Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Kali ini k mid nak ceritakan pengalaman k mid mencari lokan dan kepah di Pengkalan Gelap, Setiu Wetlands ketika k mid berkunjung kesana baru-baru ini.
Sebelum k mid teruskan dengan penceritaan tentang mencari lokan dan kepah, mari kita tengok info tentang Setiu Wetland atau Tanah Bencah Setiu nie :-
Perjalanan mengambil masa kira-kira setengah jam tapi sebelum sampai ke ke kawasan Laguna, kami di bawa untuk melihat sangkar Ikan Kerapu Hybrid, Siakap dan Tiram di kawasan Sungai Gong Batu.
Ikan-ikan yang di ternak di sini amat bermutu tinggi dan mendapat permintaan yang memuaskan dari pengusaha-pengusaha hotel dan restoran.
Kemudian...kami pun meneruskan perjalanan untuk aktiviti utama iaitu mencari lokan dan kepah.
Selama ini tahu makan aje...baru tahu begini rupanya mencari lokan...penat juga tau...baru tahu betapa susahnya nak mencari lokan nie.
Untuk mencari kepah dan lala..lain pulak caranya...kena masuk ke dalam sungai yang ketika itu air di paras pinggang. Gali dan mengali di dasar pasir.. nanti barulah dapat kepah nya..kami ambil yang sebesar duet syiling 20 sen aje, yang kecil daripada itu kami akan lepaskan...biarlah dia merasa lama sikit hidup di dunia ini kan...hahaha...
Begitulah pengalaman yang amat menarik sekali...seronok sangat beramai-ramai bersama rakan -rakan mencari lokan, kepah dan lala...kemudian di bakar dan di makan ....enak betul sebab sangat fresh dan hasil titik peluh sendiri.
Kalau sesiapa nak merasai pengalaman ini bolelah ke Setiu Wetlands. Bole hubungi PELADANG SETIU AGRO RESORT atau PING ANCHORAGE TRAVEL & TOURS untuk pertanyaan tentang pakej mencari lokan dan kepah ini.
#vm2020 #visittrulyasiamalaysia
#visitmalaysia2020 #beautifulterengganu
#setiuwetlandsfestival #tourismalaysia #tourismterengganu
#tourismmalaysiawilayahtimur
#motacterengganu
Salam sayang,
Kali ini k mid nak ceritakan pengalaman k mid mencari lokan dan kepah di Pengkalan Gelap, Setiu Wetlands ketika k mid berkunjung kesana baru-baru ini.
Sebelum k mid teruskan dengan penceritaan tentang mencari lokan dan kepah, mari kita tengok info tentang Setiu Wetland atau Tanah Bencah Setiu nie :-
- Berkeluasan 23 hektar
- Ianya sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu,(iaitu gabungan lembangan tanah lembap kompleks di Setiu-Chalok-Baru-Merang)
- Merupakan satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai,pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau.
- Di dalam ekosistem ini ada 161 spesis burung, 49 spesis rama-rama, 36 reptilia, 33 spesis pokok bakau dan 29 spesis mamalia.
- Kawasan persekitarannya juga adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung di samping menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau.
- Tanah Bencah Setiu bulan saja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna yang digabungkan dengan laut, air yg bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai.
- Ianya menjadi destinasi eko-pelancongan dengan aktiviti-aktiviti seperti observasi alam semulajadi, mengumpul madu, mencari ketam nipah, kepah atau lokan, memancing dan sebagainya yang juga bole dimanafaatkan oleh peduduk setempat.
Sumber: Tourism Terengganu
Kami bermula dari Boardwalk Setiu Wetlands untuk menaiki bot yg sedang menunggu di Pengkalan Setiu Wetland.
Boardwalk yg panjang hampir 400 meter kaya dengan pelbagai spesis hidupan wetland seperti ikan belacak, pelbagai spesis ketam, paya bakau, orkid liar dan lain-lain lagi. Di sepanjang Boardwalk di letakkan papan tanda mengenai hidupan dan tumbuhan yg terdapat di situ, sudah tentu sangat berguna untuk mendapat pelbagai info tentang khazanah tersebut..
