Riangnya rasa hati bila dapat undangan untuk ke Lotus Desaru Beach Resort & Spa. Sebelum nie dapat undangan ke Desaru Coast tapi tak dapat nak join sebab masa tue k mid sedang bercuti di India. Bila dapat undangan nie memang k mid tak menolak walaupun dalam bulan puasa.
Lotus Desaru Beach Resort & Spa " The Resort for all Reasons"
Perjalanan kami bermula dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menaiki bas MaraLiner dari TBS ke Bandar Penawar . Perjalanan bermula jam 9.30 pagi
Harga Tiket bas TBS ke Bandar Penawar RM39.90 (MaraLiner)
Harga Tiket bas Bandar Penawar ke TBS RM39.90 ( MaraLiner)
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam, memandangkan kami berenam dan ada 3 orang lagi yang menaiki bas nie ...semuanya berpuasa jadi bas hanya berhenti 15 minit jer untuk toilet break di perhentian kecil aje. Jadi kami sampai di Hentian bas Bandar Penawar kira-kira pukul 2.30 petang. Bolelah rehat sekejap sebelum berbuka puasa.
Sampai aje di Terminal Bas Bandar Penawar kami di jemput oleh pihak resort, maka jadi mudahlah bagi kami, tidak perlulah cari teksi lagi.
Pihak Lotus Desaru Beach Resort & Spa memang menyediakan perkhidmatan menjemput pelanggan dari Terminal Bas Bandar Penawar dengan harga yang minimum sahaja. Kalau guna perkhidmatan teksi anggaran harga (rm10-rm15) sahaja. Jarak pun tak jauh kira-kira 4 km.
Sampai di sana...wah k mid lihat kawasan resort nie memang besar. Sesuai sangat dengan slogan "The Resort for All Reasons" kerana fasiliti yang lengkap dan banyak aktiviti bole di lakukan di sini seperti yang minat sukan air tue bolelah main banana boat, jet ski, parasailing, pipe rider dan fishing trip. Yang paling best resort nie ada water park sendiri dengan pelbagai mainan seperti aqua play, grotto, lagoon pool, lazy river, falling coconut dan relaxing gazebo.
Selain dari itu, perkhidmatan Massages & Spa turut di sediakan. Macam-macam pakej di sediakan seperti Bamboo Revitalize, Traditional, Fusion ,Abhyanga , Scalp dan Shoulder. Body Scrub & Wrap serta Manicure & Pedicure juga terdapat di sini.
Macam-macam pakej juga terdapat di sini seperti Pakej Honeymoon, Pakej Meeting, Pakej Birthday serta lain-lain pakej pun bole di sedia ikut keperluan pengunjung.
Untuk maklumat lanjut tentang penginapan, aktiviti dan pakej bole di dapati :-
website : www.lotusdesaru.com
Tel : 607 8842800 Fax : 607 8842998
Email : rsvn@lotusdesaru.com
Alamat : Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Lot 1854, Jalan Desaru Bandar Penawar,
81930 Kota Tinggi, Johor. Malaysia
Lotus Desaru "SPLASHTACULAR" Water Park |
Archery dan Paintball pun ada di sini |
| ||||||||||||||||
|
Setelah selesai urusan Check in, Buggy car dah sedia membawa kami ke Blok C, sebab Apartment kami di situ, kalau nak jalan kaki memang penat jugak lah...
Nielah Apartement 3 bilik kami. |
Kesemua Apartment di sini di lengkapi living dan dining room juga kitchenete, rasa seperti berada di rumah sendiri.
Lain2 kelengkapan seperti penyaman udara, pengering rambut, wi-fi percuma, peti sejuk, microwave, Tv dengan 27 channels, set kunci Elektronik dan lain lain lagi.
view dari apartment kami |
Pemandangan sewaktu berbuka puasa di Teratai Cafe |
BOLE LIHAT REVIEW BUFFET RAMADAN DI SINI
Hari ke 2
Seawal 4.00pagi kami bangun dan siapkan diri ke Teratai Cafe untuk bersahur, kemudian selesai bersahur lepas solat subuh sambung tidur kembali, kerana acara rasmi akan bermula jam 10 pagi
10.00 pagi bersiap sedia untuk menyambut ketibaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya YB Datuk Mohamaddin Bin Ketapi untuk majlis perasmian dan sesi dailog bersama agen-agen pelancongan Malaysia dan dari Singapura.
|
Selesai sesi pembentangan dan dailog, para-para jemputan di bawa untuk melihat sendiri bilik-bilik penginapan di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.
