Skip to main content

PERCUTIAN 6 HARI 5 MALAM DI SURABAYA, INDONESIA (PART 2)

Assalamualaikum semua

Hari ini k mid nak sambung lagi cerita tentang percutian k mid ke Surabaya untuk hari ke 4 dan seterusnya.
Setelah penat sepanjang hari di hari ke 3,  kami pun berangkat menuju ke Garry Homestay iaitu penginapan kami yang berhampiran dengan Gunung Bromo...kami tiba di Garry Homestay sudah agak lewat iaitu hampir pukul 11 mlm. Kami akan bangun jalan 3 pagi untuk ke Panajakan bagi melihat matahari terbit. Dapatlah lelapkan mata sikit sebelum ke Gunung Bromo.
Garry homestay berjarak hanya 5km dari Gunung Bromo..pada mulanya tercari-cari jugak hotel tapi akhirnya atas nasihat guide yang akan bawa kami ke bromo,  homestay ni sangat sesuai untuk bermalam di Bromo

Day 04 ( 2 Nov)

Lokasi : Sunrise View point Panajakan, Pasir Lepas,  Kawah Bromo, Padang Savana, Pasir Berbisik

Kawah Gunung Berapi Bromo

Info mengenai Gunung Bromo
  • Merupakan Gunung berapi aktif di Jawa Timur,  termasuk dalam kawasan Taman Nasional ,  Bromo Tengger, Semeru
  • Ketinggian Gunung bromo ialah 2,392 meter dari paras laut.
  • Dikelilingi padang pasir seluas 5,300 hektar
  • Terletak di 4 daerah iaitu Probolinggo,  Pasuruan, Lumajang dan Malang.
  • "Bromo" berasal dari perkataan "Bahma" iaitu dewa Agama Hindu

Jam 3 pagi , kami berlapan bingkas bangun untuk menuju ke View Point Panajakan  untuk melihat keindahan matahari terbit di Gunung Bromo,

Jeep adalah pengangkutan yang di gunakan kerana perjalanan menuju Penajakan  sempit dan Ekstrim..tapi ada juga yang menggunakan motosikal
Lepak dulu minum kopi dalam suasana sejuk  di  kala hampir di puncak..jam baru 4 pagi ketika ini.  Matahari terbit di jangka jam 5.30 pagi.
  • SUNRISE VIEW POINT,  PANAJAKAN
kami tak naik  sampai ke  puncak..namun kami di bawa ke kawasan yg hampir dengan puncak yg memang awesome👍

Sewaktu jam 4 pagi tue,  semua laluan ke puncak Panajakan dah penuh hingga Jeep kami pun tidak bole meneruskan perjalanan ke puncak tapi pak supir kami memang mahir mencari tempat spot untuk melihat sunrise walaupun pagi itu cuaca mendung di khuatiri tak akan dapat melihat sunrise.


walaupun sunrise tak berapa nak menyinar hari tue...tapi dikau memang memang menyinari hidupku..auwwww💓💓

gambar-gambar kami di View Point Panajakan
Seterusnya selepas puas bergambar ..ada yang mengunakan drone lagi....kami pun menuruni Panajakan menuju ke Kawasan yang di panggil Pasir Lepas.
  • PASIR LEPAS
Pemandangan di Pasir Lepas
k mid pun tak lepas peluang berposing kat sini...setiap tempat memang cantik beb
Setelah berada hampir setengah jam di sini,  kami pun meneruskan perjalanan untuk ke kawasan kawah Gunung Bromo.

ok jer naik kuda kat sini dari naik kuda kat Gulmalg...x bole ingat ngeri betul

Untuk sampai ke kawasan kawah bromo,  jeep memang akan di parkirkan di kawasan yang di tetapkan...so korang pilihlah lepas tue nak menapak ke...atau nak naik kuda...so k mid dan yang lain-lain memang awal-awal pilih nak naik kudalah...lebih 1 km rasanya kalau berjalan..dahlah berdebu,  naik bukit lagi..tak sanggup k.mid.
  • KAWAH GUNUNG BERAPI BROMO

anak tangga nie 250 jer   kurang sikit dari batu caves 270

kuda akan parkir satu tempat,  jangan bayar penjaga kuda dulu duet sewaannya sebab nanti turun kuda pun hilang entah ke mana....so sila naiklah tangga nie...tangga batu caves lagi elok lagi...nie penuh dengan pasir kena hati-hati sikit...macam bnyak yang tak kukuh lagi.

bangga tau k mid..dapat naik dengan mudah di usia yang dah masuk 5 series nie😀😀
Bila sampai di puncak,  kepenatan tadi terus di lupakan..apatah lagi disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan..yang mampu kak mid cakap hanyalah SUBHANALLAH.
Lama jugak rehat kat atas tue sambil posing-posinglah...kumpul tenaga untuk turun pulak..hahaha



Turun cari tuan kuda semula,  pasti di tunggu sebab belum di bayar lagi....

