Lepas Balik dari India, sambung lagi percutian....kali ini ke Batam, Indonesia...nie bukan percutian sebenarnya...ianya FAM trip bersama rakan2 media untuk mempromosi Batam Trail Run 5km di wisata Tebing Langit Sekupang, Batam.
Batam Trail Run ini di perkenalkan julung2 kalinya tahun ini dan akan di buat acara tahunan. Event ini juga ingin memperkenalkan tempat wisata Batam dan mempromosikan tempat-tempat menarik di Batam.
kak mid x sempat nak run dah....gara2 lambat register..ahaks.. |
antara teman2 Media yg sempat join run |
Walaupun penat balik dari India tak habis lagi, bila dapat undangan ke Batam ..k mid langsung x menolak sebab selalu dengar pasal Batam tapi tak sampai2 ke sana.
Sedikit Info mengenai Batam. Batam adalah merupakan satu wilayah yang besar terletak di Kepulauan Riau, Indonesia. Kedudukkannya pula berhampiran dengan Singapura dan Johor, jadi kerana kedudukan yang strategik maka pulau ini menjadi pulau yang kecil tapi sibuk dan membangun dari segi pelancongan dan perniagaan
Perjalanan k mid ke Batam bermula dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas Express dari TBS ke Larkin Johor
Harga Tiket : RM35 (Meridian Holiday Express)
ETD : 12.30mlm TBS - LARKIN
ETA : 5.00 Pagi.
Bas tiba di terminal Larkin on time ...dan k mid lepak dulu bersarapan ...sebelum cari shuttle bas untuk ke Terminal Puteri Habour. Sebenarnya nak ke Batam bole naik feri juga di Stulang laut dan di Pasir Gudang. Untuk yang tidak tahu di mana nak naik free shuttle bas di Larkin ke Terminal feri Puteri Habour....sebenarnya bus shuttle tidak akan masuk ke Terminal bas Larkin sebaliknya kita kena pergi menunggu di belakang Terminal Larkin iaitu di Medan Selera Johor.
Tempat Tiket dan masukkan Luagage di terminal Feri Puteri Habour |
kitaorang akan naik ferry Dolphin nie |
Kapal ferry berbadan aluminium ini berlayar setiap hari sebanyak 4 trip dari Batam Centre dan 4 trip dari Puteri Habour.
k mid dah bersiap sedia nak menaiki ferry nie..... |
Perjalanan menaiki feri dari Puteri Harbour Terminal nie mengambil masa kira2 2 jam dengan harga RM114 seorang pergi balik + cukai pelabuhan RM16
Untuk info yg lebih tepat : http://www.puterihorbourferry.com
JOM TENGOK TEMPAT-TEMPAT YANG SEMPAT DI TERJAH :-
1. TEBING LANGIT SEKUPANG
Di sebabkan laluan trek untuk Batam Trail Run 5km bermula dari Sijori Resort & Spa Hotel hingga kekawasan berbukit di tebing Langit, k mid dan rakan2 yang tidak dapat turut serta pun berjalan kaki untuk menyusuri sepanjang laluan peserta larian. Pada mulanya macam tak berminat tapi mengenangkan Tebing langit sekupang Batam sejak kebelakang nie menjadi viral di media sosial kerana foto spot nya yang menarik kami berenam pun buat keputusan berjalan perlahan2 ke sana.
Walaupun terpaksa mendaki , kitaorang sanggup mendaki anak tangga demi melihat apa yang menarik di atas sana.
sebelum tiba di atas, kami jumpa rumah hobbit dulu..... |
akhirnya sampai gak di puncak......😃😃 |
antara spot2 menarik di atas sana |
Yang ini paling k mid suka...walaupun terketar2 memanjat janji dapat gak ambil gambar dalam sarang burung..so kreatif diorang nie... |
2. TIARA MUSTIKA SPA
Biasanya ramai yang ke Batam bagitau..jgn lupa berurut dan berspa di Batam...jadi k mid pun berpeluang berurut di salah sebuah spa di Batam . Nie yang kak mid tunggu2 ...nak merasainya...betul ke..ramai cakap berurut di Batam best...so jom cuba
TIARA MUSTIKA SPA di Travelodge Hotel Batam |
kitaorang bertujuh akan berurut di sini |
Memang segar betul selepas kena full Body Massage selama sejam nie....hingga hampir terlena k mid..hahaha.
