Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

PERTUBUHAN INTERGRITY NICKY LIOW MALAYSIA DAN YAYASAN WINNER EMPEROR SERTA SELEBRITI TEMPATAN TELAH MENDERMA UNTUK MANGSA COVID-19 DI CHINA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini k mid sempat menghadiri satu sidang media oleh Pertubuhan Intergrity Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia yang telah di adakan Puchong, Selangor. Dato' Seri Liow Soon Hee , iaitu pengasas Yayasan Winner Emperor Sedia dan Pertubuhan Intergriti Nicky Liow Malaysia serta Selebriti Malaysia iaitu Penyanyi dan Penulis Lagu Excella Chong telah berjaya mendermakan sejumlah 76,929 topeng perlindungan pernafasan dan bekalan perubatan kepada  penempatan yang dijangkiti wabak Covid-19 di China . Tujuan sumbangan ini adalah  untuk.membantu mengawal penularan wabak berkenaan di China. Dato' Seri Liow Soon Hee sedang menjawab pertanyaan wartawan dan di sebelahnya selebriti Excella Chong Bekalan  tersebut telah di hantar melalui Helikopter dari Jepun dan Malaysia ke kawasan yang di janfkiti Virus Covid-19 di China dan telah di serahkan kepada Hospital Universiti Wuhan Renmin, Hospital Besar

TRAVEL RECOMMENDS POKET WIFI - MEMUDAHKAN UNTUK BERHUBUNG KETIKA MELANCONG DI LUAR NEGARA

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.   Hi,  kak mid baru aja pulang dari Bali, Indonesia.    Percutian kali ini adalah bersama suami dan anak-anak.  Alhamdulillah...semuanya ok...walaupun pada mulanya k mid agak risau untuk melancong ke Bali kerana dunia tengah di serang Virus Covid-19 namun anak-anak sentiasa positif....Kami pun sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan dan sentiasa menjaga kebersihan diri. Keluarga yang lain di Malaysia nie pastinya risau juga melepaskan kitaorang pergi ke Bali walaupun Indonesia masih belum ada satu pun kes terkena jangkitan Covid 19 nie. Jadi untuk memudahkan Keluarga melihat aktiviti kami dan berhubung dengan kami ketika kami berada di sana kak mid pun mengambil keputusan untuk menggunakan Poket Wifi dari Travel Recommends.   Travel recommends @ JIMBARAN, BALI Kenapa k mid pilih Poket Wi fi dari Travel Recommends?? Sebenarnya ini adalah kali ke dua kak mid menggunakan poket Wifi Travel Recommends,  yang pertama dahulu ka

(MAKAN-MAKAN) - EID AUTHENTIC KOREAN CUISINE

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Anneyonghaseyo!!!!! Sudah hampir 2 bulan sejak balik dari Korea rindulah pulak nak makan makanan korea. Macam tau-tau aje tengah tercari-cari Restoran Korea yang halal dan sedap dekat-dekat dengan rumah tiba-tiba kak seri , kawan kak mid bole lah pulak ajak lepak-lepak dan makan-makan.  Katanya jomlah kita makanan korea sebab dia pun dah rindu nak makan makanan Korea sebab dia pun tahun lepas pergi Seoul jugak.  Pandai pulak tue kak seri cari restoran korea nie..katanya tengok kat Facebook . Kak mid pun kata ok...ajak lagi 2 orang kawan.  Kalau dua orang rasa macam tak meriah pulak😀 Rupa-rupanya kak seri ajak makan di restoran EID Authentic Korean Cuisine  yang terletak di Damansara Perdana ,  jadi taklah jauh dari rumah kitaorang di Sungai Buloh. Dalam 20 minit permanduan dah sampai.. senang pulak nak cari, Bila tengok nama restoran nie macam  pernah jumpa jer restoran nie...kat mana ya?? Baru k mid teringat,  masa

SUSU KAMBING PARIE TERBAIK UNTUK KUCING

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Siapa pencinta kucing kat di sini??? Kenapa kak mid tanya nie...sebenarnya kak mid nak share pada pencinta-pencinta kucing tentang kebaikan Susu kambing Parie. Kak mid nie memang sangat sayangkan haiwan lebih-lebih lagi pada kucing. Bila ada kucing yang tak bertuan datang kat rumah kak mid mintak makanan tak sampai hati sungguh, bagi makan, jaga diorang sampai semuanya tak kan pergi dah ke tempat lain. Akhirnya jadilah kucing kak mid. Biasanya yang datang tue ada yang penuh dengan kurap, kurus kering dan sakit. Atas dasar kesian dan tak sanggup tengok diorang menderita kak mid belalah dan jadilah kucing kak mid yang sekarang ada berbelas-belas ekor. sebahagian anak bulu k mid😍 Baru-baru ini,  ada kawan yang memperkenalkan Susu Kambing Parie pada kak mid so kak mid pun cubalah beri pada kucing-kucing k mid.  Nampaknya diorang suka pulak. Susu Kambing Parie nie mempunyai persamaan dengan ibu kucing yang sedang menyusu kera

UNIKNYA JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Sejak akhir-akhir ini k mid rajin pulak nak menaip di blog kak mid ini,  mungkin sebab kerja di lapangan k mid berkurangan,  banyak pelancong dari luar negeri membatalkan  kunjungan mereka ke  Malaysia.  Masing-masing merasakan tidak selamat untuk pergi bercuti,  lebih-lebih lagi ke negara yang telah ada orang positif Novel Corona Virus nie. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk negara kita. So...bila ada free time nie bolelah kak mid menaip apa yang k mid tak sempat arituekan. JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU/DRAWBRIDGE Tahun lepas,  ketika berkunjung ke Kuala Terengganu ,  sempatlah kak mid berkunjung ke Jambatan Angkat Terangganu (Terengganu Drawbridge) yang merupakan mercu tanda terbaharu negeri Terengganu . Jambatan ikonik ini menghubungkan Muara Selatan di sebelah Daerah Kuala Terengganu dan Muara Utara di sebelah Seberang Takir Daerah Kuala Nerus. Fakta-fakta tentang Terengganu Drawbridge Merupakan Jambatan Angkat per

KARNIVAL MAKANAN TRADISI RAKYAT MALAYSIA - SATU RINGGIT SATU RASA

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua Hari ini k mid nak share mengenai Karnival makanan tradisi rakyat Malaysia "Satu Ringgit Satu Rasa". Apa itu "Satu Ringgit Satu Rasa" nie kak mid??? Satu Ringgit Satu Rasa nie adalah satu inisiatif bagi mempromosi serta mempopularkan makanan tradisi rakyat Malaysia. Para pengunjung tempatan serta para pelancong berpeluang merasai makanan tradisi rakyat Malaysia seperti Nasi Kerabu,  Nasi Dagang, Satay,  Nasi Lemak, Roti Canai, Laksa, kueh mueh serta menikmati minuman kegemaran seperti teh tarik ,  air buah-buahan Malaysia seperti buah Mangga , Jambu Batu, Tembikai dan Nenas dengan harga satu ringgit bagi setiap satu pilihan makanan atau minuman. Bestkan??? Satu Ringgit aje...macam tak percaya...😃 tapi percayalah..... Lokasi pertama  :  Perkarangan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic),  Kuala Lumpur Tarikh    : 27 Februari hingga 1 Mac 2020   Masa      :   9.00 Pagi hingga 10 malam In