Skip to main content

KEK BATIK MUDAH

Assalamulaikum semua...

Ramadhan tiba...Ramadhan tiba......
Hari nie dah masuk hari ke 3 Ramadhan,  sekejap aje masa berlalukan....tentu di bulan yang mulia ini suri-suri rumah sibuk  untuk menyediakan juadah untuk berbuka bersama keluarga kan...begitu juga k mid... biasanya bulan puasa k mid selalu memasak di rumah kalau tak ada on duty...klu on duty alamatnya hubby k mid pergi beli lauk di kedai atau di bazar ramadan sebab anak dara k mid balik kerja sampai rumah dah pukul 6 lebih..hanya sempat masak nasi aje..

Oklah...sebab k mid semalam ada rajin sikit...jadi hari nie k mid nak sharelah resepi Kek Batik yang k mid buat semalam untuk berbuka.  k mid namakan Kek Batik Mudah sebabnya memang mudah pun untuk membuatnya...hehehe...  anak dara kecik-kecik pun bole buat..

Mula-mula k mid tengok dulu apa bahan yang ada kat dapur tue...sebab k mid selalu memasak dan buat kueh ikut bahan yang sedia ada...tak kuasa nak keluar selalu untuk membeli bahan-bahan time- time puasa nie...hahaha..


Tengok di dapur.. ada 3 jenis susu boleh di gunakan (semua k mid beli di Segifresh)
Biasa ramai yang guna milo tapi guna Chocolate Malt nie pun memang sedap

Bahan-bahan semua dah tersedia...apa tunggu lagi

Dah pun ada bahan-bahan,  kebetulan aritu gi shopping di SEGIFRESH...memang berbaloi shopping di Segifresh...harga berpatutan dan tentulah menjimatkan ...

Mari kita tengok bahan2nya.

1. 250g mentega
2. 200g  milo ( k mid guna chocolate Malt jenama TRADER'S CHOICE)
3.  2 sudu besar susu pekat ( k mid guna krimer manis jenama SEDAP)
4.  2 sudu serbok koko
5. 1 paket biskut marie - di patah kecil2
6. 1/4 cawan air panas



Cara-caranya :-

1.  Cairkan mentega...cairkan guna kuali lebih senang

2.  Masukkan susu pekat

 
3.  Masukkan coklat Malt


4. Masukkan 2 sudu serbuk koko

 
5.  Masukkan air panas perlahan-lahan
sentiasa kacau..supaya tak berketul
 

Guna api kecil,  sentiasa kacau supaya tidak berketul..bila semua dah sebati,  masukkan biskut marie yang dah di patah-patah .  Tutup api dan kacau sebati

Ambik loyang dan letak plastik untuk senang pabila potong nanti

Masuk kan ke dalam loyang, ambik sudu tekan untuk rata dan mampatkan....dah siap....
Dah siap...bole letak kt peti sejuk

Letak kat dalam peti sejuk sejam dua .  bolelah potong buat juadah berbuka...

Anak bujang k mid sekejap aje dia hadap kek batik nie....peminat coklat lah katakan...makan coklat macam makan nasi...jadi semua benda berkaitan coklat memang cepat habis kat umah nie..😊😊



 Jadi apa tunggu...bolelah cuba...senang aje kan,,,

untuk dapatlah barangan berkualiti dan menjimatkan.. suri-suri rumah dan penjual-jual kueh untuk bazar ramadhan rajin-rajinlah membeli belah di SEGIFRESH...bole selalu lihat di IG dan FB mereka untuk tawaran diskaun mereka:-

Instagram :  www.instagram.com/segifreshmarket
Facebook : www.facebook.com/segifresh

Bye..hingga jumpa lagi

Salam sayang,






Comments

  1. Sedapnya..lama xbuat kek Natick, nanti nk tray buatlah .npk senang jer.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..lama xbuat kek Natick, nanti nk tray buatlah .npk senang jer.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kek batik, senang rupanya nak buat kek batik nti bolehlah buat

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa.. nak cuba buat juga laaa

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...