Masing-masing kemain cergas lagi lepas di urut...hilang rasa sengal2 dan kebas2. giteww..
Pada yang berminat :
Tiara Mustika Spa : FB : https://www.facebook.com/Tiara-Mustika-Spa-Batam-Centre-10034956403198713/
Website : http://tiaramustikaspa.com/home
Pada sebelah malamnya pula, kami di bawa ke sebuah restoran makanan laut yang famous di Batam iaitu WEY WEY LIVE SEAFOOD RESTAURANT
Tue dia hidangan kami....ketam ada..siput ada...udang pun ada.... |
"Siput Gonggong" |
Hidangan yang istimewa di sini sudah tentulah "SIPUT GONGGONG". Menurut orang Batam, siput ini banyak khasiatnya terutama pada orang lelaki.. faham2lah ye...kuatnya hingga tak berhenti mengonggong...hehehe....😍😍
Alamat : Harbour Bay Downtown Sei
Jodoh, Ji, Duyung, Kota Batam,
Kepulauan Riau, Indonesia
4. RESTORAN SEGO PECEL BU WIR
Untuk makan tengahari kami di bawa ke sebuah restoran yang di beri nama SEGO PECAL BU WIR.
Mengikut nama restoran k mid sudah menjangka ini sudah tentu makan khas orang Jawa...tekaan k.mid benar belaka...dan makan istemewa salah satunya ialah Pecal.
k mid di hadapan restoran SEGO PECAL BU WIR di BATAM |
minuman selamat datang menyambut kami...AIR JAMU |
Pecal kat sini memang sedap... |
Kuih muih pula- Sawut Singkong, pisang goreng, Tape goreng dan banyak lagi (opps..sorry k mid x ingat)
Pencuci mulut pula :- Pepes Tahu, Asinan Buah, Bubur Ketan Hitam dan Kolak Campur.
Semua resepi adalah resepi turun temurun keluarga
Pengasas restoran ini. Mr. Dimas dan keluarga sedang di temu bual |
Antara hidangan yang di hidangkan pada kami...semuanya sedap2 belaka |
Alamat : Mega Lagenda 1, Blok E3 No. 1 (dekat Pasar Mega Lagenda),
Batam center, Batam indonesia
5.JANGAN LUPA KE PULAU BINTAN
Pulau Bintan adalah pulau di Gugusan kepulauan Riau. Ianya mempunyi keluasan 2,402.28 km persegi dan kawasan pentadbiran pulau ialah Kabupaten Bintan .Pulau ini adalah pulau yang paling hampir dengan Singapura.
Dengan hanya 15 minit menaiki boat laju dari Batam dan 1jam dengan Feri, pasti ramai akan teruja untuk menikmati keindahan Pulau Bintan.
Ada beberapa tempat yang sempat k mid dan team Media kunjungi ketika di Bintan antaranya :-
Gurun Pasir Bintan/Gurun Pasir Busung
Gurun pasir ini bukanlah gurun pasir semulajadi tapi adalah bekas perlombongan boksit yang tidak lagi beroperasi..telah di tinggal lama terbiar kini menjadi hamparan seperti di Gurun Sahara.
Terletak di desa Busung, Seri Kuala Lobam , kira-kira 47km dari Pelabuhan.
