa Thai " Pang ko " yang bermaksud pulau yang cantik. Ada 2 terminal feri untuk ke Pulau Pangkor nie.  Terminal Jeti Lumut adalah terminal awal dan hingga sekarang masih beroperasi. Manakala Terminal Jeti Marina Island   ialah terminal jeti yang baru. Kiatoran...

MODUL LATIHAN KHAS UNTUK SEMUA JURULATIH BADMINTON

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Pada tanggal  14 & 15 Mac 2020 ,  baru-baru ini telah berlangsungnya Kejohanan Badminton Remaja Terbuka di Manjung,   Perak.  Kejohanan badminton ini telah dianjurkan oleh Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP ) iaitu sebuah perbandaran mampu milik yang didirikan oleh Taraf Nusantara Sdn Bhd sebuah syarikat pemaju terbesar di negeri Perak.     YBhg Datuk Misbun ketika merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Terbuka BBSAP Apa yang menariknya di Kejohanan ini adalah kehadiran Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana iaitu YBhg Datuk Misbun Sidek iaitu Lagenda Badminton Negara .  Beliau juga baru di lantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) . Dengan penganjuran kejohanan Badminton seperti ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan remaja untuk di ketengahkan ke arena antarabangsa.  Datuk Misbun juga berhasrat untuk menjadikan Manjung/Sitiawa...

PAKEJ HAJI YANG MENEPATI KEMAMPUAN ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar semuanya?  Harapan k mid semuanya sihat-sihat belaka . Hari ini k mid nak cerita sikit mengenai Ibadah Haji. Sebagai umat islam kita wajib menunaikan rukun islam yang ke lima iaitu menunaikan fardu haji (bagi yang berkemampuan) dari segi fizikal dan kewangan untuk sekurang-kurangnya wajid dilakukan sekali seumur hidup. Bila kita telah bersedia dan berhasrat untuk menunaikan fardu Haji, banyak perkara yang kita fikirkan antaranya mencari pakej haji yang bersesuaian dengan kemampuan kita. Maksud "kemampuan " di sini bukan saja kemampuan kewangan semata tetapi termasuk kemampuan fizikal, mental dan kesihatan . Walaupun k mid belum lagi berkesempatan menunaikan Fardu Haji namun bila melihat ramai yang memberi feedback yang baik,  menyebabkan k mid terpanggil untuk memberitahu kepada sahabat-sahabat tentang Pakej Haji dari Felda Travel Sdn Bhd. Jom kita tengok Pakej Rayhan dari  Felda Travel ...