Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

PRODUK WHITEKISH MAGIC CHARCOAL MAMPU MEMUTIHKAN GIGI

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini k mid nak kongsi dengan korang semua satu produk pemutihan gigi iaitu Whitekish Magic Charcoal .  Sebelum nak kongsi nie sebenarnya k mid dah cuba dah dahulu,  sebab tue k mid nak share tentang kebaikan produk ini.      Ada diantara kita malu atau tidak yakin nak senyum kerana : > Masalah gigi kuning > Masalah karang gigi > Masalah mulut berbau Kalau ada masalah- masalah ini tak rugi kalau mencuba produk Whitekish ini kerana produk ini dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi iaitu arang dari tempurung kelapa dengan menggunakan teknologi Jepun . Produk ini telah mendapat  kelulusan KKM(NOT200700K) ,  jadi sudah tentu ianya selamat digunakan dan adalah buatan Malaysia. Mendapat kelulusan dari KKM (NOT200700100K)   Antara manafaat-manafaat dari Whitekish Magic Charcoal ialah : 1.  Dapat memutihkan gigi. 2.  Dapat membantu menghilangkan karang gigi 3.  Dapat meneutralka...

APA YANG MENARIK DI IPOH?

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa minggu yang lepas,  k mid di ajak oleh anak-anak untuk pergi jalan-jalan ke Ipoh ,  Perak.   K mid berfikir,  apalah yang ada kat Ipoh nie tapi tak apalah k mid ikutkan aje kerana k mid tahu anak-anak k mid biasanya akan buat research dulu sebelum nak pergi ke mana-mana.  Jom tengok apa yang k mid buat di Ipoh dalam masa sehari nie.  Menarik ke tidak??? Mula-mula sekali bila sampai di Ipoh,  kami bersarapan pagi dulu di Restoran New Holly wood 1. RESTORAN NEW HOLLY WOOD Konsep restoran ini ialah menyediakan banyak gerai-gerai dengan pelbagai jenis makanan. Ianya serupa aje dengan kedai-kedai kopi biasa yang lain namun makanan yang disajikan dari masakan melayu dan masakan cina menjadikan ia pilihan pelbagai bangsa untuk datang ke sini. Memang terbaik makan di sini,  walaupun terpaksa beratur panjang bukanlah masalah bagi yang ingin menjamu selera di sini. Tengok tue..pagi-pagi dah ramai beratur...

AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI KAMPUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Seperti yang di janjikan k mid nak sambung lagi cerita k mid ke kampung aritue dalam program "Kita Ke Kampung 2.0" Kali ini k mid nak cerita aktiviti-aktiviti yang sempat k mid dan teman-teman lakukan selama 4 hari 3 malam di kampung. Jom kita mulakan.... 1.BALING BUAH KELAPA Botol-botol mineral di susun,  kemudian kelapa akan di baling ke arah botol mineral itu dari jarak yang ditetapkan. Permainan ini nampak senang...Ala..nie kacang nie...Try tengok baru korang rasa kacang ke tidak😄Nampak senang,  hentam baling aje tapi belum tentu kena lagi tau sebab buah kepala bukan macam bola bowling yang bulat tue..jadi ramai yang tidak berjaya menjatuhkan botol mineral tue. Dah macam gaya baling bola bowling😄 2.  MEMBUAT TROMPET DAUN KELAPA Trompet Daun Kelapa Setelah selesai makan malam,  kami pun berkumpul di meja yang telah di sediakan.  Diatas meja kelihatan daun-daun kelapa yang telah disediakan bersama beberapa buah S...