Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.
Jom tengok apa menu yang kitaorang order :-
1. Bibimbap
2. Kimchi Stew
3. Cheese Tokpokki
4. Original Bulgogi
5. Yangnyeom Fried Chicken
SEREMBAN : 3- Level 1, Seremban Gateway
So korang ...apa tunggu lagi, jangan tengok kak mid makan aje...korang trylah jugak😁😁
Bolelah layan Youtube Video kak mid nie kalau nak tengok suasananya😍😍
Salam sayang,
Anneyonghaseyo!!!!!
Sudah hampir 2 bulan sejak balik dari Korea rindulah pulak nak makan makanan korea. Macam tau-tau aje tengah tercari-cari Restoran Korea yang halal dan sedap dekat-dekat dengan rumah tiba-tiba
kak seri , kawan kak mid bole lah pulak ajak lepak-lepak dan makan-makan. Katanya jomlah kita makanan korea sebab dia pun dah rindu nak makan makanan Korea sebab dia pun tahun lepas pergi Seoul jugak. Pandai pulak tue kak seri cari restoran korea nie..katanya tengok kat Facebook.
Kak mid pun kata ok...ajak lagi 2 orang kawan. Kalau dua orang rasa macam tak meriah pulak😀
Rupa-rupanya kak seri ajak makan di restoran EID Authentic Korean Cuisine yang terletak di
Damansara Perdana, jadi taklah jauh dari rumah kitaorang di Sungai Buloh. Dalam 20 minit permanduan dah sampai.. senang pulak nak cari,
Bila tengok nama restoran nie macam pernah jumpa jer restoran nie...kat mana ya??
Baru k mid teringat, masa kat Itaewon, Seoul ...k mid pernah tengok restoran nie tapi tak pernah cuba sebab agen dah book kat restoran lain, tapi k mid ada baca review memang famous kat Itaewon sebab orang Malaysia banyak makan kt situ.
Kak mid pun selidiklah...rupanya betullah restoran first diorang dekat Itewon tue dan diorang ada 2 cawangan lagi kat Malaysia nie iaitu di Bangi Sentral dan Seremban Gateway. Yang di Damansara Perdana nie cawangan yang ke 3 di Malaysia.
Suasana di Restoran Eid Damansara Perdana |
Korang kalau nak makan di sini jangan ragu-ragu ya sebab ownernya Korean Muslim, nama dia Yu Hyunwoo (nama muslim Saad) dan isterinya Ha Narae (nama muslim Nadia). Mereka berdua ini adalah anak dan menantu kepada pemilik restoran Eid di Korea tue.
Restoran diorang di Korea tue yang pertama mendapat Sijil Halal dari Korea Muslim Federation di Korea (KMF).
Cawangan di Bangi pula telah mendapat Sijil Halal dari Jakim.
Jom tengok apa menu yang kitaorang order :-
1. Bibimbap
2. Kimchi Stew
3. Cheese Tokpokki
4. Original Bulgogi
5. Yangnyeom Fried Chicken
Hidangannya sangat "Authentic" dan sama seperti masakan home-cooked so kak mid dan kawan-kawan memang suka. Semua menu di sertakan dengan Side Dish (free refill) dan portion dia pun besar. Menu yang kitorang try nie bole di katakan menu yang popular kat sini.
Semua happy...terubat rindu nak makan makanan Korea |
Kalau korang berminat kak mid berikan butirannya kat sini ya :
DAMANSARA : 17, Jalan PJU 8/5d, Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7491 3158
Tel : 03-7491 3158
- Bussiness Hours : Everyday 11:00 am - 10.30 pm
SEREMBAN : 3- Level 1, Seremban Gateway
- Bussiness Hours : Everyday 11:00 am - 10.30 pm
BANGI : 8-9-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A,
Bangi Sentral
- Bussiness Hours : Everyday 11:00 am - 10.30 pm
SEOUL : 756-10, Hannam Dong, Yongsan-Gu,
Seoul, South Korea
- Bussiness Hours : Except: Monday 11:00 am - 9 pm
Instagram & Facebook : @eid.korea.my
So korang ...apa tunggu lagi, jangan tengok kak mid makan aje...korang trylah jugak😁😁
Sebelum balik sempat lagi k mid makan ice cream strawberry sambil berfikir bilalah aku nak pergi Korea lagi nie..hahaha |
Bolelah layan Youtube Video kak mid nie kalau nak tengok suasananya😍😍
Salam sayang,
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN