Hari ini k mid nak share mengenai Karnival makanan tradisi rakyat Malaysia "Satu Ringgit Satu Rasa".
Apa itu "Satu Ringgit Satu Rasa" nie kak mid???
Satu Ringgit Satu Rasa nie adalah satu inisiatif bagi mempromosi serta mempopularkan makanan tradisi rakyat Malaysia.
Para pengunjung tempatan serta para pelancong berpeluang merasai makanan tradisi rakyat Malaysia seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Satay, Nasi Lemak, Roti Canai, Laksa, kueh mueh serta menikmati minuman kegemaran seperti teh tarik, air buah-buahan Malaysia seperti buah Mangga, Jambu Batu, Tembikai dan Nenas dengan harga satu ringgit bagi setiap satu pilihan makanan atau minuman.
Bestkan???
Satu Ringgit aje...macam tak percaya...😃 tapi percayalah.....
- Lokasi pertama : Perkarangan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), Kuala Lumpur
- Tarikh : 27 Februari hingga 1 Mac 2020
- Masa : 9.00 Pagi hingga 10 malam
Ini gambaran sahaja : antara makanan dan kueh yang akan di jual nanti |
Karnival Satu Ringgit Satu Rasa ini juga akan menjelajah ke negeri-negeri lain selepas ini .
Majlis Pra Pelancaran dan sidang Media pada 30 Januari 2020 baru-baru ini. |
Macam tak sabar pulak k mid nak pergi, mesti penuh tangan kan. Rm10 dah dapat 10 jenis..😍
Jadi jom ramai-ramai memeriahkan Karnival Makanan Tradisi Rakyat Malaysia - Satu Ringgit Satu Rasa.
#SatuRinggitSatuRasa
#MakananTradisiRakyat Malaysia
Salam sayang,
menarik ni. nanti kalau ada kat Kuala Lumpur masa ni boleh la nak join. pergi dengn kawan-kawan lagi meriah.
ReplyDeleteKalau kata rm1 sahaja, woww murah gile gile..mana nak dapat rm1 semua dapat rasa...kalau dekat boleh pi ni...tapi kotlah terlajak ke sana, boleh lee pi hehehe
ReplyDeleteYeay. Rawlins nak ajak kengkawan dari luar negara ke karnival nie - biar depa merasa makanan tradisi kita kan
ReplyDeleteSo cheap nye.. rm1 bagi setiap makanan..
ReplyDeleteNad pun tak sabar nak pergi.. Dahla rm1 je.. Huuishh kene save date ni.. Menarik sangat tu.. Memang takkan lepaskan peluang.. Boleh rasa pelbagai makanan
ReplyDeleteYa masa inilah kita bole merasai pelbagai jenis masakan dgn nembelinya pada harga RM1 jadi lain kali bole beli kuantiti lebih besar jika dah rasa sedap.
ReplyDeletemuRAH DAN BERBALOI..kalau RM1 sangat rugi kalau saper kat sana and cuba sendiri makanan yg ditawarkan
ReplyDeletemurah sgt sgt ni haa.. RM1 kot! payah dh nk dapat menu makanan harga yg mcm ni. sedap plak nmpk tu
ReplyDeleteKita pun tak sabar nak pergi..nanti ajak le kita ekk..leh gi sama2. Ada geng ni syiok sikit
ReplyDeleteUntung la dapat beli makanan pada harga RM1. Cuma kalo kuih rm1 mahal la hahah..tapi serious camni la cara nak promote makanan kita.
ReplyDelete