Setelah menyusuri Boardwalk sambil melihat hidupan dan tumbuhan, kami pun menaiki bot untuk ke Laguna bagi tujuan aktiviti mencari lokan dan kepah
Nature Guide sedang memberi penerangan tentang Laguna Setiu |
Ikan-ikan yang di ternak di sini amat bermutu tinggi dan mendapat permintaan yang memuaskan dari pengusaha-pengusaha hotel dan restoran.
Inilah Ikan Kerapu Hybrid...takut k mid nak pegang😍 |
Mula-mula kami di beri taklimat ringkas cara -cara mencari lokan iaitu menggunakan sejenis pisau khas. Masing-masing perlu memakai stokin bagi melindungi kaki dari terpijak benda keras dan tajam ketika mencari lokan.
Agak lama jugak k mid mencuba mencari dengan cara yang di ajar tadi tapi tak dapat- dapat, ubah tempat sana sini dan.....akhirnya setelah hampir 20 minit menguis sana menguis sini...dapatlah 4 biji.
bila dah dapat...seronoknya bukan main😁😁.. |
Nie..cari kepah pulak |
Bukan k mid sorang cari sebanyak ini tau...hehehe |
Kalau sesiapa nak merasai pengalaman ini bolelah ke Setiu Wetlands. Bole hubungi PELADANG SETIU AGRO RESORT atau PING ANCHORAGE TRAVEL & TOURS untuk pertanyaan tentang pakej mencari lokan dan kepah ini.
#vm2020 #visittrulyasiamalaysia
#visitmalaysia2020 #beautifulterengganu
#setiuwetlandsfestival #tourismalaysia #tourismterengganu
#tourismmalaysiawilayahtimur
#motacterengganu
Salam sayang,
Wow!!!!!!! So interesting. Thank you for sharing your adventures with us. Have a good day.
ReplyDeleteAM penah sampai ke Setiu wetlands.. Mmg banyak lokan dan kepah kat situ.. Sepanjang jalan di broadway Setiu banyak pohon hijau n hidupan hutan yg lain.. Mmg menghayati hingga ke hujungnya.
ReplyDeleteBestkan gi Setiu..
DeleteLokan kepah dengan lala segar tu .. bestnya kalau masak sambal ... sedapnya lahai
ReplyDeletebestnya akak buat aktiviti mencari lokan dan kepah ni. teringin sangat nak cuba masuk dalam sungai dan tangkap sendiri pastu masak. mesti sedapppp sebab fresh
ReplyDeleteNanti ada yg ajak gi Setiu kena pergi Zul...rasa pengalaman sendiri cari lokan dan kepah..best
DeleteTak pandai nak beza kepah ke lokan. Kerang dgn oyster je kenai. Hehehe. Selalu beli je kat pasar, ni dapat mencuba cari sendiri mesti seronok kan.
ReplyDeletewow... meriahnya!!! happy betul kalau dpt pengalaman yang jarang jarang sekali macam ni.. nak bookmark la tempat ni. menarik kot =D
ReplyDeletePngalamn yg mnyeronokkan nie cari lokan ngn kepah..xsmua org berani masuk sungai, gali pasir nnt nd nak cuba juga la..thank sis sudi sharing tmpt menrikk nie..
ReplyDeletesaya pun baru je balik dari setiu. teroka tempat2 menarik yang ada disana. setiu memang best. nak nak darisegi lokasi yang insta whorty.
ReplyDeleteYa ..best kan Setiu
DeleteMemang seronok ada pengalaman camni. Saya dah pernah ke sini bbrp tahun lps. Seronok ada pengalaman memcari lokan
ReplyDeletebestnya kak mid dapat buat aktiviti ramai2 macamni. Nampak gemuk kepah dengan lokan yang kak mid dapat tu. Cantik warna ikan kerapu hybrid tu.
ReplyDelete