Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua
Lama benar rasanya tak ke Teregganu, patutnya beberapa bulan aritue kak mid pergi Trip ke Pulau Bidong, dah plan cantik dah, tiket flight pun dah beli tapi akhirnya trip tue cancel...frust jugak..tapi apa nak buat kadang-kadang benda yang di rancang tak jadi dan benda yang tak di rancang-rancang menjadi pulak. Tiba-tiba nie pergi Trip Terengganu yang macam mengejut jugak...decide dalam masa tak sampai seminggu terus jadi...hahaha.
Trip kali ini adalah untuk menghadiri Festival Of Architectural And Cultural Heritage Of The Lost Kingdom 2019 yang diadakan di Terrapuri Heritage Village, Setiu Terengganu. Seronoknya rasa hati sebab memang dah lama berhasrat nak meninjau resort ini, resort yang bercirikan seni bina melayu dari abad ke 17.
Kami bertiga memulakan perjalanan kami dari Gombak seawal 8.30 pagi.. rasa teruja jugak sebab first time nak melalui Lebuhraya LPT2.
Perjalanan mengambil masa 4 jam setengah kalau mengikut google maps...so kami bertiga pun tak nak rushing-rushing untuk sampai ke destinasi. Rancangan hari ini untuk menginap di Pandan Laut Beach Resort yang terletak di Kampung Penarik dan hanya berjarak 8 km ke Terrapuri Heritage Resort.
Kira-kira jam 2 petang kami pun tiba di Setiu, singgah dulu makan tengahari di kedai tepi jalan bawah pokok. Nampaknya pemanduan kami menjangkau lima jam..hehehe...yalah berhenti di RNR untuk toilet break dan makan buah. Asalnya nak terus ke tempat penginapan kami di Pandan Laut Resort tapi kami decide nak usa2 dulu mana Terrapuri resort supaya senang esok nanti. Sebelum itu ada termasuk dalam senarai kami nak pergi ke satu rumah yang di katakan orang unik iaitu Rumah Botol. Kebetulan Rumah Botol ini satu arah jalan ke Terrapuri Resort so apa lagi kami pun mencarilah...
1. Lokasi 1 : Rumah Botol, Jalan Penarik - Mangkuk, Kampung Penarik Setiu, Terengganu.
K mid agak terkilan kerana kami tak dapat nak lihat dengan mata sendiri keadaan dalaman di Rumah Botol ini sebab rumah botol nie berkunci ketika kami datang dan cuba beberapa kami memberi salam tak ada yang menjawabnya. Kami pergi ke rumah sebelah untuk bertanya tapi tetap tak ada orang so kami bertiga pun hanya mengambil gambar di luar rumah aje..
Harga pun amat berpatutan. sepinggan sotong celup tepung dan udang celup tepung hanya RM10 Sepinggan ( sesuai untuk 3 orang makan)...mana nak dapat kat KL kan.
Jom kita tengok lokasi seterusnya.....
4. Lokasi ke 4 : Terrapuri Heritage Village
Lama benar rasanya tak ke Teregganu, patutnya beberapa bulan aritue kak mid pergi Trip ke Pulau Bidong, dah plan cantik dah, tiket flight pun dah beli tapi akhirnya trip tue cancel...frust jugak..tapi apa nak buat kadang-kadang benda yang di rancang tak jadi dan benda yang tak di rancang-rancang menjadi pulak. Tiba-tiba nie pergi Trip Terengganu yang macam mengejut jugak...decide dalam masa tak sampai seminggu terus jadi...hahaha.
Trip kali ini adalah untuk menghadiri Festival Of Architectural And Cultural Heritage Of The Lost Kingdom 2019 yang diadakan di Terrapuri Heritage Village, Setiu Terengganu. Seronoknya rasa hati sebab memang dah lama berhasrat nak meninjau resort ini, resort yang bercirikan seni bina melayu dari abad ke 17.
kami masuk dari Exit Tol Gombak sampai ke Exit Tol yang terakhir iaitu Kuala Terengganu |
Kami bertiga memulakan perjalanan kami dari Gombak seawal 8.30 pagi.. rasa teruja jugak sebab first time nak melalui Lebuhraya LPT2.
Perjalanan mengambil masa 4 jam setengah kalau mengikut google maps...so kami bertiga pun tak nak rushing-rushing untuk sampai ke destinasi. Rancangan hari ini untuk menginap di Pandan Laut Beach Resort yang terletak di Kampung Penarik dan hanya berjarak 8 km ke Terrapuri Heritage Resort.
Lepak makan tengahari di Jalan menghala ke Permaisuri |
Kira-kira jam 2 petang kami pun tiba di Setiu, singgah dulu makan tengahari di kedai tepi jalan bawah pokok. Nampaknya pemanduan kami menjangkau lima jam..hehehe...yalah berhenti di RNR untuk toilet break dan makan buah. Asalnya nak terus ke tempat penginapan kami di Pandan Laut Resort tapi kami decide nak usa2 dulu mana Terrapuri resort supaya senang esok nanti. Sebelum itu ada termasuk dalam senarai kami nak pergi ke satu rumah yang di katakan orang unik iaitu Rumah Botol. Kebetulan Rumah Botol ini satu arah jalan ke Terrapuri Resort so apa lagi kami pun mencarilah...