Lokasi seterusnya ialah:
  •  PADANG SAVANA/BUKIT TELETUBBIES

Padang Savana Bromo atau di kenali dengan nama Padang Rumput Savana merupakan sebuah taman alam yang terletak di sebelah selatan Gunung Bromo.  Disini terletaknya sebuah lembah hijau di kelililingi bukit-bukit kecil menyerupai bukit rumput Teletubbies dan sebab itulah bukit-bukit itu di gelar Bukit Teletubbies.
Untuk menikmati keindahan dan kehijauan Padang Savana ini adalah pada bulan Januari - Julai kerana pada waktu ini adalah musim hujan dan kawasan ini akan ditumbuhi rumput yang menghijau tapi sebaliknya jika mengunjunginya pada musim kemarau rumpu-rumputnya kelihatan sangat kering.

walaupun rumpu-rumput ini tidak menghijau...kami tetap berposing😁
rasanya lebih cantik kalau rumput-rumputnya menghijau






Di kawasan ini ada penjual-penjual yang menjual t-shirt dan souvenir ...memang bole tawar menawar dan puas hati beli t- shirt di sini kerana dapat murah dengan kualiti yang baik

  •  PASIR BERBISIK

Hentian kami yang terakhir di Bromo ialah Pasir Berbisik.  Dipanggil Pasir Berbisik kerana fenomena pasirnya yang seakan-akan berbisik ke telinga setiap orang yang melaluinya ketika angin bertiup dan bentuk pasirnya juga bergelombang menyerupai ombak-ombak kecil.
Berada di sebelah timur kawah Bromo dengan ketinggian 2000m dari permukaan laut.
Pernah menjadi lokasi pengembaraan filem bertajuk"Pasir Berbisik" pada tahun 2001.

Lautan pasir ini sangat luas,  saujana mata memandang

Terasa satu kepuasan bila impian dapat menjejaki dan melihat keindahan Bromo tercapai

Menjelang tengahari,  kami pun kembali ke Homestay kami untuk check out dan seterusnya mencari restoran untuk makan tengahari..

Day 05 (3rd Nov)

Hari ke 5 adalah hari untuk bershopping jadi atucara arinie akan ke :

1) Plaza Jembatan Merah/Pusat Grosir jembatan Merah Plasa
 

2) Pusat oleh-oeh Surabaya
3) membeli kek lapis Surabaya
4) Pusat barangan kulit Tanggul angin.

dan tak ketinggalan melawat House of Semporna



House of Sampoerna merupakan sebuah muzium kretek Indonesia yang terletak di Jalan Taman Sampoerna 6, Surabaya.
Merupakan bangunan Kolonial Belanda yang dibangunkan pada tahun 1892.  Dibeli oleh Liem Seeng Tee pengasas Sampoerna pada tahun 1932 dan di jadikan tempat pertama memproses rokok Sampoerna.


Day 06 (4th Nov)

Breakfast dan check out  Hotel
Transfer out to airport
Departure 12.55pm

Berakhirnya percutian kami ke Surabaya..entah bila lagi akan kembali lagi..yang pasti setiap keindahan itu pasti menjadi kenangan yang indah.
"LEBIH BAIK MELIHAT SENDIRI SESUATU TEMPAT WALAUPUN HANYA SEKALI DARIPADA MENDENGARNYA SERIBU KALI"



BACA : PERCUTIAN 6HARI 5MALAM DI SURABAYA (PART 1) DI SINI





SALAM SAYANG,






Comments

  1. Cantik sangat pemandangannya.. InsyaAllah...ade rezeki LeYa nak ke sini jua

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan...insyallah ada rezeki tue nanti

      Delete
  2. Teringin juga nak pergi tengok Mt. Bromo ni tapi macam gayat je sebab penghadang tu tinggi tu je. Anyway, permandangan kat sana sangatlah awesome ye?

    ReplyDelete
  3. Rawlins teringin nak ke sini so your sharing nie buat Rawlins lagi teringin nak pergi. Nak ajak kengkawan la buat plan

    ReplyDelete
  4. Teringin nak gi Bromo tapi belum berkesempatan dan blm ada rezeki lagi. Targetnya tahun ni nak gi tp tgg la reda dari segala kes virus dulu

    ReplyDelete
  5. selalu tengok kawan2 travel dekat sini. Cantiknya sunset view dekat panajakan tu. Jealous betul siapa yang dapat tengok keindahan dekat sana

    ReplyDelete
  6. Tak sampai lagi ke sana.. Insyaallah ade rezeki lebih pasti nak pegi.. Tapi nak pegi dengan akak.. Boleh tak? Hehheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kita plan ya..tggu keadaan reda, job pun ada..lepas tue kita berjimba2..hahaha

      Delete
  7. cantik,,.. suka pemandangan alam macam ni. kalau ginilah gayanya.. 6 hari 5 malam rasa tak cukup lagi hehe

    ReplyDelete
  8. Seronok nya Gunung Bromo. Ramai kawan yang dah sampai. Photoshot naik kuda tu best. Sunrise tu sangat cantik juga. Satu hari ada rezeki nak pergi. Dah lama tak travel ke Indonesia.

    ReplyDelete
  9. Masa pergi dulu belum ada kanera habdphone jadi tak dpt tangkap gambar macam ni... dulu rasanya lebih aman sejarang tentulah lagi ramai tapi seronok dan takut gak naik kuda terutama bila turun bukit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik kuda kat sini ok lagi..kat kashmir time winter lagi ngeri kak..

      Delete
  10. Bestnya. saya belum sampai lagi sini. memang one of location dalam list travel dalam masa terdekat. terima kasih atas perkongsian ya.

    ReplyDelete
  11. wAH PERGI TEMPAT GUNUNG DAN BERBUKIT..MENARIK..KAWAH TU MESTI WAJIB PERGI YE..HEHHE..

    ReplyDelete
  12. Cantiknya gunung bromo.. Tp xda rezeki lg nk ke situ... Bestnya tgk gmbr2 akak tu

    ReplyDelete
  13. menarik tempatnya, i cant remember pernah ke surabaya tak (time kecik2 dululah). nampaknya kena repeat

    ReplyDelete
  14. Kat bromo ni kalau pandai tangkap gambar, serious cantik. Haritu ada tengok gambar2 member yg ke sana, memang cunnn

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...