Skip to main content

MAKANAN HALAL DI KOREA

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Hari nie k mid nak share pasal makanan halal di Korea pulak, sebab baru-baru ini kak mid pergi ke  Korea,  so k mid rasa macam nak share lah pengalaman makan makanan di Korea. Sebenarnya kat Malaysia pun banyak restoran-restoran Korea yang halal yang boleh di cuba. Jadi bila kita ke restoran korea nanti tahu lah kita nak order apa kan...

Jom tengok apa makanan yang kitaorang makan ketika di korea baru-baru nie :-

  • KIMCHI
Bila kita nampak je orang Korea,  kita selalu ingat K-pop,  mengenai makanan pula pasti kita ingat makanan fames diorang iaitu Kimchi.
Kimchi adalah sayuran yang di jeruk dan di campur dengan sos pedas,  biasanya sayur yang di gunakan untuk dibuat Kimchi adalah sayur Kobis. Timun, Lobak putih, sayur bayam pun boleh di buat Kimchi jugak.
Pada setiap hidangan pasti terdapat kimchi sebagai hidangan sampingan/Bachan.
  • BIBIMBAP
 
Bibimbap adalah satu mangkuk yang di penuhi dengan nasi bersama lauk-pauk lain. Antaranya sayur,  kepingan daging,  telur, lobak , sos pedas dan minyak bijan.
Kita perlu mengaulkan semua bahan di dalam mangkuk tersebut sebelum makan barulah sebati dan terasa keenakkannya.


  • GIMBAP
 Gimbap ialah nasi yang dibungkus atau di gulung dengan rumpai laut (sea weed).  Dilapiskan dengan lain-lain bahan seperti timun,  bayam, sawi dan ikan tuna serta telur dadar.
Selepas dibungkus dan di mampatkan,  bolelah di potong dan biasanya satu potongan untuk satu suapan.


  • SAMGYETANG


Samgyetang adalah Sup Ayam Ginseng.  Seperti yang diketahui Ginseng mempunyai banyak Khasiat-khasiatnya maka sudah tentu Samgyetang sangat elok untuk di makan bagi menjadikan badan lebih bertenaga dan lebih bersemangat.

  • BULGOGI



Bulgogi merupakan hidangan berasaskan daging.  Biasanya menggunakan daging yang bermutu tinggi.
Daging akan diperap dengan bahan-bahan lain seperti kicap soya,  bawang putih dan gula. Setelah di perap beberapa ketika barulah di grill.
Cara menikmati Bulgogi adalah dengan membaluti Bulgogi dengan daun salad kemudian barulah dimakan.

  • SEAFOOD  RAMYEON/RAMEN (Jjampong)


Semangkuk besar mee yang dicampur dengan bermacam-macam jenis seafood seperti. kepah, udang, sotong dan siput.

Mee yang kami makan ini sama dengan Jjampong cuma warna dan kuah agak berbeza.  Kalau Jjampong kuahnya agak pedas dan berempah serta kuah berwarna merah.

  • SEAFOOD STEAMBOAT
 

Mewah dengan segala macam seafood termasuk cendawan dan taahu... semua fresh-fresh

  • SAENGSEON GUI



Saengseon Gui alah makanan yang berasas ikan iaitu ikan Makarel dan penyediaannya adalah secara di panggang .Ikan Makeral yang di gunakan adalah ikan segar dan sangat enak untuk di makan bersama hidangan sampingan yang lain.

Selain daripada makanan-makanan di atas,  banyak makanan halal di Seoul boleh di dapati terutama di Itaewon dan di Myeondong

Bombay Grill di Itaewon

Sewaktu lawatan kami ke Itaewon,  kami makan tengahari di Bombay Grill yang menyediakan makanan India dan Pakistan. 
Selain Nasi Briyani dan masakan berasaskan kambing dan ayam,  Bombay Grill menyediakan pelbagai jenis hidangan roti nan. Samosa dekat sini pun sangat enak.


Dah jemu makan makanan korea,  bolehlah order makanan di sini...kenalah dengan tekak orang Malaysia😋😋

Potala Restoran ini pula terletak di Cheonggyecheon-ro

Kami juga sempat singgah di sebuah restoran makanan  Nepal, Tibet  dan India iaitu Potala Restoran

inilah makanan yang menjadi sajian kak mid di Potala Restoran

Ada banyak tempat makanan halal di Myeongdong nie dan yang paling terkenal adalah Kampungku dan Restoran Busan Jib.


sepanjang jalan nie banyak terdapat makanan halal

Inilah Restoran berhampiran dengan Kampungku ...tulisan korea..tak tahu pulak nama apa restoran ini
Pada kunjungan k mid kali nie..restoran Kampungku penuh di booking so kami pun memilih restoran halal berhampiran dengan Kampungku Mart.