Kemudiannya para tetamu di bawa ke sebuah lagi resort iaitu Lotus Seaview Beach Resort & Spa di Pengerang. Jarak dari Lotus Desaru Beach Resort & Spa ke sini kira-kira 25km dan anggaran pemanduan selama 15 minit.
Kami semua mendapat peluang melihat dengan lebih dekat lagi jenis-jenis penginapan yang ditawarkan di sini antaranya :-
* 2 Bed room Suite Ocean
* Superior King (View)
* Superior (King)
* Deluxe King (View)
* Deluxe King
* Standard King
Kawasan tepi pantai ini sangat sesuai untuk gathering BBQ bersama keluarga |
Pemandangan di sini sangat indah dengan mengadap laut China Selatan.
Untuk maklumat lanjut sila ke web site : www.lotusseaview.com.my
Alamat : Lotus Seaview Beach Resort Sdn Bhd
Tanjung Punggai, Sungai Rengit
81620 Pengerang, Johor. Malaysia
Tel : 607 8781881 Fax : 607 8781818
Selesai sesi lawatan ke Lotus Seaview Beach & Spa Pengerang , kami kembali semula ke Lotus Desaru Beach Resort & Spa untuk Majlis Berbuka Puasa dan Majlis penyampaian sumbangan bersama wakil Menteri pelancongan, Seni dn Budaya kepada Asnaf dan orang kurang upaya(OKU) bertempat di Grand Ballroom.
Ucapan terimakasih kepada Lotus Desaru Beach Resort & Spa atas undangan ini. Majlis selesai kira-kira jam 10.00 mlm.
Salam sayang
Ok.. Standby utk next trip
ReplyDeleteok..k mid sentiasa stand by tuk next trip...harap2 dapat gi kepulauan Annabass pulak :))
DeleteLotus Desaru Beach Resort & Spa. nampak best untuk penginapan dan makanan. Will bring my children there to stay on our next trip to Legoland.
ReplyDeletethe children sure like it!
DeleteBestnya dapat trip sebegitu dengan rerakan.
ReplyDeleteDah baca banyak review pasal Lotus Desaru nie - macam nak pergi gak bawa saudara mara kelak.
Yang penting yang kurang upaya pun turut diraikan bersama.
dapat bawak family sini mmg best..k mid pun nak repeat bawak family sekali
DeleteTerima kasih kerana memberi review yang terbaik. Harga ke sana tidak terlalu mahal dan tempat yang menark dan mendamai fikiran.
ReplyDeleteharga dia ok gak..tak mahal sangat
DeleteThe Desaru Hotel look nice and clean. Seem they hv water park. Have not explore Desaru but will consider this.
ReplyDeleteOk ena nak sangat pegi check in sana. Dah masuk dalam wishlist n hope dapat pegi nanti ada waterpark tu yang seronok. Lama tak pegi bandar penawar. Last masa zaman sekolah.haha.
ReplyDeletehalah.. kakkkkkkkkk.. best nya !! salah satu wishlist kalau ke Johor ni.. hee~ masa nak ke sana jek belum ada, lain2 dah siap sedia..
ReplyDeleteAmboi seronoknya dia bercuti ehh. Nad tak oernah lagi menginap dekat Desaru atau Pengerang. Pernah stay dekat JB je. Tengok macam menarik tempat-tempat ni. Nice sharing awak :)
ReplyDeletesekali sekala lepaklah dekat pantai pulak
DeleteSeronoknya dapat berjalan2. Kita tak pernah sampai Desaru. Teringin nak bawa famili ke sini satu hari nanti
ReplyDeleteapartment tu homy sgt klu bwk mak meti dia suke ahhaha sbb bole msk2 kn btw i bet sunset kat sini mesti cantik! tgk kat gmbo pun dh nice giler!
ReplyDeleteelok sngat bawak family datang sini
Deletedesaru memang lawa kot , tapi memang belum pernah sampai ...next time nak buat list cuti2 malaysia nak masukkan desaru jugak sebagai destinasi percutian ....
ReplyDeletepantai dia putih..bolehlah tenanglan fikiran :)
DeletePengerang ni belah kota tinggi ekk?
ReplyDeleteSy tak berapa tahu sangat. Tapi belah kota tinggi ada laut yang cantik permandangannya.
Sy tak pernah lagi pergi walaupun duduk di Mersing..