Pasirnya bukan macam pasir biasa. keras dan tidak rata so... perlu berhati2 di sini |
posing di bawah panas terik nie....😆😆 |
Panas terik bukanlah halangan....demi mendapatkan gambar yang cantekkkk😁😁 |
Di sini juga ada penjaja dan gerai2 kecil yang menjual makanan dan minuman....jadi sudah kepanasan jangan risau air tebu dan air kelapa segar pasti dapat menghilangkan dahaga anda...
Telaga Biru Bintan
Berhampiran dengan Gurun pasir ini terdapat pula beberapa danau atau kolam yang berwarna biru airnya mungkin terbentuk setelah aktiviti perlombongan di tinggalkan....terasa macam di kawah putih bandung tapi tidak ada bau sulfur di sini....
yang ini, tasik yang di atas sekali...perlu mendaki agak jauh jugak.. |
Cantik kan view dia tapi klu nak bergambar di atas jambatan tue kena bayar...huhuhu |
Klu nak bergambar kat buaian dan simbol love tue kena bayar....so kitaorg selpielah depan cikit...kedekut betul...hahahha |
hahaha..yg nie x kena bayar...tapi kena cepat cikit sbb orang lain pulak nak bergambar kat sini |
Kepala otak k mid tiba2 terfikir...air dia warna hijau...tapi nama telaga biru....hahahaha............lantaklah...jadi ada nama...hehehehe...
Pantai Madu Tiga
Dengar aje nama Madu Tiga, pasti mengujakan....kenapa agaknya di beri nama pantai madu tiga...owner suka filem2 P.Ramlee kut (cuba berfikiran positif pulak k mid nie) atau owner kawen tiga....(mungkin2)...ada pulak cerita2 orang kampung, owner resort nie isteri no. tiga...hahaha...sebenarnya kak mid pun tak tahu cerita so biarkan lah...janji k mid dah sampai sini..
Welcome to Madu Tiga Beach and Resort |
antara penginapan yang ada di Pantai Madu Tiga nie...cantikkan... |
banyak pulak love2 dia...😛😛 |
Nasib sekejap aje di pulau nie...klu tidak dah mandi manda dan naik jet ski tue dah. |
basah pun nasiblah..yg penting bergambar dulu |
pilihlah mana2 korang nak....opps...semua dah berpunya sorry...hahaha |
sesuai dengan nama pantainya...tentulah ada love2 storynya...so k mid pun terkenanglah chintahati kt umah😀😀 |
Pemancingan Poyotomo
Selepas habis berposing2 dan rilex2 di Pantai Madu 3, kami pun berangkat menuju Pemancingan Poyotomo yang terletak di Desa Sri Bintan, Kabupaten Bintan.
Di sini terdapat fasiliti2 seperti tempat pemancingan ikan dengan peralatan yang lengkap bole di sewa di sini, bole bercamping pada yang minat bercamping, terdapat juga pondok2 gazebo yang cukup besar dan bole di sewa dengan harga berpatutan, juga toilet, plyground dan surau serta cafe dan tempat bbq
Banner di pintu masuk |
Apabila berjalan masuk aje, pasti terpukau dengan keindahan alam nya..karetor2 kartoon disney pula sudah sedia menanti kedatangan anda
View Gunung Bintan bole di lihat di Kolam Pemancingan ini. |
cafe juga tersedia untuk kemudahan pengunjung |
Desa Wisata Ekang
Salah sebuah tempat yang sempat kami kunjungi di Bintan ialah Desa Wisata Ekang. Desa Wisata Ekang adalah tempat rekreasi bersama keluarga.
Disini pula terdapat kolam renang untuk pengunjung berenang bersama keluarga dan juga terdapat juga kolam memancing untuk si kaki pancing.
pemandangan menarik di Desa Wisata Ekang |
Kereta kuda sedia membawa anda bersiar2 |
kami yang telah penat seharian explore BINTAN |
Bergambar dulu sebelum beredar |
Harap dapat kembali lagi ke Batam untuk menikmati keindahan alam nya.
