Assalamualaikum semua
Cuti sekolah sudah bermula, tak da plan nak bercuti kemana-mana ke??
Bagi yang memang sudah merancang awal nak balik kampung ke...bercuti ke luar negeri ke...atau bercuti dalam negeri ..bagus..sebab ada perancangan awal tapi tak semua orang bole merancang awal mungkin di sebabkan pekerjaan masing-masing atau hal hal lain dan ada kalanya perancangan awal selalu tidak menjadi sebaliknya yg last minit plan menjadi pulak....hehehe
So..kali nie k mid nak cerita cikit percutian singkat k mid bersama keluarga ke Lotus Desaru Beach Resort di Bandar Penawar, Johor.
Percutian ini adalah plan k mid supaya semua ahli keluarga yang datang ke Skudai bagi majlis bertandang di rumah pengantin lelaki dapat berehat ..tidak terus pulang ke Kuala Lumpur sebaik sahaja majlis selesai.
Kira-kira jam 3 petang selepas selesai majlis khenduri di pihak lelaki, kami pun bertolak ke Desaru melalui Highway Senai Desaru. Perjalanan dari Skudai ke Desaru melalui highway hanya mengambil masa kira-kira 1 jam di mana kami akan exit di exit Bandar Penawar.
Resort ini menyediakan 720 bilik iaitu Apartment 1 bilik, 2 bilik, 3 bilik dan 4 bilik serta Penthouse(VIP Suite). Setiap bilik di sediakan Wifi percuma, penyaman udara, kitchenette , microwave, peti sejuk, tv dan lain-lain lagi. kesemua Apartment ini di lengkapi living dan dining room so.. bagi mereka yang bawa keluarga bercuti amat sesuai sekali.
K. mid sekeluarga seramai 12 dewasa dan 6 kanak-kanak memilih untuk menyewa Apartment 4 bedrooms yang sememang nya amat sesuailah dengan jumlah ahli keluarga macam nie. Tak sempat k mid nak snap picture bilik sebab semuanya dah sepahkan ..nasib pada kunjungan sebelum nie kawan k mid Leya ada letakkan gambar 4 bedrooms Apartment so k mid kreditlah picture untuk dia. Untuk 4 bedrooms nie kami dapat 8 voucher breakfast, 8 waistband (dewasa) untuk access waterpark dan 8 helai towel yang boleh di ambil di kaunter swimming pool. Kanak-kanak
pula bole ambil waistband untuk kanak-kanak di kaunter lobby. Untuk lagi 4 dewasa yg lain, k mid beli waistband berharga rm5/perpax.
Petangnya, kami layan mandi manda di kolam waterpark tapi untuk lazy river tak sempat nak layan sebab ianya di tutup jam 6 petang.
Esoknya kitorang selepas sarapan, kita orang layan Lazy River kerana di buka seawal 9.00 pagi. Mandi sampai lebam.
BACA JUGAK : REVIEW K MID UNTUK KUNJUNGAN KALI PERTAMA
Begitulah percutian singkat kami di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.
Untuk maklumat lanjut tentang pakej harga dan promosi terkini boleh layari :
salam sayang,
Cuti sekolah sudah bermula, tak da plan nak bercuti kemana-mana ke??
Bagi yang memang sudah merancang awal nak balik kampung ke...bercuti ke luar negeri ke...atau bercuti dalam negeri ..bagus..sebab ada perancangan awal tapi tak semua orang bole merancang awal mungkin di sebabkan pekerjaan masing-masing atau hal hal lain dan ada kalanya perancangan awal selalu tidak menjadi sebaliknya yg last minit plan menjadi pulak....hehehe
Alhamdulillah..penutup 2019 k mid terima menantu💗 |
So..kali nie k mid nak cerita cikit percutian singkat k mid bersama keluarga ke Lotus Desaru Beach Resort di Bandar Penawar, Johor.
Percutian ini adalah plan k mid supaya semua ahli keluarga yang datang ke Skudai bagi majlis bertandang di rumah pengantin lelaki dapat berehat ..tidak terus pulang ke Kuala Lumpur sebaik sahaja majlis selesai.
Kira-kira jam 3 petang selepas selesai majlis khenduri di pihak lelaki, kami pun bertolak ke Desaru melalui Highway Senai Desaru. Perjalanan dari Skudai ke Desaru melalui highway hanya mengambil masa kira-kira 1 jam di mana kami akan exit di exit Bandar Penawar.
Akan melalui jambatan cantik nie yang dikenali Jambatan Hong Kong |
yeah..dah sampai.. |
kredit pic : Illya Leya |
ini jer yg sempat k mid snap..huhuhu |
pula bole ambil waistband untuk kanak-kanak di kaunter lobby. Untuk lagi 4 dewasa yg lain, k mid beli waistband berharga rm5/perpax.
Petangnya, kami layan mandi manda di kolam waterpark tapi untuk lazy river tak sempat nak layan sebab ianya di tutup jam 6 petang.
Semua happy layan Coconut Water Fall😍😍😍 |
layan jugak yg nie....kanak2 lah...hehehe Playground for Children |
Esoknya kitorang selepas sarapan, kita orang layan Lazy River kerana di buka seawal 9.00 pagi. Mandi sampai lebam.
walaupun water park di sini hanya mini water park namun kami semua enjoy dengan lazy river nie. |
BACA JUGAK : REVIEW K MID UNTUK KUNJUNGAN KALI PERTAMA
Begitulah percutian singkat kami di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.
Untuk maklumat lanjut tentang pakej harga dan promosi terkini boleh layari :
Website :
Alamat :
Lot 1854, Jalan Desaru
Bandar Penawar,
81930 Kota Tinggi
Johor Darul Takzim
Telefon
+607 8842800
Email
rsvn@lotusdesaru.com
salam sayang,
Menarik la kak mid.. santai habes desaru lotus ni...
ReplyDelete