Skip to main content

PERTUBUHAN INTERGRITY NICKY LIOW MALAYSIA DAN YAYASAN WINNER EMPEROR SERTA SELEBRITI TEMPATAN TELAH MENDERMA UNTUK MANGSA COVID-19 DI CHINA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Baru-baru ini k mid sempat menghadiri satu sidang media oleh Pertubuhan Intergrity Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia yang telah di adakan Puchong, Selangor.

Dato' Seri Liow Soon Hee, iaitu pengasas Yayasan Winner Emperor Sedia dan Pertubuhan Intergriti Nicky Liow Malaysia serta Selebriti Malaysia iaitu Penyanyi dan Penulis Lagu Excella Chong telah berjaya mendermakan sejumlah 76,929 topeng perlindungan pernafasan dan bekalan perubatan kepada  penempatan yang dijangkiti wabak Covid-19 di China. Tujuan sumbangan ini adalah  untuk.membantu mengawal penularan wabak berkenaan di China.

Dato' Seri Liow Soon Hee sedang menjawab pertanyaan wartawan dan di sebelahnya selebriti Excella Chong

Bekalan  tersebut telah di hantar melalui Helikopter dari Jepun dan Malaysia ke kawasan yang di janfkiti Virus Covid-19 di China dan telah di serahkan kepada Hospital Universiti Wuhan Renmin, Hospital Besar Henan Oil Field Nanyang, Hospital Besar Nanyang, Hospital Rakyat Bose City dan beberapa lagi hospital lain.

Dato' Seri Liow Soon Hee dan pasukan nya telah bekerja keras dan amat cekap dalam proses penyediaan serta menghantar topeng perubatan, termometer, air pembasmi kuman , ubat-ubatan serta lain - lain bekalan perubatan untuk di hantar ke kawasan yang terlibat.

Menurut Dato' Seri Liow Soon Hee " kami sangat menitik berat soal isu wabak yang melanda kini dan pihak kami sering mengikuti perkembangan terkini terhadap wabak Covid-19 di China,  pihak kami akan terus menerus membuat sumbangan  dan pemberian bekalan perubatan seperti yang di perlukan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi dan mencegah wabak tersebut. Kami berharap dengan sedikit derma dan sokongan perubatan serta emosi yang kami sumbangkan ini mampu memberi inspirasi serta menaikkan semangat pada mereka yang terkesan di kawasan yang terjejas untuk terus bersemangat menghadapi saat-saat sukar ini.  Saya ingin mengajak badan organisasi lain juga untuk turut sama dalam menghulurkan bantuan bagi menentang wabak dan dapat menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan"

Sementara itu,  Pertubuhan Intergrity Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia telah menjayakan Program Tanggungjawab Korporat (CSR) dengan menyumbang sebuah kenderaan Ambulan baru kepada Pertubuhan Kepolisan Komuniti Malaysia.




Sejak penubuhan Pertubuhan dan Yayasan tersebut,  banyak sumbangan telah di salurkan seperti sumbangan bulanan RM10,000 kepada Pusat Kanak-kanak, Orang Kurang Upaya & Mental. Melaka, sumbangan RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih Kuil Sri Maha Muniswara di Ampang Jaya, sumbangan RM90,000 untuk menyokong pembangunan Sekolah Antarabangsa berprestij di Malaysia , sumbangan RM300,000 kepada Ti- Ratana Charity Home dan banyak lagi.

Di harap banyak Organisasi lain jugak turut serta mengikut langkah Pertubuhan dan Yayasan ini untuk sama- sama menderma dan membantu pada mereka yang memerlukan.

(Here’s a news link from Xinyi City, China acknowledging the donations of the masks and medical supplies received:  https://youtu.be/5ozV3XmQh4I ).


Salam sayang,


Comments

  1. Sama-samalah membantu mengurangkan gejala Covid-19 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya2..ada effect kepada negara kita so kenalah kita sama membantu

      Delete
  2. Tahniah buat Pertubuhan Integrity Nicky Liow & Yayasan Winner Emperor dalam membantu mangsa covid-19 di China.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya...langkah Pertubuhan dan Yayasan ni sangat bagus untuk mengalakkan kita sama- sama menderma dan membantu pada mereka yang memerlukan. - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...