Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
K mid sambunglah cerita trip ke Lingga ini ya.....
Malam tadi dah puas joget lambak...tidurpun lena betul ....yalah 6 jam naik feri.
Di mulai pagi hari kedua ini dengan seawal 7 pagi sarapan di Hotel dan bersiap sedia untuk check out...
|
Pandangan di kawasan depan Hotel |
Destinasi pertama hari ini ialah
Museum Timah Singkep yang terletak di
Jalan Pagoda. Masih lagi di kawasan Dabo , belum lagi sampai ke Daik.
|
Selamat datang ke Museum Timah Singkep |
Pulau Singkep dahulunya adalah pulau penghasil timah bermula dari tahun 1950an hingga ke tahun 1990an. Pulau ini juga terkenal satu ketika dahulu sebagai pulau penghasil timah terbesar di Sumatera. Jadi idea penubuhan Museum timah ini untuk menyimpan dan mempamerkan khazanah bersejarah di masa kejayaan Pulau Singkep sebagai penghasil timah.
Kebanyakan barangan koleksi di Musuem ini adalah pemberian dari masyarakat setempat dan orang awam. Kini dikatakan telah pun mempunyai 637 koleksi peninggalan masa lalu perusahaan timah walaupun Musuem ini baru di rasmikan pembukaannnya pada 25 Mei 2019 yang lalu. Dengan adalah Museum timah ini akan menjadi wadah untuk generasi akan datang tentang Pulau Singkep yang pernah berjaya dalam perusahaan timah.
|
Pagoda Dabo Singkep |
Disebelah Museum timah pula terdapat sebuah
Pagoda yang di dalamnya terdapat gerai cenderahati...jadi sambil melawat Museum timah bolelah beli ole-oleh di sini untuk di bawa pulang.
|
Kain tenun/tekap diorang memang cantik |
|
Ayuh beli ole-ole 😍 |
Perjalanan seterusnya ke satu lagi destinasi iaitu Pulau Marquez. Terletak di
Tg Sawang, Desa Singkep Persisir, Dabo Lama.
Acara hari ini adalah melepaskan anak-anak penyu ke pantai kerana di sini ada pusat "
Santuary Penyu"
Pantai nie bersih dan cantik, ada chalet-chalet penginapan juga.
|
k mid di Pantai Marquez |
|
antara chalet yang terdapat di sini |
|
sebahagian anak-anak penyu yang akan di lepas...semoga semuanya selamat ya |
|
sebelum beredar sempat capture gambar nie...walaupun tak sempat meniti sampai ke hujung sana😅 |
Tiba masanya ke Pelabuhan untuk ke
Daik pula...
|
Bye..bye Pulau Singkep...hingga jumpa lagi insyaallah |
Perjalanan di teruskan dengan menggunakan speedboat selama 30 minit untuk sampai ke Pelabuhan Tanjung Buton, Daik
Pemandangan gunung Daik ini bole di lihat dari pelabuhan Tanjung Buton tapi hari ini tidak bernasib baik kerana gunung daik yang bercabang tiga langsung tidak kelihatan cabangnya... Malu agaknya😃
|
agak jauh juga kena berjalan di Pelabuhan Tanjung Buton ini |
Di Daik iaitu Ibu kota Lingga ini ada beberapa tempat yang sempat kami kunjungi antaranya :-
*
KOMPLEK ISTANA DAMNAH
Istana ini terletak di
Kampung Damnah, Kabupaten Lingga. Di bangunkan pada tahun 1860 masa pemerintahan
Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah II.(1857-1883). Istana Damnah kini yang bole kita lihat hanyalah beberapa runtuhan tapak, tiang serta tangga batu sahaja.
Bagi tujuan gambaran sebenar dan sejarah...didirikan replika yang menyamai Istana Damnah yang bersebelah dengan tapak asal istana dahulu.
