Skip to main content

TRAVEL RECOMMENDS POKET WIFI - MEMUDAHKAN UNTUK BERHUBUNG KETIKA MELANCONG DI LUAR NEGARA

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
 
Hi,  kak mid baru aja pulang dari Bali, Indonesia.   Percutian kali ini adalah bersama suami dan anak-anak.  Alhamdulillah...semuanya ok...walaupun pada mulanya k mid agak risau untuk melancong ke Bali kerana dunia tengah di serang Virus Covid-19 namun anak-anak sentiasa positif....Kami pun sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan dan sentiasa menjaga kebersihan diri.
Keluarga yang lain di Malaysia nie pastinya risau juga melepaskan kitaorang pergi ke Bali walaupun Indonesia masih belum ada satu pun kes terkena jangkitan Covid 19 nie.
Jadi untuk memudahkan Keluarga melihat aktiviti kami dan berhubung dengan kami ketika kami berada di sana kak mid pun mengambil keputusan untuk menggunakan Poket Wifi dari Travel Recommends.

 
Travel recommends @ JIMBARAN, BALI


Kenapa k mid pilih Poket Wi fi dari Travel Recommends??
Sebenarnya ini adalah kali ke dua kak mid menggunakan poket Wifi Travel Recommends,  yang pertama dahulu kak mid guna tahun lepas ketika berada 8 hari di Pulau Jeju dan Seoul,  Korea Selatan.
Jadi..ada beberapa sebab kenapa k mid sangat puas hati menggunakan Poket Wifi dari Travel Recommends nie  :-

1. Kelajuan talian Internet
Kelajuan talian Internet ketika di sana sangat memuaskan hati k mid... ceruk mana pun pergi sentiasa mendapat liputan so status k mid sentiasa terupdate...keluarga di Malaysia pun tak risau...lebih-lebih lagi ketika itu bukan travel bersama keluarga.

@ KINTAMANI, BALI

2.  Harga sewaan yang murah .
Ini penting tau.  Dapatlah berjimat cikit, satu router  boleh guna 5 orang...so bole kongsi dengan kawan-kawan dan ahli keluarga yang lain..lebih jimat dari beli Simcard Local.
Tambahan sekarang nie bermula 1 Februari hingga 31 Mac 2020,  ada promosi  booking Travel Wifi   Travel Recommends  tanpa Deposit untuk semua destinasi perkhidmatannya merangkumi negara-negara Asia,  Australia dan Eropah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang terma dan syaratnya bole layari  :-
https://www.travelrecommends.com/blog/en-my/travel-wifi-free-deposit/

 3.  Senang nak collect dan hantar 
Pada k mid, k mid amat selesa menempahnya di laman web  : travelrecommends.com kemudian akan mengambilnya di Klia2 sebelum berlepas.  Bole juga memilih untuk menerima router mengunakan khidmat courier,  ikut keselesaan masing-masing.

@ KLIA2,  Level 3


Untuk maklumat lanjut,  bole layari   :

Website  :   https://www.travelrecommends.com
Instagram : https://www.instagram.com/travelrecommends/
Facebook  : https://www.facebook.com/travelrecommends/
Email : hello@travelrecommends.com

Salam sayang,




Comments

  1. Wahhh... Kalau betul laju dan murah, LeYa pun nak booking la.. Thanks Kak Mieda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah jugak berbanding dgn local simcard..bole kongsi dengan 5 org lagi

      Delete
  2. Wah sampai 5 orang boleh pakai. harga pun murah..yang penting internet laju

    ReplyDelete
  3. tq for suggesting.
    bila travel luar negara, wajib gak ada wifi / internet.
    now urusan byk guna internet kan.
    ni boleh jadik options utk ramai org. terbaik review ni.

    ReplyDelete
  4. Boleh kongsi dengan 5 orang. Bagusnya. Lagi bagus coverage dia luas dan laju. Boleh cuba ni nanti kalau nak travel

    ReplyDelete
  5. Alahai bagusnyaa kak mid share pasal poket wifi ni. Lepasni klu nak travel boleh contact travelrecommends.com

    ReplyDelete
  6. Bolehlah nanti sewa poket wiFi ni kalau ke luar negara. Biasa pakai wifi hotel je itupun puas berebut takdek line. Menarik ni sebab sentiasa nak kena update. hehe.

    ReplyDelete
  7. ada kawan2 pernah beli masa trip ke phuket hari tu. tapi macam kena share ya?

    ReplyDelete
  8. Rawlins pun sejenis akan guna pocket wifi bila travel sebab takyah nak buka simcard bagai kan. Next trip (lepas covid-19 selesai) boleh try yang nie plak.

    ReplyDelete
  9. Ruby pun kalau nak travel nanti akan cari pocket wifi. Sebab takmo tukar kad sim negara luar. Leceh kan. Kalau ada wifi mudah je nak google or cari info dalam internet walaupun ada sesetengah negara banned laman-lama web tertentu. Hehe

    ReplyDelete
  10. Saya kalo travel memang selalu juga amik travel recommend ni! Memang puas hati pakai. Saya selalu amik travel recommend atau roamingman

    ReplyDelete
  11. Murah jugak ye harga dia. Tambah berbaloi boleh share 5 orang lagi tu. Terima kasih share info ni

    ReplyDelete
  12. wah. senang je nak layari internet kalau time travel jauh kan. bawak poket wifi ni je dah memudahkan semua nak online.. boleh share 5 orang yea?

    ReplyDelete
  13. Bestnya.. boleh buat live update gitu terutamanya bagi mereka yang kerjanya memang perlukan internet bila berada di luar negara... - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  14. Pernah juga try, kawan amik masa ke Korea dulu, susah kalau takde wifi kan..mereput kang hahaha

    ReplyDelete
  15. Satu router boleh guna sampai 5 orang, okay sangat lah tu. kalau pergi dengan kawan2, boleh kongsi sewa.

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...