Nasi goreng, mee goreng dan lain-lain sajian korea terdapat di sini.
Restoran ini menyediakan hidangan Buffet untuk makan tengahari dengan harga Kw6000 aje.
Puas hati makan di sini. Kerana harga yang  memang  murah di sini, maka ramailah pelajar-pelajar termasuk pelajar daripada Malaysia makan disini.

Kesimpulannya :-
Kalau tak dapat makan di Korea pun jangan risau boleh mencuba makanan Korea ini di Malaysia kerana di Malaysia sudah banyak terdapat restoran-restoran korea seperti Restoran Mr, Dakgalbi, Gangnam Station Restoran dan banyak lagi.  Apa yang penting status halal yang perlu kita ambil kira.

"Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah,  jika hanya kepadanya engkau menyembah" 


Salam sayang,




Comments

  1. Terus rindu sama Korea laaa..waduh bila nak sampai lagi, tapi fikir-fikir dah cukuplah dua kali dah ke sana hehehe..
    Kimchi tu makan kat Korea gan kat Malaysia jauh ebza betul! Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..klu makan Kimchi kat korea sedap..makan kat msia kurang sedap..hahaha

      Delete
  2. teringin jugak nak ke korea selatan. in shaa Allah kalau ada rezeki nnti. apa2pun terima kasih atas perkongsian. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak gi sini...tapi kak mid dah 2 x so..rasanya stop dululah..hahaha

      Delete
  3. saya taktahu nape, tapi tekak saya boleh terima makanan korea, tapi makanan jepun saya tak dapattt

    ReplyDelete
  4. Huaaa bila lah fafa dapat nk jejak bumi korea. Terimgin sangat lagi lagi nak cuba makanan sana yang best macam kak mida makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah one day mesti ada rezeki pergi sana.

      Delete
  5. Oh I miss Korean food now! I love all of it, so many variety and memang delicious ya semua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun dah miss korean food but kat KL dah ada banyak restoran korea..bolelah lepas rindu

      Delete
  6. Wahhhh banyak juga makanan halal di sini ye. Makanan diaorang pun dah banyak ada di malaysia kan. Murah-murah juga makanan di sana.

    ReplyDelete
  7. Ruby belum pernah jejak ke Korea lagi, Kak Mid. Hehehe.

    Mudahlah bagi kita yang islam ni bila pergi ke sana bila nak cari makanan yang halal. Banyak pilihan rupanya. Bulgogi dengan seafood steamboat tu menarik.

    Puas makan makanan korea, makan nasi beriani pula. Hehehe.

    Aaah, setuju apa Kak Mid bagitau tu. Di malaysia pun banyak dah restoran Korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hari2 koran food pun x bole tahan jugak...kitakan tekak melayu :))

      Delete
  8. fuh.. segan pulak nak mengaku, TB memang tak pernah makan semua makanan Korea tau.. huhu.. Bila baca entri ni dengan lihat gambar sekali.. memang TB sendiri akui.. nampak lazat semua makanan Korea ni..

    ReplyDelete
  9. trylah yang halal kt malaysia tue..ayam goreng diorang pun sedap gak :)

    ReplyDelete
  10. Tak.pernah ke korea.. tapi banyak juga pilihan makanan yg ditawarkan ya

    ReplyDelete
  11. Aduhhh.. Kecur ailio tengok ni tau... Bila la nak dapat sampai korea ni.... Geram asyik baca travelog org ke korea ja ni...
    Selalu baca kt itaewon ni byk kedai Muslim ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kat Itaewon dan Myeondong banyak makanan halal

      Delete
  12. Rawlins memang gemar makanan Korea - especially yang ada nasi. Yang ayam-ayam goreng tu Rawlins tak berapa sangat hahaha

    ReplyDelete
  13. Best tengok akak jalan-jalan Korea. Bagus juga tau menu Halal kat sana. Senang nak makan nanti. Sekarang makan yang kat Malaysia jelah

    ReplyDelete
  14. Memang penting tahu kat mana nak dapatkan makanan halal kalo ke sana. Sedapnya jampong tu memang teringin nak makan

    ReplyDelete
  15. Menariknyaaaaaa. Lepas ni boleh refer sini untuk jalan jalan Korea. Thank you share

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...