Sesiapa yang berminat nak explore Bintan bole lah contact cik windy :
FACEBOOK : Windy Wara Wiri (Win Tour & Travel)
IG : WindyWaraWiri
#BatamTrailRun5KM #BatamMilikita #Wonderfulindonesia
#WonderfulRiauIsland #WonderfulBatam
Salam sayang,
Memang sangat menarik dapat bercuti di Batam ni.. Keindahan pemandangannya tak dapat disangkal-sangkal... Oh Rindunya LeYa dengan trip ke Batam ni.. Hee..
ReplyDeleteBestnya .. Bila nak pergi lagi
ReplyDeleteBatam ni sebenarnya banyak hidden gems. Seronok ke sana tapi tak seronok sbb Pegawai tourism dia x friendly hahaha apa pun best experience
ReplyDeleteya betul..tapi alhamdulillah time k mid semua pegawai friendly belaka
Deletewah bestnya dapat jalan2 smpai ke batam tu. bila tgk dr gmbr2, nampak semua tempatnya tu cantik2 belaka view dan suasana tu kan. tenang dan happy tengok view2 kat sana hehe. maybe nnt boleh jd slh satu tempat pelancongan popular jugak nnt tu.
ReplyDeleteView dia mmg cantik..tourism diorang dah start promote Batam
Deletebestnya dapat makan angin sambil melihat keindahan negara orang
ReplyDeletetetiba ada peluang terus tak tolak...hahaha
DeleteBestnya pergi Batam kita hari tu dapat singgah jer ker sana tak dapat pun nak kenali lebih dalam hehehe tengok tu makan yang sedap-sedap dan tempat yang cantik menawan hurmmm jelous kita...
ReplyDeleteSeafood dia mmg fresh dan harga pun agak murah
DeleteCantiknya Batam , eh teringin pulak nak makan siput gonggong tu haha
ReplyDeleteorang pompuan klu makan siput gonggong bole cantik kulitnya...hahaha
DeleteBaru tahu Batam ni ada tempat2 yang menarik nak bercuti. Telaga Biru tu cantik sangat! Tebing Langit pulak banyak port cantik dan unik nak ambil gambar. Pernah tengok rancangan masakan promote siput gonggong, terliur tengok dia makan haha
ReplyDeletek mid trylah jugak siput gonggong tue..rasa mcm siput sedut jer..hehehe tapi klu tengok sebelum makan memang tak lalu sikit..
DeleteLawanya tempat2 ni. Menarik Batam ni ye. Paling suka tebing langit. Kalau ada rezeki nak jugak ke sana
ReplyDeletek mid yg dah pergi nie pun rasa nak repeat balik sbb bnyak tempat2 cantik terutamanya pulau Bintan
DeletePulau bintan tu nampak cantik. Rupanya banyak juga tempat menarik di Batam. Excited pula rasa nak pergi Batam lepas baca artikel ni. Thanks for sharing
ReplyDeletekos pun tak mahal sangat..best jugak sekali sakala travel guna feri...asyik naik flight pun boring gak kan..
DeleteBestnya jalan Batam. Kita lum pernah sampai sana. Baca pun kita dah teruja.. Seronak baca your journey
ReplyDeleteyg best Batam nie...bahasa dia sama jer macam Msia, x payahlah kita slang2 bahasa Indonesia..hehehe
DeleteBatam memang cantik. Sy dah 2 kali ke sana termasuk ke Bintan & pulau lingga. Memang cantik sangat
ReplyDeletek mid x sampai lagi ke Pulau Lingga..harap2 one day daptlah pergi sana :)
DeleteAssalamualaikum sis. Nak tanya, kalau naik speed boat Dari batam ke bintan tu cuma ada 1 stop terminal ke atau a few more? Coz Pantai Madu Tiga tu cantik sangat. Ingatkan nak ke sana. Pls advise. Thx
ReplyDeletebila saya nk sampai ni
ReplyDelete