Skip to main content

PERASMIAN RILEXLAH! RAYA BERSAMA DIDI & FRIENDS DI QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua.
Untuk kempen sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri 2019 kali ini, Quill City Mall Kuala Lumpur mengadakan kempen Rilexlah! Raya bersama Didi & Friends bermula dari 23 Mei hingga 9 Jun 2019.


Dengan bertemakan pengembaraan Didi & Friends ke pantai untuk sambutan Hari Raya, di Atrium Utama di dekorasi dgn warna-warni lampu, rumah pantai, pokok kelapa, pemandangan laut yg visualistik serta terdapat potongan papan Didi.
Kawasan bertemakan pantai ini adalah untuk keluarga dan kanak2 berbuka puasa sambil bersantai di tepi pantai dgn beg kekacang yg berwarna warni.  Konsep terbuka dan bebas ini membolehkan kanak2 berkumpul dan bersosial antara satu sama lain dgn di kelilingi fesyen terbaru.


Perasmian kempen pula telah di adakan dengan meriahnya pada 25hb Mei dengan kehadiran Dato' Ar.Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Quill Dato Lee Fong Yong, Pengarah Kumpulan Syarikat Quill, Pengurus pusat Quill City Mall KL Encik Alan Cheong dan Naib Presiden Pemasaran Quill City Mall KL Encik Joseph Teo.


 

Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, satu program yg di beri nama We "Sea" You Wish di adakan,  dimana inisiatif ini membolehkan para pengunjung berpeluang menyumbang kepada Rumah Anak Yatim Yayasan Chow Kit dgn menunaikan impian mereka menerusi kad ucapan yg dipamerkan di We "Sea" Your Wish Display Area di Atrium Utama Aras Bawah.


Ada beberapa lagi  program di adakan sepanjang tempoh program seperti Penampilan Maskot Didi & Friends dan persembahan mereka pada setiap hujung minggu, ini membolekan peminat Didi & Friends bertemu dgn karakter kegemaran mereka sambil merakam gambar, menyanyi serta menari bersama Didi & Friends.
Pertandingan dan Promosi Hari Raya juga di adakan seperti Unique Raya Redemptions of Didi & friends Packets and Stickers, Didi & friends Zoomoov Ride, Carousel Ride, Guess &"Sea"  Voucher Redemption, Spot Didi & Friends Photo Contest, juga pertandingan Makan, Minum, Main dan Menang(MMMM) yg berlangsung dari 18 Mei hingga 31 Julai 2019.
Barangan Didi & Friends juga di jual di Foyer Pintu Masuk Utama, Aras Bawah di sepanjang waktu kempen
Perasmian kaunter/kiosk tiket Bas Hop On Hop OFF (HoHo) juga di adakan di Quill City Mall ini.  Dengan ada nya kiosk bus HoHo,  ia akan  memudahkan lagi untuk berbelanja di Quill City Mall, kerana  bas HoHo akan berhenti di hadapan Quill City Mall untuk menurun dan mengambil pelanggan.

Ada lagi yang menarik,  iaitu dengan setiap RM1 yg dibelanjakan pengunjung boleh menebus 2 nilai mata ganjaran BIG Point Air Asia jika di belanjakan pada hari biasa dan 1 nilai mata ganjaran  BIG Point jika berbelanja di hujung minggu dimana-mana kedai di Quill City Mall KL. Ahli bole menukarkankan nilai mata BIG dengan tiket penerbangan percuma  bermula dari 500 nilai mata.  Tertakluk kepada terma dan syarat.

Pengunjung juga boleh menikmati faedah parkir yg hebat dgn parkir percuma pada hujung minggu dan 2 jam percuma pada  pada hari biasa dgn cara mencari poster Scan Me QR Code.


Bawa anak-anak bershopping di sini pasti meriah,  lebih-lebih lagi jika dapat bergambar dengan karektor2 Didi & Friends....Jadi ibu-bapa janganlah lepaskan peluang ini...

Keterangan lanjut tentang promosi serta program bole layari :
 FB : QuillCityMallKualaLumpur
 IG : QuillCityMallKualaLumpur
 Website : https://www.quillcitymall.com.my
Salam sayang,




Comments

  1. Wahh ni syurga kanak2 kalau nampak kartun animasi favourite memang semua dia nak. Comel2 sangat. Kalau sumayyah nampak ni mesti dia nak mintak beg dulu.hehe

    ReplyDelete
  2. alamakk best sgt klu dpt bwk ank2 buah sy ni! dorg mmg suke laa haa didi tu ahri2 dok bukak vid hahaha Ww bagusnya rm1 belanja bole dpt big point!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa ada Big Card untung bole collect point kan

      Delete
  3. Bila baca terus ingat lagu Didi and Friends yg malay "Pak Atan adaaaa..nama dia bingo. B.I.N.G.O!" Hahaha.And it's super good! Kita mmg ada kat BIG boleh lah kumpul point!

    ReplyDelete
  4. Bestkan klu bwk anak2 ke Quill City Mall berjumpa Didi & friends

    ReplyDelete
  5. ni kalau anak-anak nampak memang diaorang suka ni..wah macam-macam ada ye..meriah sangat ni..mau anak-anak taknaka balik..mau borong banyak beli barang didi ni kang

    ReplyDelete
  6. Wah best nyer event macam ni, boleh lah bawa anak-anak ke sana time cui sekolah & cuti raya banyak aktiviti kat sana lah.

    ReplyDelete
  7. Wah.. Ada Didi n Friendslah dekat quill city, anak buah suka karton ni.. Nnt nak info kat mak pak merekalah
    .. Srh bwk ank ke quill

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...