Skip to main content

KEMBARA HALAL EROPAH

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.


Semalam k mid telah menghadiri majlis Hi-Tea untuk program Kembara Halal Eropah(KHE2019), bertempat di  Restoran D'Saji Titiwangsa,  Kuala Lumpur.
Majlis ini di anjurankan oleh MoodExpert Travel & Tour Sdn Bhd dan Juara Travel dengan kerjasama oleh syarikat penerbangan Etihad Airways dan Oman Air.

Perasmian Majlis oleh Datuk Musa Yusof (Ketua Pengarah Tourism Malaysia)
Antara tettamu kehormat yang hadir dari Juara Travel dan Bumitra

Pengenalan mengenai Kembara Halal Eropah (KHE 2019)

Kembara Halal Eropah adalah sebuah inisiatif di bawah Mood Travel.  Ianya sebuah program yang memperkenalkan pakej SIC (Sit-In Coach 2 paxs to go) ke Eropah kepada agensi palancongan di Malaysia.
Ianya juga membuka peluang kepada agensi pelancongan di Malaysia untuk meluaskan perkhidmatan pelancongan yang sedia ada dan seterusnya  membantu mereka untuk meningkatkan jualan syarikat.
Disamping itu harga yang ditawarkan juga amat berpatutan serta servis yang memuaskan,
Agensi-agensi pelancongan yang terlibat akan diberikan sokongan teknikal sepanjang menyertai program ini.

Mari kita kenali Mood Travel pula.
Mood Travel di tubuhkan pada 11 Julai 2016,  adalah sebuah syarikat yang membantu Travel Agensi di Malaysia bagi mendapatkan pakej muslim ke Eropah.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Mood Travel adalah merangkumi penyediaan makanan halal,  kemudahan Sholat,  Tour guide yang berpengalaman dan berugama islam,  pengangkutan dan tempat tinggal.


Ucapan dari CEO Mood Travel En. Arif Atiq Suzaili


En.Arif Atiq sedang memberi penerangan tentang Kembara Halal Eropah

Kenapa memilih Mood Travel?

* Tempat Tinggal

Mood Travel menyediakan hotel yang mesra pelanggan,  selesa, luas, kedudukan yang strategik,  mempunyai wifi,  bertaraf 3 bintang dan keatas serta memiliki pelbagai kemudahan yang lain.


* Makanan Halal

Mood Travel membawa makanan mengikut citarasa melayu.  Yang penting ianya Halal dan Toiyabban.


* Sholat.

Memastikan Sholat sentiasa di awa1 waktu dan di tempat yang selesa.

*Pemandu Pelancong

Ciri-ciri pemandu pelancong yang disediakan oleh Mood Travel adalah yang berpengalaman , tinggal lebih 10 tahun di Eropah,  mahir berkomunikasi dan berinteraksi dalam Bahasa melayu serta sedia memberi layanan yang mesra kepada para pelancong.

* Membeli-Belah

Selalunya bila kita mengikut itinerari dari syarikat pelancongan,  ianya menghadkan masa untuk aktiviti bershopping tetapi dengan Mood Travel ,  pelancong sentiasa diberi peluang untuk bershopping hingga mereka puas.

Dengan ciri-ciri diatas yang di sediakan,  pasti para pelancong tidak perlu risau  dan dapat bercuti dengan selesa di Eropah.




Sesuai dengan motonya " TRAVEL WITH PEACE OF MIND", nikmatilah pakej-pakej istemewa dari Mood Travel.

Jom layari Mood Travel untuk mengetahui pakej-pakej menarik mereka :-


IG    :  www.instgram.com/moodtravel.my


Tel  : 603 - 89229376
        018 -3807828


#moodtravelcutieropah           
#TravelWithPeaceOf Mind




Salam sayang,





Comments

  1. bawa lah daku pergi bersamaaa...actually mmg klau yang nak travel ke europe memang bab makan, solat tu agak susah kan.. alhamdulillah ada juga travel agent yg sediakan kemudahan wajib ni untuk yang nak travel ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tue liz...taklah ada guzar di hati..bolelah melancong dengan tenangkan...

      Delete
  2. legaa tak payah nak fikir arah kiblat dan makanan halal kann

    ReplyDelete
  3. kalau dah ada travel agent yang begitu menitik beratkan soal nie...lega rasanya nak travel kan..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...