Walaupun bukan menyamai 100 % istana sebenar namun rekabentuk dan saiz Replika Istana Damnah ini adalah sama dengan Istana asal.
|
Inilah replika Istana Damnah |
|
Balairung seri |
Perjalanan kami ke sini yang hampir menjangkau tengahari, menyebabkan cacing-cacing menjerit kelaparan😂😂 minta perut di isi. Bagai orang mengantuk di surongkan bantal, kami dijamu makan tengahari dengan duduk bersila dalam replika Istana Damnah ini
|
Masuk jer...makanan telah di hidang dan di tutup rapi....apa lagi tunggu...nasib sempat di ambil fotonya..hahaha |
|
Apa lagi teruslah bersantap...... |
|
cantik sekali motif ukiran di pintu ini kan... |
|
Di tengah-tengahnya pula terdapat sebuah singgahsana indah...mungkin begini agaknya singgahsana raja-raja melayu dulu |
|
apa lagi....berposinglah kejap di atas singahsana ini. |
*
RUMAH TEKAT TUDUNG MANTO HALIMAH
Selesai makan tengahari di Istana Damnah , kami pun menuju kesebuah rumah tekad yang di gelar
Rumah Tekat Tudung Manto Halimah.
Mesti korang nak tahu kenapa di beri nama Halimah tidak pulak Hamidah, Ghasidah dan nama lain-lain yang lebih menarik...hehehe...
Sebenarnya nama Halimah adalah nama isteri datuk bandar yang memberi tanah untuk membangunkan rumah tekad ini.
Dengan adanya rumah tekad ini, ianya dapat meningkatkan taraf ekonomi kaum wanita desa dan generasi muda pula bole meneruskan warisan tekad ini.
|
Tudung manto ini biasa di pakai sebagai selindang diatas kepala |
|
pakai macamnie barulah betul kan??? |
Mari kita lihat apa itu tudong Manto?
Tudung manto ialah warisan kebudayaan pakaian tradisional masyarakat melayu dan tidak asing lagi bagi masyarkat Lingga. Tudung sendiri dalam bahasa melayu bermaksud penutup. Manto pulak bermaksud tutup kepala., jadi Tudong Manto berfungsi sebagai penutup kepala bagi kaum wanita yang sudah bersuami.
Tudong manto biasanya di pakai pada acara tertentu seperti ke majlis2 perkahwinan, keramaian serta ke majlis2 adat dan budaya. ia juga adalah lambang identiti sipemakainya, juga di gunakan untuk menutup keranda (bahagian kepala) disaat kematian.
Jenis2 bahan yang di perlukan untuk membuat Tudung Manto ini ialah kain sari, benang emas atau perak, jarum perak dan tembaga.
Dan untuk menghasilkan tudung manto ini teknik tekad di gunakan dan masa yg perlu untuk menghasikan sehelai tudung bole menjangkau selama sebulan mengikut motif tertentu dan harga juga bergantung kepayahan untuk membuatnya. Harga sehelai tudung di antara Rp600 - Rp1500.
Kalau berminat boleh berkunjung ke Lingga ini ya...
|
kalau k mid yang buat tak tahulah bila akan siap...silap2 buat separuh jalan je... |
|
*
MASJID JAMI SULTHAN LINGGA
|
Masjid yang berwrna kuning hijau ini mencerminkan warna khas melayu. |
Masjid ini merupakan peninggalan
Sultan Melayu Riau Lingga. Merupakan masjid tertua di Lingga. Dibangunkan pada sekitar 1800 masihi semasa pemerintahan Sultan Mahmud III yang merupakan sultan yang memerintah daerah Lingga, Johor dan Pahang pada ketika itu.
Di belakang dan sisi barat majid terdapat makam Sultan mahmud III dan lain-lain kerabat di raja.
|
Disini kita bole mendapat informasi tentang makam-makam yang terdapat di sini |
|
Makam Sultan Mahmud Syah III |
Masjid ini di dirikan dengan tidak menggunakan tiang, sebaliknya masjid ini terdiri dari pilar-pilar yang berjumlah 10 iaitu 4 buah pilar terletak di ruang utama dan enam pilar terletar di serambi masjid.
Pintu masjid ini juga unik dimana pintu dan tingkap masjid juga di ukir cantik menunjukkan betapa seninya masyarakat melayu.
*MUSEUM LINGGAM CAHAYA
Terletak di Jalan
Raja Muhammad Yusof, Daik dan lokasi nya berhampiran dengan Komplek Istana Damnah.
Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai sejarah kerajaan melayu Lingga, Museum ini adalah tempat yang sepatutnya di kunjungi kerana ia menghimpunkan pelbagai khazanah kesultanan melayu Riau Lingga merangkumi sejarah asal usul, adat , budaya serta kehidupan masyarakat melayu Riau Lingga.
|
Museum Lingam Cahaya |
|
Ini adalah pandangan di hadapan Laman Museum....korang rasa ada apa dalam pasu tue dan kenapa di letakkan di situ? |
Menurut catatan ada 5700 koleksi sejarah dan aktifak tersimpan di musuem ini dan sebahagian besarnya adalah pemberian dari masyarakat Lingga sendiri.
|
Selamat Datang ke Museum Linggam Cahaya |
|
Salasilah Kesultanan Kerajaan Lingga |
|
Sebahagian Koleksi yg ada di sini. |
Salah satu koleksi yang menarik di sini ialah,
Tulang Kerangka Gajah Mina. Bangkai Gajah Mina ini di temui hamyut di salah satu pantai di Daik ini sebulan setelah kejadian Tsunami Acheh.
Generasi akan datang pasti mendapat pengetahuan yang bernilai tentang Sejarah kesultanan melayu Riau Lingga di sini
|
Pandangan dari Tingkat atas Museum |
*AIR TERJUN RESUN
Sesuai dengan nama di beri, ianya terletak di
Desa Resun. Merupakan salah satu dari belasan air terjun di Pulau Lingga.
.
Dengan kecondongan 45 darjah, air tidak terus turun kedasar sebaliknya ianya mengalir ke tepi dinding batuannya. Kawasan sekelilingnya pula dipenuhi dengan kehijauan pohonan...membuatkan k mid tak sabar nak berendam di sini .
Kita tidak perlu berjalan jauh setelah turun dari kenderaan untuk sampai ke air terjun ini.
Juga terdapat fasiliti lain seperti toilet dan surau di sini, jadi ini memudahkan orang ramai untuk datang beriadah di sini.
|
Wah..bestnya korang berendam kat sini ya... |
|
Tak kan k mid berselfi dan berposing ajekan... |
|
|
Yeah...dapat juga merasai kenyamanan air terjun resun ini...mandi sampai puas.... |
|
*
Hotel Lingga Pesona
Inilah hotel penginapan kami di Daik, walaupun tidak berbintang-bintang namun hotel ini selesa dan bersih...bolelah merehatkan diri selepas seharian meneroka Kota Daik ini
Alamat : Merawang, Daik Lingga, Kec.Lingga. Kabupaten Lingga,
Kepulauan Riau , Indonesia
Dengan kebatasan masa, dapat juga kami menjelajah dan mengetahui serba sedikit tentang Pulau Lingga ini. Mungkin juga ada kesempatan yang lain bolelah ke pantai Batu Berdaun, Pantai Batu Berlubang,Gunung Daik, Pulau Benan, Air Terjun Batu Ampar, Meriam Tegak dan lain-lain.
Dari pengamatan k mid, Pulau Lingga bole menjadi salah satu destinasi pelancongan yang berjaya dengan menambah baik fasiliti yang ada kerana ia mempunyai banyak tempat-tempat semulajadi dan pantai-pantai yang indah, cantik dan bersih tambahan pula
Gunung Daik telah menjadi terkenal untuk pendakian.
Ucapan terimakasih yang tak terhingga kepada
Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga Bapak Raja Fahrurazi, Bapak Edi Sutrisno dan semua yang terlibat dalam Program Fam trip ini. Hingga jumpa lagi.
#PersonaLingga #WonderfulIndonesia
Salam sayang,
KLIK SINI UNTUK TRIP KE PULAU LINGGA 01
seronok tgk kak mieda pergi Lingga tu.. tempat yang masih lagi belum ramai yang tahu kan...
ReplyDeletebest jugak tapi lama benar naik feri..huhuhu
Deletesuch a lovely pulau to visit.. first time heard of this place.. looks great to plan a trip too.. nice nice nice..
ReplyDeletenice island dear
DeleteSeronoknya! suka sangat ke muzium. kena masukkan destinasi ni dalam bucket list ni. paling best mandi air terjun la.. tu aktiviti paling disukai
ReplyDeletesekali sekala jalan guna feri dari flight..ok gak
DeleteSeronoknya dapat pergi jalan-jalan. Dapat tengok tempat orang. Pengalaman yang menarik ni yang mana ramai orang tak tahu tempat ni. Thank you sharing.
ReplyDeletePulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga...bercabang tiga tak Gunung Daik tu..hehe
ReplyDeletedulu kawan jemput buat lawatan ke Pulau Lingga tapi tak berkesempatan...dh ada info ni boleh la kot pergi nanti
gunung daik tue memang bercabang tiga ...tapi time mid pergi berkabus jadi tak nampaklah cabang nye tapi ramai pelajar malaysia mendaki gunung daik tue
DeleteSeronok ya bercuti ke sana. Yg best tu semestinya mandi air terjun. Haha dah lama saya tak mandi di Sungai atau air terjun.
ReplyDeleteBest nya dapat travel. Cantik la kain yang tutup makanan tu. Warna warni betul la fabrik dia kan
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkongsi pengalaman di sana. Kalau tak silap Naim, Lingga ada sejarah di dalam Kesultanan Tanah Melayu.
ReplyDeleteya naim..sejarah kesultanan melayu riau lingga..sebb tue budaya dan adat resam sama dengan kita nie
DeleteWahhh seronok tengok uoll jalan sana sini. Bilalah turn kita pulak. Harap next year adalah lagi trip cam ni..nak gak join
ReplyDeletejom2 ...lepas nie kalau ada peluang kita pergi ramai2...baru best
Deletewah bestnya makan dalam Istana Damnah tu! Makanannya nampak sedap. Duduk bersila makan di bawah aduh nikmat :)
ReplyDeleteBanyak juga ye tempat menarik di sana. Tak pernah terlintas ada tmpt menarik mcm ni dkt sana. Jauh dari kesibokan bandar tu . Tenang je hati tgk semulajadi ni
ReplyDeleteya2..k mid pun sebelum nie tak tahu pun
DeleteSeronok nya dapat melawat tempat bersejarah di lingga ni....dpt plak belajar kebudyaan mereka disana...makanan tradisional pula di hidangkan....lepas kenyang makan boleh ke air terjun bagi mengisi masa lapang....thanks for sharing...boleh juga masuk dlm list tempat kami sekeluarga nk bercuti nanti..
ReplyDeleteSeronoknya dapat merantau tempat orang, teringin sangat nak pergi. Thank you sebab share experience. Tak dapat pergi at least dapat tengok gambar.
ReplyDeleteada rezeki nanti bole pergi
DeletePulau lingga ni belah mana kak? Rasa mcm tak pernah dengar lgi.. Tpi cantik lahh.. Suka tengok
ReplyDeletepulau lingga di kepulauan riau...4 jam naik feri dari Batam
Deleteseronoknya!! awa tak pernah sampai lagi ke sini.. cantik la... dah macam kembali ke zaman silam pulak rrasanya...
ReplyDeleteBestnya !! Seronok tengok entri2 travel mcm nie. Rasa mcm kita turut sama2 ada dekat sana. Teringin pulak nak jejakkan kaki ke sana sendiri. Best ! Nanti boleh rujuk entri nie utk ke sana
ReplyDeletekalau ada famtrip lagi bolelah kita gi ramai2...best kalau pergi dengan member2
Deletebest tengok sisi pergi jalan-jalan ni..gamabr tu kalau besarkan lagi mesti lagis eronok tengok ni..kita tak pernh pergi lagi jalan-jalan macam ni..hope ada rezeki
ReplyDeleteada rezeki nanti insyallah....okay..nanti k mid besarkan gambar ya...thanks
Deletebestnya kak. insyaAllah kalau berpeluang ke sini, boleh tengok blog akak untuk buat rujukan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, saya pun dah sampai ke pulau lingga ni. kat sini dapat saksikan sendiri dimana dan bagaimana sebenarnya gunung daik yang diperkatakan dalam pantun melayu lama tu.
ReplyDeleteMenarik hasil karya kraftangan dan budaya orang kan :) Hopefully akan dapat lagi bercuti kat Indonesia sambil melawat saudara mara kat sana :)
ReplyDeleteWah cantik juga pulau lingga ni.Belum sampai kesana lagi tapi nampak banyak tempat menarik untuk dilawati.
ReplyDeletePulau Lingga lia tak pernah sampai lagi. Tapi boleh je masukkan dalam list travel ke Indonesia. Nak lawat tempat menarik di sana.
ReplyDelete