1. Lokasi 1 : Rumah Botol, Jalan Penarik - Mangkuk, Kampung Penarik Setiu, Terengganu.
Jumpa jugak Rumah Botol |
TOK..TOK,..TOK...x da orang rupanya. |
Rumah Botol ini di ilhamkan oleh Tengku Mohd Ali atau dikenali dengan nama Ayah ku. Semuanya bermula apabila tidak mahu pelancong atau pengunjung cedera terpijak kaca ketika bermain di kawasan pantai di kawasan Kg Penarik, Mangkuk ini. Beliau kini memiliki lebih dari 7,000 koleksi botol. Beliau jugak mengumpul mug, botol minyak wangi dan pelampung pukat.
Oleh sebab tak dapat masuk rumah botol nie, kami pun layan tangkap gambar di luar kawasan rumah. Secara jujurnya rumah nie seakan tidak terurus di luarnya, mungkin Ayah ku dah tak berapa sihat dengan usia dah menjangkau 75 tahun, sayang sekali jika tiada anak2 nya yang akan mengambilalih untuk menguruskan Rumah Botol nie.
2. Lokasi ke 2 : Pantai Penarik atau Pantai Rhu Sepuloh
Terletak di persisiran Laut China selatan di Daerah Setiu, Terengganu. Menjadi popular di kalangan pengguna jalan alternatif Kuala Terengganu - Kota Bharu (Laluan Pantai). Ada banyak gerai-gerai Celup Tepung dan juga restoran yang menjual makanan laut.
View kat sini memang awesome. Pantainya yang memutih. Rasa damai aje lepak kat sini.
View kat sini memang awesome. Pantainya yang memutih. Rasa damai aje lepak kat sini.
3.Lokasi ke 3 - Pandan Laut Beach Resort
Inilah tempat penginapan kami malam ini. Resort tepi laut yang terletak di Pantai Rhu Sepuluh, Kampung Penarik.
Alamat : Lot 390, Pantai Rhu Sepuluh, 21010 Setiu, Terengganu
Tel : +6013 6812495
Email : pandanlautbeachresort@gmail.com
website : http://pandanlaut.com
Penginapan tepi laut yang murah dan selesa dengan kemudahan kolam renang untuk kanak2 (mintak maaf kami pun mandi gak kat kolam nie...hehehe)
Pada asalnya, kitaorang nak mandi laut, tapi kami lihat banyak obor-obor terus kiatorng tak berani...jadi kitaorang ambik keputusan bergambar aje ..lepas tue terjun kolam renang
View kat sini cantik sekali....we all enjoy sangat jalan-jalan tepi pantai..walaupun tak dapat mandi laut😀 |
Jom kita tengok lokasi seterusnya.....
4. Lokasi ke 4 : Terrapuri Heritage Village
Inilah tempat di mana Festival Of Architectural And Cultural Heritage Of The Lost Kingdom 2019 di adakan dan di sinilah tujuan utama kami.
Menjejak kami di Terrapuri Resort Village ini seumpama berada di zaman kerajaan melayu dahulu kala. Terdapat 29 buah rumah berciri klasik dengan kisahnya yang tersendiri. Rumah tradisional Melayu Terengganu ini di bawa dari Kampung tradisi Terengganu iaitu Kampung Paloh, Manir, Losong dan dinamakan mengikut tempat asal rumah itu diambil.

Terrapuri bermaksud "The Land of Palace" (tanah istana). Masih mengekalkan ciri asal rumah melayu asli Terengganu. Ia merupakan projek pemeliharaan dan pemulihan rumah Terengganu Melayu Klasik. Terrapuri terdiri daripada 20 villa eksklusif yang dipulihkan dan dijadikan spa, restoran mewah, villa istirehat, galeri dan rumah pantai.
Pengusaha masih mengekalkan ciri asalnya iaitu menggunakan kayu cengal dan tidak menggunakan paku hanya menggunakan sendi pasak daripada kayu penaga
kak mid bersama pemilik Terrapuri Resort Mr Alex Lee Yun Ping |
Daya tarikan lain di Terrapuri Heritage Village ini adalah hamparan pantai yang indah di depan resort dengan pohon-pohon kelapa yang melambai-lambai.
Pada yang berminat nak kesini, jika tidak menginap pun resort ini bole dilawati dengan guided tour dengan bayaran RM22 perpax.. so apa tunggu lagi ...cuti sekolah dah dekat kan..
Alamat : Terrapuri Heritage Village,
Kampung Mangkuk, 22120
Setiu, Terengganu
Tel : +609 6245020 / +609 6312 081
Fax : +609 6228 093
Email : info@terrapuri.com
#VISITTERENGGANU #VISITMALAYSIA #VMY2020
Salam sayang,
ReplyDeleteشركة تنظيف بتبوك
شركة نقل عفش بتبوك