Skip to main content

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK


Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
"Tidak semua di lahirkan sempurna tapi ketidaksempurnaan itu bukanlah alasan untuk kita tidak berjaya"
  
ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME
BERJAYA DALAM SENI MUZIK

Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq
Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 
17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001
di Muar Johor. Ariq adalah remaja
istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan
 bahawa dirinya juga layak
untuk berjaya sama seperti orang lain.

Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq
 jarang untuk bercakap dan hanya
bersuara pada masa tertentu sahaja.
Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal
tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.

Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses
rawatan dan terapi) doktor telah 
mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau
ialah seorang Autisme 
(Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah
pertuturan. 

Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini
untuk meneruskan dan mendalami
minat dan bakat seni muzik beliau.
Saya terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan
 Ariq berani untuk ke depan? 
Katanya selain daripada minat,Ariq nak membanggakan
keluarga bahawa dia juga
mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas
vokal, sedikit sebanyak dapat 
membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan
lebih baik. 

Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain
gitar sebagai hobi tetapi klimaks
Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula
daripada persembahan mini
konsert anjuran sekolah muziknya. 

Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya
 Ariq lebih banyak bergaul dengan
orang ramai agar lebih yakin pada diri.

LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN
BAKAT NYANYIAN

Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk
beliau sebagai permulaan dan 
pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih
antara keluarga dan sahabat. Dari sudut 
yang tersirat pula, "KITA"merupakan satu metafora
untuk golongan istimewa ini. Secara 
khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih
sayang seorang ayah kepada anak 
istimewanya.



 Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :
" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada
semua. Saya ingin mengucapkan 
syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.
Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku)
dan Atok Wan, terima kasih 
yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan,
kasih sayang dan sokongan yang
tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan
Atok Wan yang bersungguh untuk
Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.

Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas
segala semangat, galakan dan
kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production
Studio dan Muo FM terima kasih 
diatas segalanya.
Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan,
Cikgu Hana dan semua guru-guru
unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota,
Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo 
and Mr Steven, tq so much for all the encouragements
and all the supports in
 every way.. and i am still in the learning process 😆
Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed
di atas segala pengorbanan masa
dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA" 

Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."

- Ariq Azhafi -


Salam sayang,







Comments

  1. Kagum sangat dengan ariq. Semoga sentiasa menjadi anak yang baik. Bertuah parents ariq.

    ReplyDelete
  2. Betul tue..sokongan keluarga membuat dia berjaya insyallah

    ReplyDelete
  3. Hendak seribu daya kan.. bangga dengan adik Ariq. Semoga lebih sukses dalam bidang muzik dan setanding artis Malaysia yg ada..

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...